Da lama da x menulis sebarang entry kat blog aku neh. Bukan pe, sibuk sangat dengan macam2 hal contohnya cam menebang kayu balak, basuh kapal terbang dan membaca buku-buku ilmiah secara bersungguh-sungguh. Tapi malam nie aku luangkan sedikit masa bersama anda2 semua. Sok sibuk balik sebab ase cam nak kena marah ngan pensyarah... Tapi xtaw r... Huhu...Entry nie aku tujukan untuk yang tersayang sebab besday dia an... 27/07/1989 merupakan tarikh bersejarah bagi negara Malaysia kerana menyaksikan satu peristiwa penting dimana lahirnya seorang warganegara yang berdaya saing dan berwawasan seperti beliau.Beliau seorang yang sangat comei (macam aku jugak) sebolehnya mahu berdikari dan berdiri di atas kaki sendiri. Namun begitu, Allah swt menguji beliau dengan sejenis penyakit yang diberi judul AVM. Senang cerita penyakit ini berkenaan dengan neuron atau saraf di bahagian otak.
Walaupown berdepan dengan dugaan tersebut, beliau tetap bersemangat meneruskan hidup. Segala yang dilakukan adalah bersikap 'mahu memuaskan hati semua pihak walaupown beliau sendiri menderita' dan 'lakukan sesuatu sehabis baek' . Semangat ini yang menjadikan aku malu dengan diri sendiri yang Allah jadikan serba sempurna tetapi xbley nak fight dengan semangat beliau. Aku kagum. Sebab tue aku sayang sangat kat dia.Aku sebolehnya mahu menjaga beliau seumur hidup aku. Aku nak jadikan beliau as my wife. Tolong doakan kami ok? Aku sayangkan beliau lebih daripada aku sayangkan diri aku. Sound silly, tapi tue r kenyataannya.Kepada anda semua, contohilah aku dalam menyintai seseorang sebab aku adalah icon terbaek untuk itu. (Siyes nie... Lubang hidung pown tak kembang bila cakap camnie).Dan untuk beliau, Selamat Hari Lahir yang ke-21. Semoga cepat2 sembuh dan happy sokmo. Yakinilah bahawa 'aku mencintaimu lebih dari yang kau tahu'. Cewah! Selamat beramal dan I Love You Dear!p/s: Beliau yang dimaksudkan dalam
article di atas adalah
Yuhanis bt Osman.