Wednesday, December 22, 2010

Tarikh Keramat




Jika tahun lepas pada tarikh sebegini aku bermastautin di Hospital Kuala Lumpur buat kesekian kalinya untuk kejadian itu, namun pada tahun ini aku bersyukur Allah beri aku peluang sekali lagi untuk menjalani kehidupan seperti insan yang lain..

Setakat ini aku masih mampu melakukan apa yang mereka lakukan,Terima Kasih Ya ALLAH..Tatkala kemampuan itu terbatas, namun kesyukuran tidak akan lepas dari fikiran aku..Benar, itu hanya Allah yang tahu..Terima kasih kepada mereka yang telah bersusah-payah menyelamatkan nyawa ini, terima kasih kepada mereka yang mendoakan..Jasa kalian tidak akan dapat aku balas..

Mungkin ramai yang tidak tahu di saat-saat ujian tersebut menimpa, jauh di sudut hati aku terlalu bersyukur..Kerna apa? Kerna pelbagai alasan... Siapa tahu dengan ujian tersebut aku dapat kenal siapa kawan dan siapa lawan, sudah tentu yang paling penting aku kenal apa erti pengorbanan, apa erti kebesaran Allah dan macam-macam lagi.

Pernah juga terlintas di fikiran aku mengapa tidak Allah merampas kembali hak-Nya ini daripada aku kerana selepas daripada itu aku langsung tidak berdaya, rasa kosong sekosong-kosongnya, rasa lemah, putus asa, tension...arghh..waktu itu hanya ada aku dan Dia Yang Maha Pencipta..

Terima kasih juga kepada si pemberi sokongan, juga si pemberi semangat..Maaf sekiranya semangat yang aku tonjolkan kadang-kadang hanyalah helahan dan rekaan semata-mata..Buat penyedap hati kalian mungkin.

Sunday, November 7, 2010

sebelum KAU menjadi milik SI DIA!

** ini muka fresh dari ladang...

** ini muka zaman dolu-dolu..hihi



Tiba-tiba jek teringin nak tulis entry ni untuk Kau sebelum Kau masuk ke alam yang lebih mencabar nanti. Aku tahu berlangsungnya lambat lagi, tapi takpelah at least Kau tahu aku sayang KAU! =)

Aku tahu sekarang Kau sedang sibuk menguruskan perihal masa depan Kau bersama incik Tunang..ehem2..=p Dah tak lama dah kan, Kau tinggal dengan kami dan seterusnya Kau akan menjadi milik beliau sepenuhnya. Tinggallah den sowang2 ni haa...

****************************************************

1. Nanti kau dah kahwin, dah takde lah partner tido sebilik ngan aku..Ha naseb baek kak na ade!hihi

2. Nanti kau dah kahwin, dah takde orang dah aku nk teman pegi toilet malam2,gosok gigi sesame..kau kat bilik air aku kat toilet..err...haha..sebab nanti kalau aku gosok gigi kat bilik air jugak mesti kau marah aku sbb air merecik kat kaki kau..hahaha...gile cerewet lah kau nih..

3. Nanti kau dah kahwin, jangan lah tak bawak aku ngan kak na pegi Lu Miao, Tunas Manje, kedai gunting rambut dan juga ni paling penting ok! umah Kak Nah! hehe nanti aku takde baju baru nak pakai pegi kelas..Tak semangatlah aku nk belajar nanti..=)(ini penyakit keturunan,kau pon same kan?kan?)

4. Nanti kau dah kahwin, gosip tetap bergosip ok!hehe org kate jangan simpan dalam hati kan..so baik kau cerita kat aku..=)

5. Nanti kau dah kahwin, dah takde lah partner shopping aku bila YES ada!huh yg nih aku bosan! sebab kalau shopping aku serasi bersama kau jek..(ahahaha yang ni ayat nk ambik ati jerr!)

6. Okeh!ni part sedey sket..sila pastikan ada tisu di tangan..
Nanti kau dah kahwin, kalau aku masuk wad agak-agak kau teman aku lagi tak?hehe temanlah!temanlah! pape pon aku nk bertime kaseh kat kau sebab teman aku sepanjang aku berada di wad dulu!kau mmg nurse terbaek penah aku jumpa walaupun kau ni penggeli tahap babun!*wink2

7. Erm...Nanti kau dah kahwin, agak-agak tabiat berphotoshoot tu boleh lg tak ek..bakal abang ipar,boleh la ek?hihi sebab nanti aku taknak lah posing sorang-sorang, glamor sorang-sorang..kau pon mesti nak kan?hahahah

8. Ha yg nih arahan..hihi
Nanti kau dah kahwin, dah ada duet sendiri, rajin-rajinlah sedekah kat aku ni plak..asyik aku jek belanja kau..huhu Tapi kalau kau tak sedekah kat aku pon takpe yg penting kau sedekah kat orang yg lg penting pd aku..kat mak ayah(ini wajib,berdosa tak bg!),kat kakna(pon wajib), kat adik beradik(kalau rase nk bg)=p,..kalau ada rezeki lebih bagilah kat umah anak-anak yatim yg ada kat Tanjung Gemok tu....(insya-ALLAH berkat hidup kau nanti).

9. Ok! Bila kau dah kahwin, belajar2 lah masak ye,aku yg merangkap assistant kau nih dah takde nak menolong kau kalau kau duduk umah mak mertua kau nanti..hihi aku tahu lama-lama nanti mesti kau pandai jugak!(macam aku jgk lah kan?hik3) eh jangan masak udang goreng tepung jek hari2 ek..=p

10. Bila kau dah kahwin nanti yang penting jangan lupa Allah, jangan lupa kami semua mak, ayah, kakna, along, a.man, kakak, awisy, kakngah, a.zahar, kimi, syasya, wal, kak izah, rayyan, dan paling penting jangan lupa aku..(haha bajet mcm penting sgt jek kan!) ingat sampai mati okeh beb!


Itu sahaja! Bukannye apa,nanti tinggallah aku sorang2..huhuk Nak cakap aku sayang kau sebagai kakak aku!hihi (nk ckp depan2 malu) hehe Bukanlah aku tak sayang kakak-kakak yang lain tuh..Tapi dengan kau lah aku paling rapat kan?Dah macam kembar orang cakap(aku tak ckp)..OK!jaga diri kau selepas bertukar status nanti ye..LEBIU SIS~ELIS AFIA BINTI OSMAN!='(

Tuesday, October 19, 2010

salah siapa

kau-dia-beliau-mereka

sememangnya tidak akan pernah memahami


T.E.R.I.M.A K.A.S.I.H!


*mengadu dengan ALLAH adalah lebih baik daripada manusia yang adakalanya berpura-pura* ~lemonade~



Maaf dan Terima Kasih

Susahkah mengungkapkan ucapan ini? Dua perkataan yang sangatlah mudah, tetapi untuk mengungkapkan amat susah sama sekali. Walhal, andai dua perkataan keramat ini diucapkan oleh insan yang bergelar manusia, sangatlah telinga yang mendengar ini merasa bahagia. Hati yang dipukul dalam ombak api kemarahan, tentu saja berjaya disimbah dengan air salji sesudah mendengarkan kalimat ini.

Jangankan manusia, Tuhan juga menyukai ayat-ayat maaf dan terima kasih dari hamba-Nya. Kerana kedua-dua ayat ini merupakan simbol untuk menghargai seseorang, malah Tuhan. Bagaimana mungkin untuk membalas jasa orang yang banyak berjasa pada kita, kalau bukan kalimat pertama yang terpacul dari bibir kita, iaitu; Terima kasih. Bagaimana mungkin untuk menyatakan tentang sesuatu sebaik sahaja kita merasa serba salah kalau bukan kalimat pertama yang ingin diungkapkan ialah; Minta maaf.

Benar, walaupun perkataan "MAAF" dan "TERIMA KASIH" itu mudah, tambahan pula tidak perlu membazirkan enzim amilase untuk dihasilkan dalam air liur kita, tetapi payahnya ia diungkapkan. Mengapa? Kerana kita ego. Ego mengatasi segalanya. Lantas ucapan itu dirasakan tidak perlu. Apalagi kalau kita merasakan yang kita tidak bersalah. Sentiasa menuding jari pada orang lain. Si fulan yang bersalah! Tidak, si fulan yang bersalah! Siapa yang mengaku dirinya adalah salah? Semuanya mengaku diri adalah baik. Sampai bila mahu menang? Mengalahlah barang sekali dua, tidak rugi apa.

Seperti lagu yang dinyanyikan oleh (entah, saya lupa nama penyanyi Barat itu) ;

Sorry seems to be the hardest world.

Ya, barangkali mengungkapkan kata maaf itu sangat susah untuk dilakukan dalam dunia ini seperti yang dikatakan oleh penyanyi Barat itu. Susahkah dengan meminta maaf? Janganlah kita dikalahkan oleh perasaan yang dibimbing oleh syaitan;

"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa apabila digerogoti oleh syaitan (cepat) sedar dan mereka menjadi lebih waspada (melihat tipu daya syaitan)." (Al-A`raf:201)

Marilah menutupi laluan syaitan itu dengan membuang rasa ego dan tidak mahu mengalah dalam diri, tidak rugi apa bukan? Apa yang kita rugi hanya dengan meminta maaf dan berterima kasih? Tidak rugi, malah orang-orang inilah yang paling beruntung dan mendapat kemenangan.


ALLAH MENDAMBAKAN KATA-KATA MAAF DAN TERIMA KASIH DARI HAMBA-NYA.

Setiap kali kita ditimpa dengan pelbagai ujian yang sengaja Allah berikan pada kita, hakikatnya waktu itulah Allah mendambakan kata-kata maaf kerana barangkali kita telah melakukan begitu banyak kesalahan yang mungkin tidak kita sengaja melakukannya. Dalam pada waktu yang sama, waktu itu juga Allah mendambakan kata-kata terima kasih yang penuh keramat dari hamba-hamba-Nya yang bersyukur.



Sebagai yang ditempelkan dalam ayat prosa dari kitab itu;

"Allah tidak menghendaki untuk memberikan kamu sesuatu beban yang berat, tetapi Dia berkehendak untuk membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya kepadamu supaya kamu berterima kasih." (Al-Maidah:6)

Begitulah cintanya Allah pada hamba-Nya yang selalu mengungkapkan terima kasih. Kerana terima kasih ini akan mewujudkan rasa kesyukuran dan sentiasa merasa cukup dengan apa yang Allah berikan pada kita.

Lihat juga pada sudut prosa dalam bait-bait Furqan;

"Dan berlumba-lumbalah kamu kepada keampunan dari Tuhan kalian dan berlumba-lumbalah mencari syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang bertaqwa." (Ali-`Imran:133)

Nah, jikalau begitu. Benarlah. Sedang kita yang hina ini menyukai kata-kata maaf dan terima kasih sesama manusia, apa lagi Tuhan yang berkuasa dan menciptakan kita, begitu dambakan kata-kata itu dari hamba abdi-Nya.

Berterima kasih dan mohon maaflah kepada Tuhan dan sesama manusia kerana ianya adalah simbol kemuliaan, simbol penghargaan kita kepada seseorang, juga sangat sedap untuk didengari. Siapa kata rugi mengatakan minta maaf dan terima kasih?-taken from
http://wardatulshaukah.blogspot.com

Thursday, October 14, 2010

Turun Semua...


Berikut merupakan dialog diantara pelajar dengan pak guard:

Pak Guard: Apsal turun sorang jek amek kad keselamatan nie?

Pelajar: Abes tue, takkan saya nak ajak satu block asrama turun skali...?

Pak Guard: Takde r, berapa ramai dalam kereta tue?

Pelajar: Tak ramai... Kereta kancil nie paling ramai pown 4 owang jek bley bawak. Tak macam bus maktab...

Pak Guard: Ah, tak kire. Ko suh sume turun amek kad skang.

Pelajar: Termasuk ngan driver?

Pak Guard: A'ah... skali r.

Pelajar:OK... Bapak driver ngan sepupu driver taknak suh turun skali ke? (sambil berlalu ke arah kereta)

Selepas dipanggil oleh rakan mereka, pelajar-pelajar tadi pown turun amek kad keselamatan masing2. Baru jek pegang kad, tiba2...

Pak Guard: Oi, suh driver ubah kereta ke depan seket, kereta laen susah nak masuk.

Driver: Ntahnya... Sapa r bawak kereta parking camtue kan pak cik?

Pak Guard: Ubah r cepat... Kang Cik Mat Din (bukan nama sebenar) marah lak. Yang driver kereta tue pown g mane r plak... Suwey btol pangai. Time2 nie r nak tinggal kereta pown.

Driver: Ntah r pak cik, nampak cam driver tue turun amek kad keselamatan tadi...

Driver tue pown blah sambil melemparkan senyum tahap kambing termakan rumput basi ke arah pak guard tadi. Sekian.........




p/s: Perlukah pelajar turun semua sekali semasa amek kad keselamatan?=)

Jumpa dan 'Hilang'


Apakah perasaan anda bila seseorang itu menemui semula barang yang kita hilang, pastue dia bagi balik dalam keadaan seperti sebelumnya? Nak2 pulak barangan tue barang yang berharga dan ibarat 'nyawa' kepada kita... Sudah tentu kita akan rasa bersyukur dan lega sangat2 sebab jumpa barang yang hilang tu kan. Silap2 kita bagi lagi 'award' kat sesiapa yang bagi balik barang kita tue.

Apapown, bukanlah sebab nak kan award aku menulis entry nie... Tapi berkenaan budi bahasa kita. Cukuplah sekadar kita ucapkan terima kaseh kepada orang yang menjumpai barangan kita tue. Tak perlulah nak sujud sampai cium kaki. Bukan tue budaya kita. Tambah2 pulak lepas Pendidikan Jasmani Pergerakan Asas. Kaki pown tengah berbau harum subur di hati... OK jugak kalau dia nak cium kaki pown.

Aku bukan pe, ase nak sepak jek muka sowang budak tue. Dah r barang dia kita bagi balik dengan sempurna... Muka kerek nak mampos. Sampai aku pown x reti beza yang kat hidung tue taik lalat atau taik hidung? Kompius... Terima kaseh pown tak ucap. Jenis mulut style haramjadah kowt na... P mampos r ang.

Mungkin nie sebahagian daripada perangai orang kita. Tak da budi bahasa. Atau mungkin jugak dia paria? Apapown, rasa happy sebab jumpa barang orang dan dapat pulangkan dengan sempurna, tetapi rasa hilang sabar dengan perangai tuan punya barang. Suwey tol...

Monday, October 11, 2010

Jangan Main Ikut Sedap Mulut Jek!=(



Aku pown tak faham dengan seorang hamba Allah nie... Maen ikut sedap mulut jek nak cakap. Tapi yang penting, si malaun nie bukanlah dari kalangan sahabat-sahabat aku malahan umurnya lebih tua daripada aku dan layak dipanggil 'bapak' dah.

Yang muda disayangi, yang tua dihormati. Malangnya tiada langsung bibit2 percakapan yang menyayangi orang muda dan kepada orang tua macam dia, macam mana kita nak hormat kalau dah mulut cam lahanat?

Tak rasa, takpe beb. Orang yang sakit nie bukan saja nak buat2 sakit. Ingat seronok ke sakit? Sakit kronik lak tue. Bley plak orang tua jahanam nie pertikaikan "Camne nak jadi cikgu nie kalau berdiri cket pown da tak bley?" Pastue siap dok tengok dengan pandangan cam setan lak tue. Sial tol!

Oi orang tua, gua nak bagitaw lu cket, bukan sesaje r owang nak duduk time perhimpunan. Owang sakit taw tak? Baru nak sembuh, ko dah pressure macam2. Taik r ko nie...

Apapown aku percaya, Allah tue Maha Adil. Cash Allah bayar skang nie... Tak kene kat dia, anak dia ada, Tak anak dia, cucu dia ada. Bila dah salah sorang kene, then lu baru akan realize balik every single word yang ko cakapkan kat 'dia' yang sakit tadi.



p/s: Dengar kata orang tua nie nak kena saman malu sebab maki owang ikut suke dia jek dan selalu salahkan asal-usul negeri dia yang menjadikan dia cakap kurang ajar. Tapi aku pown ramai jek kawan dengan orang negeri tue. Tak de lak pangai cam dia. Ntahla....

Saturday, October 9, 2010

Cafe = Kedai Makan Cina?


Macam mana nie? Apa dah jadi dengan bangsa kita? Bukan jadi bangsa kita, tetapi jadi bangsat kita... Adakah isu rasis yang bakal aku tulis? Bukan... Ianya melibatkan agama dari segi pengambilan makanan yang bersih. Bukankah Islam mementingkan kebersihan? Lebih-lebih lagi, hal ini melibatkan cafe di institut ini. So aku terpanggil untuk menulis setelah cerita nie aku dengar dari sumber yang belum saheh tetapi tahap kebolehpercayaan adalah sangat tinggi.

Bukanlah tujuan aku untuk menjatuhkan perniagaan bangsa kita tetapi mungkin caranya sendiri yang membolehkan mereka menjatuhkan diri mereka sendiri. Bagaimana? Pelbagai sebab... Salah satunya melalui layanan yang agak kurang memuaskan. Nak senyum pown susah. Pastue dari segi harga... Janganlah mahal mengalahkan kedai2 makan kat luar... Nie tak, makanan dalam nie lagi mahal dari luar sedangkan takde langsung persaingan daripada cafe2 laen.

Tapi bukan pasal nie aku nak bagitaw. Tetapi melalui perkhabaran yang aku terima, ayam-ayam yang diperoleh adalah melalui pembekal Cina. Tak tawla Cina Muslim atau kafir. Tetapi Cina. Bukankah ini dapat menimbulkan keraguan sama ada betol kah cara penyembelihan? Betolkah ayam ini benar2 halal untuk dimakan? Maka timbullah perasaan 'syubhah'. Apabila hal ini berlaku, maka... Camne? So, pikirla sendiri eh...

Aku hanya menyampaikan jek. Aku tak halang kepada sesiapa yang nak terus makan disitu. If yakin halal, makanla. Tapi kalau ragu2, baek tak payah kan? Aku heran, banyak lagi pembekal ayam Melayu Muslim, tetapi kenapa pembekal ayam Cina yang dipilih? Haish... Adakah cafe = kedai makan Cina?

Apapown, lepas tanggungjawab aku untuk sampaikan kat kowang sume. Selebeynye tpulanglah kat anda2 untuk menilai. Adios!

Thursday, October 7, 2010

Kurang Ajar Punya Si Kurang Ajar!


Usihhh.... Geram nk mampos neh. Awat aku geram? Adakah aku geram sebab tengok baby yang comel? Geram nak cubit pipi baby tu ke? Ceh... tak ah. Takda kena mengena langsung... Abes tu geram sal pe? Geram sebab jamban penuh time nak 'melepas' ke? Tak pown sebab jiran sebelah pasang lagu spesis dangdut kuat sangat? Lagi r tak logik... Dah tu, hapekemendekah yang menyebabkan aku geram sangat nie?

Nie nak kabo nie... Pagi tadi, aku, awek aku ngan kengkawan punya r bersemangat nak tolong potong nasik impit untuk jamuan raya kat institut aku neh. So masuk r kat sebuah jabatan nie... Mula tue semuanya sempoi... Layan jek wat keje. Bley guwau2, n menyakat Husna si budak ganjil (classmate aku...memang pelik budak nie tapi beliau banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negara). Tengah syok dok wat perkara yang tidak langsung memberi sumbangan kepada ekonomi negara tadi, tiba-tiba pintu jabatan terbabit terbuka....

Kelihatan sosok lembaga hitam masuk ke dalam (hiperbola jek nie). Kami pown senyum kepada beliau dan beliau pown senyum r balik...Ye ah, takkan r kitowang senyum, dia nak bagi duit plak. Meztie r dia senyum balik kan? Tapi naluri aku seperti dapat mengjangkakan sesuatu yang terselindung di sebalik senyuman yang mungkin setaraf senyuman seekor kambing lagaknya. Tak ikhlas langsung.

Hape pedulik. Bia r senyum cam kambing pown... So, kitowang pown sambung r balik wat keje memotong nasik impit secara profesional tadi. Sambil potong tue, sambung r kaco si budak ganjil, n dok beguwau senda ah... Tiba2 lembaga hitam tadi suruh bukak TV. Ingatkan sebab dia nak tengok keputusan nombor ekor 4D Sport Toto ke, tapi dia cakap...

" Lebih baek tengok TV daripada dengar kowang merapu cakap benda yang bukan2 n guna bahasa yang tak elok!" (aku pown tak pasti pe yang dimaksudkan dengan 'bahasa yang tak elok' tue, sedangkan sepanjang perbualan kami, tak pulak kami mencarut ataupown menggunakan bahasa Hebrew). Pastu lembaga hitam tadi pown wat muka beruk tertelan pondok telepon.

Fuhhh... Pe lagi...Aku jadi geram dan bengkek jek. Terus aku amek pisau yang aku gunakan untuk potong nasik impit tadi dan....

Nah!!! Satu tikaman tepat ke bahagian tengah nasik impit aku tusukkan (ha...meztie kowang pk aku tikam dia kan? Hahaha... Ikut hati, memang r. Tapi seb baek dapat pk ngan waras lagi).

Bagi aku, sebagai seorang yang bergelar pensyarah (lembaga hitam tadi), agak kurang ajar r ayat seperti itu terlepas dari mulut beliau. Tapi nak kata kurang ajar pown tak bley jugak sebab dia da belajar sampai master da. Mungkin terlebey blajar kowt sampai dia jadi kurang ajar... Ntahla...

Apapown, Kurang Ajar Punya Si Kurang Ajar! Aku sumpah ko jadi spender kering! Buwekkss!

Chow!=( Geramnya! Grrrrrrrrr...

Tuesday, October 5, 2010

Doakan 'Dia' Cepat Sembuh...

Kadang-kadang aku dapat rasakan orang laen akan berasa meluat bila baca artikel seperti ini. Namun bagi aku, aku terpaksa meletakkan 'perkara yang penting' di tempat yang sewajarnya. Sebab tue aku menulis artikel ini. Bukan untuk dibenci, tapi untuk dirasai bersama..

Kita tidak dapat merasai kesakitan bagaimana yang sekian lama ditanggung oleh 'dia'. Yang pasti, sangat perit. Bayangkan jika hanya sedikit luka di jari sudah mampu mengalirkan air mata, bagaimana pula pembedahan di kepala? Tentu bukan kepalang kesakitan yang ditanggung. Mungkin 'dia' sendiri sudah kering air mata dan tidak mampu lagi untuk menangis...

Ya, benar... Lukanya hanya tinggal parut mungkin, tetapi bagaimana pula zahirnya? Siapa diantara kita dapat pastikan yang 'dia' betol2 sudah mampu untuk menjalani kehidupan normal seperti kita? Bukan mudah bagi kita yang hanya melihat gelak tawa 'dia', sedangkan 'dia' tidak pernah menceritakan 'kesedihan' yang 'dia' alami. Mana mungkin kita melihat luaran, maka terus membuat kesimpulan yang 'dia' sudah seperti sediakala.

"Ketika gembira, ramai yang dampingi. Ketika sedih, kita biar 'dia' sorang2"

Bukanlah aku tujukan kepada sesiapa. Namun hal ini terjadi. Mungkin kalian semua tidak perasan atau sekadar 'gunakan 'dia' ketika perlu', tetapi sedarlah bahawa 'dia' pernah menangis kerana kalian. Aku bukanlah sesiapa yang mahu merubah diri orang laen, tetapi fikirlah. Jangan kita biarkan 'dia' terus menanggung satu lagi 'bebanan jiwa' setelah kesakitan yang bukan kepalang ditanggung 'dia'.

Kita tidak mampu malahan tidak mungkin dapat berkongsi sedikit pun kesakitan yang 'dia' alami. Tetapi, aku mohon, aku rayu kepada kalian semua, doakanlah 'dia' cepat sembuh. Mungkin salah satu daripada doa kita akan diperkenankan-Nya. Siapa tahu? Maka berakhirlah kesakitan yang 'dia' tanggung selama ini.

Bagi pihak aku sendiri, aku tak dapat tipu. Aku sangat sayangkan 'dia'. Malahan, aku jaga diri 'dia' lebih baek daripada aku jaga diri aku sendiri walaupun apalah sangat jika dibandingkan dengan segala pengorbanan yang keluarga 'dia' lakukan untuk 'dia'. Memang tiada apa yang perlu disebut oleh aku. Tetapi, percayalah... Aku menjaga 'dia' sehabes baek yang aku mampu...

Kepada 'dia'.... "Saya doakan awak cepat2 sembuh ok? Dan... Semoga saya dapat jaga awak sampai bila2... Sebab... Saya sayangkan awak...!='( "





p/s: Sowry... Doakan 'dia' ok? TQ. Allah sahaja dapat membalas budi baek kalian. Ameen...

Sunday, October 3, 2010

Saya Hadir Perhimpunan Hari Ini!!!


Wuhuhu... Saya hadir perhimpunan hari ini..bangga tahap gaban dibuatnya. Memang menjadi kebiasaan bagi sesiapa yang berada di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) untuk menghadiri perhimpunan mingguan pada setiap ari Isnin (cam budak2 skolah jugak r...), atas alasan kami nie bakal guru... Jadi kena biasakan diri dengan perhimpunan mingguan. Naseb baek bakal pakar bedah tidak pula diwajibkan untuk membedah pesakit pada setiap minggu atau bakal pak guard diwajibkan untuk berdiri di hadapan bank atau pintu pagar pada setiap minggu. Kira kami nie diantara golongan yang 'bertuah' r...

Apa yang nak aku perkatakan dalam akucemuih.blogspot nie ialah cara perhimpunan ini dikendalikan. Sepanjang 22 tahun aku hidup di dunia yang fana ini (cewah...), tak pernah pulak aku dengar perhimpunan yang sebegini rupa. Mengalahkan Perhimpunan Agung PBB malahan mengjangkaui 'kehebatan' Perhimpunan Agung UMNO lagaknya.

Pernahkah anda melihat atau mengalami sendiri suatu perhimpunan yang diberi satu borang khas untuk diisi dan dicatat segala ucapan dalam perhimpunan itu? Wajib pulak tue! Pernah? Sumpah tak kan? Macam dipaksa-paksa suruh orang dengar ucapan. Macam mana nak dengar ucapan kalau dah penyampainya boring dan isinya meleret jek. Nak lagi bestest tue, yang dicakap adalah perkara yang sama yang pernah dicakap minggu sebelumnya. Fuhh... Bosan...

Tapi pe yang lagi cambest, borang khas itu perlu ditulis satu ayat yang berbunyi "SAYA HADIR PERHIMPUNAN HARI INI". Wahaha...Sempoi kan? Terima kaseh pihak yang mengendalikan perhimpunan tersebut... Anda memang 'best nak kpampos!'. Terbaek ah!

Saturday, August 14, 2010

Usrati Jannati


Aku sayang mereka..

Aku rindu mereka..

Tiada tempat untuk meluah rasa..

Hanya di sini penggati duka lara..:'(



"Ya Allah lindungilah BONDA dan AYAHANDA daripada sebarang penyakit dan musibah.."

Aku tak sanggup...

Friday, August 6, 2010

Ku Harap Retak Tidak Akan Berkecai


Budak ini lompat gembira sebab PISMP 2.05 bergaduh sesama sendiri

Yuhuu... Ketemu lg kita dalam blog akucemuih ini. Well, aku dapat rasakan seperti retak menanti belah dalam kuliah aku... Mengapa? Pelbagai sebab... Mungkin sebab terdapat golongan yang semakin bijak dengan meng'skor' A dalam pelbagai subjek sehingga merasakan diri mereka berada di suatu level yang berlainan...? Dan mungkin terdapat jugak golongan yang berasa diri mereka sangat mulia berbanding rakan sekuliah yang laen sehingga memandang hina golongan seperti aku ini (ensem dan kacak tetapi bijak)..?


Sebagai sesowang yang lebih dewasa ( bukan tua ) dalam kuliah tersebut, aku asa aku nak tegur r cket perangai adik2 aku yg semakin hari semakin teruk... Tapi aku jugak menulis sebab nak tegur diri aku gak.

Memang berbaloi bila kita dapat luahkan sesuatu secara 'terus' dan berdepan tetapi sejauh manakah hal ini akan diterima? Sukar bukan? Walaupun begitu, tidakkah ianya akan menjadi lebih pahit apabila sesuatu perkara dikutuk secara belakang atau dengan ayat laen "kutuk belakang, lu berani r beb!". Nak lagi teruk apabila orang laen yang bagitau kita pasal ada binawe kutuk kita... Kan?

Ha... Sebab tue aku cadangkan cara diplomasi diguna pakai walaupown agak pahit dan sukar ditelan. Bukankah ubat itu pahit? Untuk sembuh, solusi ini perlu diguna pakai. Negara kita merdeka pown tanpa sebarang pertumpahan darah. Jadi mahukah kalian melihat 'pertumpahan darah' berlaku di PISMP 2.05?

Dan kepada classian 2.05 yang baca artikel ini, jangan cepat melatah. Ianya hanya sekadar teguran sebab pandangan ini melalui kacamata aku. Dan aku yakin anda pown mengerti namun sukar diluahkan.

Buang jauh2 sifat perasan fikir diri sendiri mulia daripada owang laen. Kita semua sama... If tak, takdela kita semua masuk maktab... If da lbey, meztie da wat medik atau apa2 kos kat luar negara. So, saya, anda, beliau, aku dan kau adalah sama. Selesaikan masalah ini dengan segera...


Aku harap retak tak akan berkecai... Mari kita paterikan semula seperti asalnya!



p/s: Jika diplomasi gagal, kita declare 'war'. That's the way it is...

Monday, July 26, 2010

Selamat Hari Lahir



Da lama da x menulis sebarang entry kat blog aku neh. Bukan pe, sibuk sangat dengan macam2 hal contohnya cam menebang kayu balak, basuh kapal terbang dan membaca buku-buku ilmiah secara bersungguh-sungguh. Tapi malam nie aku luangkan sedikit masa bersama anda2 semua. Sok sibuk balik sebab ase cam nak kena marah ngan pensyarah... Tapi xtaw r... Huhu...

Entry nie aku tujukan untuk yang tersayang sebab besday dia an... 27/07/1989 merupakan tarikh bersejarah bagi negara Malaysia kerana menyaksikan satu peristiwa penting dimana lahirnya seorang warganegara yang berdaya saing dan berwawasan seperti beliau.

Beliau seorang yang sangat comei (macam aku jugak) sebolehnya mahu berdikari dan berdiri di atas kaki sendiri. Namun begitu, Allah swt menguji beliau dengan sejenis penyakit yang diberi judul AVM. Senang cerita penyakit ini berkenaan dengan neuron atau saraf di bahagian otak.

Walaupown berdepan dengan dugaan tersebut, beliau tetap bersemangat meneruskan hidup. Segala yang dilakukan adalah bersikap 'mahu memuaskan hati semua pihak walaupown beliau sendiri menderita' dan 'lakukan sesuatu sehabis baek' . Semangat ini yang menjadikan aku malu dengan diri sendiri yang Allah jadikan serba sempurna tetapi xbley nak fight dengan semangat beliau. Aku kagum. Sebab tue aku sayang sangat kat dia.

Aku sebolehnya mahu menjaga beliau seumur hidup aku. Aku nak jadikan beliau as my wife. Tolong doakan kami ok? Aku sayangkan beliau lebih daripada aku sayangkan diri aku. Sound silly, tapi tue r kenyataannya.

Kepada anda semua, contohilah aku dalam menyintai seseorang sebab aku adalah icon terbaek untuk itu. (Siyes nie... Lubang hidung pown tak kembang bila cakap camnie).

Dan untuk beliau, Selamat Hari Lahir yang ke-21. Semoga cepat2 sembuh dan happy sokmo. Yakinilah bahawa 'aku mencintaimu lebih dari yang kau tahu'. Cewah! Selamat beramal dan I Love You Dear!


p/s: Beliau yang dimaksudkan dalam article di atas adalah Yuhanis bt Osman.

Wednesday, June 30, 2010

Peraduan teka siapa "ZAINAL"? Wuhuhu...

Siapa "ZAINAL"?

Sudah pasti seorang manusia...
Tetapi lebih kecil fizikalnya...
tetapi mempunyai kuasa luarbiasa..
Lebih pendek daripada manusia normal...
Namun persoalan yang timbul...

Siapa "ZAINAL"?

Sertai peraduan ini dan anda mungkin memenangi hadiah2 menarik (tak pown hadiah@ menolak) daripada pihak kami:

Hadiah Utama: Bonanza bonus elaun tunai sebanyak RM 3,800.
Hadiah Kedua : Peluang memandu kereta paling laju di dunia, Bugatti Veron dengan hanya mengisi minyak RM 30.
Hadiah Ketiga : Peluang menemui Warn-G secara eksklusif dengan hanya mem'bank-in' RM 100

Friday, June 11, 2010

Fobia Cuti


Gila ah... Aku nie bukan OK sangat kalau nak cuti nie. Bukan r sebab aku suka stay kat maktab dan berborak sakan dengan pak2 guard yang 'sangat mesra' dan digemari oleh suma owg, tetapi ada sebab2 laen yang membuatkan aku tak tenang dan cukup fobia ketika cuti. Dah 2 kali cuti, aku hilang hati ngan jantung. Harapnya cuti kali nie berjalan dengan lancar... Ameen!

Thursday, June 3, 2010

Ketua Pak Guard ialah....

Adakah kita akan ditangkap sebegini oleh Ketua Pak Guard di institut nanti?-Gambar Hiasan


Menulis ketika sedang bercuti memang agak membosankan. Tapi bila aku dengar jek berita nie, jari2 aku terus ketar2. Tak dapat nak dok diam... Bukan bermaksud mencari lubang hidung untuk proses pembersihan atau sewaktu dengannya, tetapi mencari lap top untuk menulis berita terkini, hiburan sensasi, naek bas mini, minum air sarsi.

Walaupown aku berada di rumah ketika menulis entry ini, tetapi hubungan aku dengan pihak institut tetap tidak putus, bagaikan aur dengan tebing (agaknya r...hahah). Perkembangan terkini di sana tetap aku ikuti walaupown aku sedang wat aktiviti sihat di sini (tido dan makan sampai berpeluh... sihat r tue ye tak?).

So back to the title, Ketua Pak Guard ialah... Ha... Kowang agak2 sape? Bukan... Dia warden asrama blok A... Lagi? Tue lagi r tak logik... Dia bukan pak guard. Dia hanya lecturer yang menilai orang melalui bintang dan love jek. Siapa? Pak Guard gemok pendek dan bermisai tue? Kurang tepat... Ya! Betol! Ketua kepada semua Pak2 Guard kat institut itue ialah Pak Guard Pendek yang naek moto EX5 yang kaki dia tak capai tanah bila berenti moto tue. Dia r... Bukan keputusan yang mengejutkan, Kan kengkawan? Mampos r kite bile balik sana nanti... Kwang3!




p/s: Padan muka anda dan saya... hehe.

Monday, May 31, 2010

Lagi sesuatu yang GILA!


Setelah pelbagai peraturan bodoh dan tak relevan dibuat, daripada tak bagi parking moto kat tempat moto (tapi telah ditarik balik sebab mungkin pihak bekenaan pown sedar kebodohan sendiri), sehinggalah kepada pak guard-pak guard yang kerek (terutama yang pendek dan gemok bermisai), semuanya serba tak kena. Majoriti pelajar tak puas hati...

Hari nie, satu peraturan baru telah diwartakan (bukan Alamanda atau The Mines, tetapi Warta), sebarang barangan tidak boleh ditinggalkan di asrama kolej kediaman kerana stor tak disediakan bahkan barang2 yang ada haruslah di bawa pulang ke rumah masing2 atau akan dirampas jika ditinggalkan.

Inilah yang terjadi sekiranya kita hanya memikirkan kepentingan diri sendiri sahaja. Cuba anda bayangkan, jika seseorang itu tinggal di Perlis, maka adakah logik untuk beliau membawa pulang barang-barang seperti 2 kotak besar buku2 dan file2, seterika, periuk nasik, water heater, rak-rak buku dan lain-lain barangan lagi?

Naek bas plak kat Bukit Jalil. Nak kena naek teksi, pastue turun, naek komuter, pastue kne tukar train lak sambil bawak barang2 tue... Ate, tak hilang ake namenye... Naek pulak bas, bawak barang2 tadi. Separuh bas penuh ngan barang-barang. Aku ase memang drebar bas soh kowang buat bas sendirik jek.

So, setujukah anda dengan peraturan yang baru ini? Jika setuju, maka anda dengan sukacitanya tergolong dalam golongan orang-orang yang....
BENGONG........



p/s: Suh jaga nama institut, tapi institut tak jaga kita pown... Ceh!

Kenapa Aku dan Kau Berbeza, tapi Tetap Sama?


Aku bukan jenis yang buat baek sebab ada sebab,
Kau wat baek sebab kau nak dipandang baek.

Aku wat jahat terang-terangan,
Kau wat jahat kat belakang-belakang, jaga imej konon.


Aku tak suka, terus aku 'sound' jek,
Kau tak suka, kau cakap suka, pastue kat belakang, bukan maen tak setuju.

Aku, kalau nak dating, slumber jek aku kuar dating,
Kau kalau nak dating, bukan maen lagi sembunyi...last2 kantoi jugak.

Aku tak pandai nak nasihat orang buat baek, sebab aku sedar diri,
Kau nasihat orang suruh wat baek, tapi kau taw yang kau sendiri pown tak baek.

Aku bercakap untuk dapatkan kebenaran atau bercakap sesuatu yang aku yakin betol,
Kau bercakap sebab nak nama, nak orang pandang kau bijak, n nak jawatan.

Walaupown kau dan aku berbeza, tapi kita tetap sama. Kau jugak buat pe yang aku buat. Tapi kau lebih hipokrit!

Saturday, May 29, 2010

Aku Ketagihan...


Ketagihan... Apakah yang dimaksudkan dengan ketagihan? Ketagihan ialah suatu tindakan yang menyebabkan seseorang itu separuh gila, dengan ertikata yang laen, tak bley nak stop bila da kena. Aku pown da jadi camtue... Ketagihan apakah yang sedang merantai(bukan rantai kat post bawah tue) aku? Ketagihan dadah? Arak? Perempuan? Bukan... Aku ketagihan Facebook....

Apadia yang depa dok habaq Facebook nie? Muka buku? Buku muka? Facebook merupakan laman sosial untuk mencari kenalan, atau pown wat mende jahat yang laen...Contohnya orang kafir laknatullah wat ptandingan melukis muka Nabi Muhammad s.a.w. Bangang tol... Kononnya atas nama kebebasan bersuara. Apsal tak lukis jek muka mak sendiri ke, muka jiran sebelah ke... Orang pown tak marah.. Bodoh!

Emo cket, sowry yew... Berbalik kepada masalah ketagihan benda alah nie, aku baru jek daftar jadi ahli Facebook. Ntah cmna ntah aku tertekan e-mail n nama aku lak kat c2, secara otomatik, aku pown da jadi sebahagian daripada ahli laman soSIAL tersebut...

Ingatkan tak bez. Bez r jugak sampai aku susah nak stop bila da mula log in.. Bez sebab jumpa kengkawan lama, cikgu2 suma.. Tapi yang tak bez tue sebab da mula jadi ketagih. If ada pusat serenti untuk owang yang ketagihan Facebook, aku ase da ramai da kene masuk termasuk r aku...

Tapi aku asa benda nie kejap jek sebab mungkin aku jadi tergezut dengan kebestaan benda alah yang melalaikan nie. Tapi takpe, kita layan dulu... Tengok sampai mana bley tahan. K, jangan tak solat sebab Facebook ok? Chiow!

Saturday, May 22, 2010

Mari Rantai-Merantai


Rantai... Rantai... Rantai...

Bilakah gejala ini akan berakhir?

Tiadakah solusi lain yang difikirkan perlu untuk mendidik bakal-bakal guru selain daripada merantai kenderaan?

Best sangat ke merantai kenderaan orang?

Kalau kenderaan anda sendiri dirantai, apakah yang anda rasa? Gembira?


Syaitan Laknatullah pown hanya dirantai pada bulan Ramadhan yang mulia...

Tapi kita?

Tiap-tiap hari ada jek kenderaan yang dirantai. Tak kira waktu!

Persoalannya ialah...

Adakah kita lebih teruk daripada syaitan? Na'uzubillah...

For The Rest of My Life


I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you

And I asked Allah to bless all we do
You're my wife and my friend and my strength
And I pray we're together enternally
Now I find myself so strong

Everything changed when you come along

For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side honest and true

Till the end of my time

I'll be loving you

For the rest of my life
Through days and night

I'll thank Allah for open my eyes

Now and forever

I'll be here for you

Milik Siapakah 'Pak Guard' Ini?


Liliu!liliu! Sila beri laluan kepada the new entry yang bakal aku sampaikan nie. Heheheh... Da lama da ase tak menulis nie. Sebab exam kan. Aku pown sibuk jek 'Stido". OK, Let's straight to the new entry here, Milik Siapakah 'Pak Guard' ini?

Kowang sume pasan tak yang pak guard kita nie bukan yang jenis mesra pelajar? Kerek, sombong, pasan ensem, tegas (konon), melakukan tugas dengan amanah dan sangat r muka ketat Ya Rabbi... Tak senyum langsung. Time downg kentut jek senyum. Mungkin puas agaknya.

Persoalannya...
Mengapa dowang menjadi begitu?

Adakah dowang spesis makhluk Tuhan yang paling seksi?


Aku telah menemui jawapan yang sebenar mengapa dowang jadik camtue melalui sumber2 yang halal dan sah serta boleh dipercayai kesahihannya. Mereka cuba merebut jawatan KETUA PAK GUARD. Ha... Nie r jawapannya mengapa dowang sume wat tegas ngan kita, sombong dan sewaktu dengannya. Kerana apa? Gaji tinggi daripada balaci-balaci yang laen. Tak hairan r dowang jadik camtue.

Dengar ceritanya dah ada calon pilihan untuk menyandang jawatan tersebut. Aku ase kowang bley agak da sape... Yup! Tepat sekali. Pak guard yang paling pendek dan cute ketika menunggang moto EX5 nya. Wah! Cayalah bro. Ase cam nak sepak jek ko nye moto. Apapown, tahniah beb!

Milik siapakan 'Pak Guard' ini?....

Tuesday, May 18, 2010

Untuk Kamu... Jangan Takut Gelap


Untuk kamu...

Jangan takut, jangan resah
Bila lampu kamar mula dipadamkan

Aku akan selalu menemanimu
Sehingga kamu dibuai bermimpi

Jangan lupa janji kita esok
Semakin cepat kita tidur
Semakin cepat kita bertemu

Jangan lupa cuci kaki tanganmu
Berdoalah sebelum kita tidur
Jangan lupa doakan mama papa kita

Jangan takut akan gelap
Kerana gelap melindungi kita
Dari kelelahan

Jangan takut akan gelap
Kerana gelap hanyalah warna
Jika terang, ianya adalah sama

p/s: Kepada kamu... jangan takut gelap lagi ok? Do u know who u r...

Monday, May 17, 2010

Percayakan Padaku


Tunggulah...

Jadi PENDAMPINGKU


Seiring MALAM yang menjemput SENJA


KEKASIH
, percaya padaku


KAU
nyata tercipta untuk DISAMPINGKU

Sunday, May 16, 2010

Tragedi Mak Mertua


Jika dilihat dari segi kemampuan kewangan pada masa kini, aku memang hanya tinggal beberapa sen, tidak termasuk jumlah 8 juta ringgit simpanan dalam bank (bukan duit aku,duit owang laen r).

Namun, kemampuan kewangan yang terbatas tidak menjadi penghalang buat aku untuk melakukan ibadah 5 waktu sehari semalam. Berdoa agar segala cita-citaku tercapai dan dimakbulkan-NYA. Giler r ayat! Cam ayat sowang blogger tue. Hahaha.

Adapun aku seorang yang tidak berduit, namun kejadian yang sangat diingini telah berlaku pada pagi tadi. Aku panggil tragedi tadi ialah Tragedi Mak Mertua. Wah! Giler ah ding dong!

Percaya atau tidak, mak mertua aku telah bagi duit dalam jumlah yang bukan sedikit. Banyak giler kalau guna syiling satu sen untuk capai jumlah tue. Mau terlondeh seluar dibuatnya. Tak perlu r aku gtaw berapa jumlahnya, tapi banyak r jugak. If cam aku yang makan nasik bujang nie, bley r makan dalam tempoh 25 hari camtue. Hehe.

Apapown, aku ucapkan syukur tak terhingga kepada Allah SWT sebab mengurniakan aku rezeki yang tak langsung disangka-sangka dan terima kasih banyak-banyak kepada mak mertua kerana sudi memberi sumbangan yang bukan sedikit kepada menantu beliau yang sengkek. Heheh. N I love you my wife! Wah! Giler jiwang gua neh.

Demikianlah berakhirnya Tragedi Mak Mertua. Terfikir, kan bagus kalau tragedi ini berlaku tiap-tiap hari, tak pown seminggu sekali ke... Huhu. Apapown, terima kasih mak mertua!
Tambah lagi sorang mak, mak kepada orang yang saya sayang. Alhamdulillah...

Selamat Hari Guru V3


Apakah cita-cita anda sebelum menjadi guru?
Majistret? Lawyer? Engineer? Arkitek?
Anda menyesal menjadi guru?

Cuba lihat, ada tak lawyer yang sanggup pakai topi arkitek?
Ada tak majistret yang berani sarung kot doktor?

Tapi guru adalah semua itu!

Kita r doktor bila budak-budak sakit.
Lawyer bila kena soal dengan parent.
Majistret bila budak bergaduh.
Kadang-kadang time gotong-royong, kita lak jadi tukang kebun.

Jadi, berbanggalah menjadi guru kerana guru adalah semua!
Selamat Hari Guru cikgu!

Saturday, May 15, 2010

Selamat Hari Guru!!!


On the Positive Side:

Bagaimana seorang Perdana Menteri dilahirkan?
Bagaimana seorang Angkasawan dilahirkan?
Bagaimana seorang Arkitek dilahirkan?
Bagaimana seorang Jurutera dilahirkan?
Bagaimana seorang Doktor dilahirkan?
Bagaimana seorang Pendakwah dilahirkan?
Bagaimana seorang Saintis dilahirkan?

On the Negative Side:

Bagaimana seorang Pemimpin Kuku Besi dilahirkan?
Bagaimana seorang Pelacur Kelas Atasan dilahirkan?
Bagaimana seorang Pencuri Profesional dilahirkan?
Bagaimana seorang Hakim Yang Tidak Adil dilahirkan?
Bagaimana seorang Ahli Politik Pengkhianat Bangsa dan Agama dilahirkan?
Bagaimana seorang Munafik dilahirkan?

Satu jawapan untuk semua soalan:
Melalui didikan dan tunjuk ajar seorang GURU.

Kalau gurunya seorang yang suka menjatuhkan maruah pelajar, suka memperlekehkan pelajar, suka memandang rendah kebolehan pelajar, bertindak berat sebelah, memilih bulu dalam mengajar, maka, tidak mustahil pelajar yang akan dilahirkan adalah mereka yang seperti On The Negative Side.

Untuk itu, jadilah GURU YANG MEMAHAMI PELAJAR agar generasi On The Positive Side dapat dilahirkan.

Selamat Hari Guru!!!


p/s: Sengaja aku warnakan perangai negatif dengan warna yang kurang menyerlah sebagai simbol untuk pensyarah dan guru bagi kurang menyerlahkan perangai negatif mereka.

Friday, May 14, 2010

Lemahnya Kita...

Sila baca artikel ini:

Peguam bukan Islam boleh bekerja di Mahkamah Syariah KL?

14/05/2010 2:20pm

KUALA LUMPUR 14 Mei – Seorang peguam wanita yang bukan beragama Islam hari memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Tinggi Sivil di sini bagi mendapatkan semakan kehakiman untuk beliau bekerja sebagai peguam di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh memberi kebenaran kepada permohonan untuk suatu perintah bagi mendesak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk menerima masuk Victoria Jayaseele Martin sebagai peguam syarie.

Ini adalah kes pertama di Kuala Lumpur apabila seorang peguam bukan Islam diberi kebenaran untuk mencabar bahawa hanya peguam yang beragama Islam sahaja boleh bekerja sebagai peguam di Mahkamah Syariah. – Bernama

(Utusan Malaysia,14 Mei 2010)


Apa pandangan anda? Lemahnya kita...

Notis Penting


Notis ini berkenaan penambahbaikan blog akucemuih.blogspot.com

Segala aktiviti tidak bermoral tidak dapat dijalankan sepanjang kerja baik pulih ini.
Ini penting demi menjamin kesejahteraan pembaca-pembaca sekalian.
Pihak kami berharap agar pihak pembaca dapat bersabar dan menggosok gigi dengan kerap setiap hari sepanjang kerja baik pulih dijalankan.
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemalangan di blog ini.
Kehilangan nyawa dan harta benda adalah tanggungjawab diri sendiri.

Harap maklum.

Segala kesulitan amat dikesali.

Cintamu


Cintamu,
Yang kurasa walau tak terucap,
Semakin dalam
Cintamu,yang terukir di batas cintaku,
Selamanya

Tak pernah kumencuba,
Lepaskan cintamu walau sesaat,

Sejujurnya diriku terlalu sayang padamu

Kuingin selalu dalam,
Cintamu


Dan tiada yang kan memisahkan,
Selamanya
Cintamu,
Yang terlimpas, terbias matamu
Selama ini

Adakah di hatimu,
Terbisik satu harapan untukku

Untuk berjanji selamanya kan selalu milikku


Satu cinta,

Tak pernah kumencuba,
Lepaskan cintamu walau sesaat,
Sejujurnya diriku terlelu sayang padamu
Kuingin selalu dalam,
Cintamu...

Thursday, May 13, 2010

Mari Menilai Orang Melalui 'Bintang' dan 'Love'


Bagaimana seseorang menilai kita? Ya... Banyak cara. Antara cara terbaru yang saya kenal pasti adalah melalui pemberian simbol 'bintang ' dan 'love'.

Semakin banyak 'bintang', tambahan pulak ada simbol 'love', maknanya kita sangat disayangi. Wah! Bestestnya... Tetapi jika hanya mendapat sedikit 'bintang', tanpa 'love' pulak tue, itu bermakna anda tidak disayangi. Wuhuhu.

Memang best kan menilai orang dengan cara tue? Aku pown ase sangat terhibur. T, kat skolah cuba r anda suma wat camtue kat murid2. Pasti anda akan disayangi dan dikasihi. Dan, sampai mati pown para pelajar tidak akan melupakan anda.

Sama jugak seperti saya. Terima kasih cikgu!

p/s: Mudah tol nak menilai orang ye?

ADAM & HAWA


~HAWA tercipta di dunia untuk menemani sang ADAM



Begitu juga DIRIMU tercipta untuk temani AKU~



Sekian....
TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN AKU MAKIN KURANG MINAT UNTUK JADI CIKGU.
HANYA ALLAH SAHAJA DAPAT MEMBALAS JASAMU! TERIMA KASIH BANYAK2!

Kempen 'Mari Pergi Ke Unit Kaunseling'


Marilah beramai-ramai kita ke Unit Kaunseling!

Mengapa?
Sebab ianya sangat best!
Kenapa?
Sebab kita akan dicop sebagai BUDAK YG BERMASALAH.
Bagaimana?
Melalui kes-kes yang kita lakukan.
Siapa?
Aku r...

Jadi, marilah kita ke Unit Kaunseling. Anda pasti akan terhibur! Yahoooooooo!!!

Wednesday, May 12, 2010

41 Tahun Selepas 13 Mei 1969


Da lama aku tunggu tarikh nie untuk menulis sesuatu pasal 13 Mei sebabnya aku ada membaca dan membeli buku tulisan Almarhum Tunku Abdul Rahman. Penulisan ini ditulis selepas 3 minggu berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei di negara kita. Mari kita lihat apa kata Almarhum Tunku untuk penulisan tersebut;

13 Mei merupakan satu pengalaman dan pengajaran yang tidak dapat kita semua lupakan buat selama-lamanya. Kerana kejadian itu dapat menunjukkan kepada kita semua tentang bahaya-bahaya yang boleh timbul sekiranya kita terlampau lalai atau cuai.

Kita seharusnya bangga dengan apa yang telah kita capai. Dengan semangat perpaduan dan keharmonian serta kerjasama dan rasa muhibah, maka kita telah mengatasi segala kesulitan untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran yang tiada tolok bandingnya.

Oleh itu, amatlah mustahak bagi kita semua untuk cuba sedaya upaya hidup bersama-sama dan cuba memahami antara satu sama lain dengan semangat persefahaman, hormat-menghormati agar kita dapat memelihara keharmonian dan keamanan.

-Tunku Abdul Rahman, 1969-

Aku cuma nak ingatkan kepada rakyat Malaysia terutama bangsa aku sendiri, MELAYU supaya JANGAN MUDAH LUPA SEJARAH. Sejarah bukan hanya sekadar subjek untuk dijawab bagi lulus peperiksaan tetapi merangkumi segala aspek kehidupan kita. Tindak-tanduk kita pada masa dahulu menentukan kehidupan kita pada masa sekarang. Begitu juga untuk masa sekarang, ianya akan dibawa untuk masa hadapan kita. Jadi, kepada generasi muda, jangan terlalu mendabik dada dengan sesuatu pencapaian kerana ini MALAYsia. Harap anda faham apa yang nak aku sampaikan.

Tuesday, May 11, 2010

Peraduan 'CARI BENDA TERSEMBUNYI'


Peraduan 'CARI BENDA TERSEMBUNYI'

Sila lihat gambar di atas.
Sila namakan 5 benda yang tersembunyi dalam gambar tersebut.

Hadiah lumayan menanti anda!!

Hadiah tempat pertama : Percutian pergi tak balik2 ke Israel selama-lamanya.
Hadiah tempat kedua : Berpeluang bertemu 'warn-G' secara eksklusif. Wuhuhu!
Hadiah tempat ketiga : Bermalam bersama kakitangan HEP.

Sertai segera. Kalau tak, seumur hidup anda akan menyesal!

Coming soon... Komik K.A.M.I

Untuk mengetahui siapakah kartunis hensem yang menghasilkan karya tersebut?

Dapatkan tiket-tiket percuma di Plaza Alam Central, Shah Alam.
Komik yang best, lucu, sensasi.
Edisi Hari Guru.
Bakal dipasarkan tidak lama lagi.
Dapatkan segera!!!!!



p/s: All terms and conditions apply!

Aku Benci Ibu....!


Aku memang tak faham!
Nape time aku susah dulu, ko wat tak taw jek?
Masa aku jalan kaki dulu, langsung ko tak pandang pown aku.
Ko tak pernah lak nak marah aku time tue...

Skang neh, bila aku da kaya seket, bila aku da pakai kenderaan,
Bukan maen lagi ko perhatikan aku.
Aku rimas r dengan perhatian yang ko bagi. Siyes!
Aku memang benci giler kat ko!

Aku park kete jap ja pown.
Tak sempat punggung aku yang ayu nie nak panas,
Ko da buat hal.
Ko da mula tulis surat!

Cilakak!
Aku terpaksa r terima surat yang ko bagi,
Sebab aku hormat ko, bukan takut OK?

Aku pown buka surat tersebut dengan debarnya.
Melayang RM 3oo kena saman.
Aku Benci Ibu Pejabat Polis Daerah ^@&*%$* Cawangan Trafik!!!!!!!!!!!!!!



p/s: Ceh! Ingatkan ibu sape tadi...