Monday, May 10, 2010

Perlu Ke?

Adakah kayu seperti ini yang diletakkan di hadapan maktab kita?


Ya... Bertemu lagi kita dalam akucemuih.blogspot. Apa tajuk arinie? Tajuk arinie adalah seperti di atas, Perlu Ke? Perlu ke hapekemende? Ya... Perlu ke letak kayu kat depan gate nak masuk ke institut nie?

Ha... Para pelajar guru sekalian, para pelajar perasan tak ada sebatang kayu yang diletakkan di depan gate masuk pintu gerbang yang chantek dan besar ( tapi dikecikkan dengan hanya membuka sebelah sahaja, mungkin kerana mahu mengelakkan pencemaran sungai agaknya...). Tak perasan ye? Agak buta r sesapa yang tak perasan ada kayu tue...

Persoalan yang timbul ialah perlu ke kayu tue diletakkan di hadapan pintu gerbang yang chantek tersebut? Apakah tujuannya? Adakah dengan meletakkan kayu tersebut, maka kuasa kelajuan kereta Perodua Kancil akan bertambah 4 juta kali ganda? Atau, dengan meletakkan kayu tersebut, maka gejala sosial di Malaysia akan berkurangan secara drastik? Apakah tujuan mereka meletakkan kayu tersebut?

Nah, inilah antara jawapan yang logik dapat aku berikan untuk soalan tersebut:
  1. Merosakkan tayar kenderaan
  2. Membuatkan kita makin menyampah dengan pihak2 tertentu
  3. Kayu itu dijadikan sebagai satu simbol betapa agungnya institut ini
  4. Kayu itu dijadikan senjata untuk memukul sesape yang berani langgar peraturan institut
Tetapi, jawapan itu hanyalah merupakan agakkan aku sahaja. Hanya pihak2 tersebut sahaja tahu mengapa kayu yang sempoi nak kepampos itu diletakkan di situ.

Tapi, Perlu Ke wat camtue?

No comments:

Post a Comment