Sunday, May 16, 2010

Tragedi Mak Mertua


Jika dilihat dari segi kemampuan kewangan pada masa kini, aku memang hanya tinggal beberapa sen, tidak termasuk jumlah 8 juta ringgit simpanan dalam bank (bukan duit aku,duit owang laen r).

Namun, kemampuan kewangan yang terbatas tidak menjadi penghalang buat aku untuk melakukan ibadah 5 waktu sehari semalam. Berdoa agar segala cita-citaku tercapai dan dimakbulkan-NYA. Giler r ayat! Cam ayat sowang blogger tue. Hahaha.

Adapun aku seorang yang tidak berduit, namun kejadian yang sangat diingini telah berlaku pada pagi tadi. Aku panggil tragedi tadi ialah Tragedi Mak Mertua. Wah! Giler ah ding dong!

Percaya atau tidak, mak mertua aku telah bagi duit dalam jumlah yang bukan sedikit. Banyak giler kalau guna syiling satu sen untuk capai jumlah tue. Mau terlondeh seluar dibuatnya. Tak perlu r aku gtaw berapa jumlahnya, tapi banyak r jugak. If cam aku yang makan nasik bujang nie, bley r makan dalam tempoh 25 hari camtue. Hehe.

Apapown, aku ucapkan syukur tak terhingga kepada Allah SWT sebab mengurniakan aku rezeki yang tak langsung disangka-sangka dan terima kasih banyak-banyak kepada mak mertua kerana sudi memberi sumbangan yang bukan sedikit kepada menantu beliau yang sengkek. Heheh. N I love you my wife! Wah! Giler jiwang gua neh.

Demikianlah berakhirnya Tragedi Mak Mertua. Terfikir, kan bagus kalau tragedi ini berlaku tiap-tiap hari, tak pown seminggu sekali ke... Huhu. Apapown, terima kasih mak mertua!
Tambah lagi sorang mak, mak kepada orang yang saya sayang. Alhamdulillah...

No comments:

Post a Comment