Wednesday, January 26, 2011

Salahnya Menjadi Anak Penoreh Getah...


Salahnya menjadi anak penoreh getah... Ayah penoreh getah, mak pun penoreh getah... Anak? Sepatutnya juga menjadi penoreh getah seperti mak dan ayah. Tidak layak untuk mengubah haluan hidup. Jadikan pekerjaan ini sebagai pekerjaan warisan sepatutnya. Seperti menteri, atau ahli politik, selepas kejatuhan zaman bapa, anak pula meneruskan legasi mereka, iaitu menjadi seorang menteri menggantikan mereka... Hmm... Sepatutnya penoreh getah pun begitu, anak mesti mengambil alih tugas ibu bapa mereka.

Salahnya menjadi anak penoreh getah... Mengambil exam repeat pun sudah memadai. Menurut beliau, sepatutnya aku tak perlu mengambil exam repeat, sebab sure aku failed lagi. Lagipun, mak ayah aku penoreh getah sahaja. Memang patutla aku failed. Lainla parent beliau, ustaz dengan ustazah lagi. Memang beliau layak untuk menjadi ustaz berbanding aku, anak penoreh getah sahaja. Lalu beliau mencadangkan (mungkin memberi jalan yang terbaik) agar aku pulang saja ke rumah menggantikan ayah dan mak menoreh getah di kebun.

Salahnya menjadi anak penoreh getah... Kasut kuliah aku hilang. Tak tawla siapa yang sebat. Duit pun semakin berkurang disebabkan elaun masih belum masuk. Hari pertama bermula semester baru, aku tidak dapat menghadiri kuliah sebab ketiadaan kasut untuk dipakai. Disebabkan kesian kepadaku, maka seorang sahabat memberikan kasut yang lama sudah ditinggalkan untuk aku pakai. Saiz pun ngam-ngam dengan saiz kasut aku. Maka kasut itulah yang aku gunakan sehingga sekarang. Walaupun agak buruk, namun aku tetap bersyukur sebab sekurang-kurangnya aku ada kasut. Tapi... Ada yang cakap dekat aku, "Buang jek kasut tue. Macam kasut penoreh getah". Hmm... Anak penoreh getah kan... Patutla pakai kasut camnie.

Salahnya jadi anak penoreh getah... Tinggal kat FELDA... Anak FELDA nie sebenarnya tak ada seorang pun yang berjaya. Semuanya jadi mat & minah rempit, penagih dadah, pemyeludup dan macam2 lagi r perkara-perkara yang negatif yang melibatkan anak-anak FELDA. Kalau nak tulis semua kang, tak cukup pages. Aku pun orang cakap jahat jugak. Seorang nie cakap aku amek dadah, minum arak, daun ketum, jadi mat rempit, gangster dan sewaktu dengannya. Maka... Salahnya jadi anak penoreh getah...

Mak, ayah... Aku langsung tak kisah mak ngan ayah penoreh getah. Aku bersyukur sangat walaupun mak dengan ayah tak pandai, tapi mak dengan ayah dapat membesarkan kami jadi manusia. Dan bagi aku, mak dengan ayah hanya tak pandai dari segi akademik, tapi pandai mendidik kami sampai tahap sekarang nie. Dan pada mereka yang pandang hina kepada penoreh getah macam mak dan ayah aku, aku tak kisah sebab penoreh getah macam mak ngan ayah pun dapat lahirkan anak-anak yang berjaya menjadi doktor, pensyarah, dan guru.


Terima kasih kalian yang memandang hina anak penoreh getah seperti aku. Kalian berhak dan lebih mulia untuk berfikir sebegitu kerana ibu bapa kalian seorang yang mempunyai pekerjaan yang lebih baik dan dipandang tinggi oleh semua orang, terutama yang berfikiran seperti kalian. Terima kasih.

Sunday, January 23, 2011

Pakai Songkok, BAEK... Tak Pakai, JAHAT...


Salam sejahtera... Sari berita penting.

Penilaian terhadap manusia berdasarkan pandangan luaran terus berleluasa di institut ini. Yang memakai songkok, dikatakan baek nak kpampos, dan yang tak pakai dikatakan jahat dan sangat jahat, dan jahat lagi.

Menurut Encik Saripudin Yahya, seorang pengumpul sampah profesional, hal ini sangat membimbangkan dan menjadi duri dalam daging dalam pembentukan insan guru di institut ini. Beliau berkata, memang kebanyakan yang memakai songkok itu adalah baek tetapi yang tak baek pown ramai jugak. Ada yang gay, lembut ngalahkan pempuan... Tetapi disebabkan mereka pakai songkok, so hal sebesar gajah ini dimaafkan secara automatik.

Sepatutnya mereka yang memakai songkok ini dapat menghalang atau berasa malu untuk melakukan perkara sedemikian, tetapi sebaliknya terjadi. Menurut beliau lagi, kadang2 mereka yang memakai songkok di institut ini hanya pandai menasihati orang lain sahaja tetapi dalam masa yang sama, kat luar, diorang pown melakukan perkara yang sama. Kata dulang, paku serpih, cakap orang, dia yang lebih.

Berbanding mereka yang tidak bersongkok, maka golongan ini terdedah kepada pandangan negatif daripada kebanyakan pelajar dan pensyarah. Walaupun mereka berkelakuan baek atau setidak-tidaknya melakukan "sedikit kesalahan", maka tohmahan dan tindakan berlandaskan hukuman terus diambil tanpa menyoal siasat terlebih dahulu.

Apapown, kebanyakan mereka yang bersongkok diakui sememangnya baek tetapi segelintir golongan sahaja yang membuatkan mereka yang lain turut terpalit akibat perangai yang maha pelik tersebut.

Sekian berita. Salam hormat