Monday, May 31, 2010

Lagi sesuatu yang GILA!


Setelah pelbagai peraturan bodoh dan tak relevan dibuat, daripada tak bagi parking moto kat tempat moto (tapi telah ditarik balik sebab mungkin pihak bekenaan pown sedar kebodohan sendiri), sehinggalah kepada pak guard-pak guard yang kerek (terutama yang pendek dan gemok bermisai), semuanya serba tak kena. Majoriti pelajar tak puas hati...

Hari nie, satu peraturan baru telah diwartakan (bukan Alamanda atau The Mines, tetapi Warta), sebarang barangan tidak boleh ditinggalkan di asrama kolej kediaman kerana stor tak disediakan bahkan barang2 yang ada haruslah di bawa pulang ke rumah masing2 atau akan dirampas jika ditinggalkan.

Inilah yang terjadi sekiranya kita hanya memikirkan kepentingan diri sendiri sahaja. Cuba anda bayangkan, jika seseorang itu tinggal di Perlis, maka adakah logik untuk beliau membawa pulang barang-barang seperti 2 kotak besar buku2 dan file2, seterika, periuk nasik, water heater, rak-rak buku dan lain-lain barangan lagi?

Naek bas plak kat Bukit Jalil. Nak kena naek teksi, pastue turun, naek komuter, pastue kne tukar train lak sambil bawak barang2 tue... Ate, tak hilang ake namenye... Naek pulak bas, bawak barang2 tadi. Separuh bas penuh ngan barang-barang. Aku ase memang drebar bas soh kowang buat bas sendirik jek.

So, setujukah anda dengan peraturan yang baru ini? Jika setuju, maka anda dengan sukacitanya tergolong dalam golongan orang-orang yang....
BENGONG........



p/s: Suh jaga nama institut, tapi institut tak jaga kita pown... Ceh!

No comments:

Post a Comment