Monday, May 31, 2010

Lagi sesuatu yang GILA!


Setelah pelbagai peraturan bodoh dan tak relevan dibuat, daripada tak bagi parking moto kat tempat moto (tapi telah ditarik balik sebab mungkin pihak bekenaan pown sedar kebodohan sendiri), sehinggalah kepada pak guard-pak guard yang kerek (terutama yang pendek dan gemok bermisai), semuanya serba tak kena. Majoriti pelajar tak puas hati...

Hari nie, satu peraturan baru telah diwartakan (bukan Alamanda atau The Mines, tetapi Warta), sebarang barangan tidak boleh ditinggalkan di asrama kolej kediaman kerana stor tak disediakan bahkan barang2 yang ada haruslah di bawa pulang ke rumah masing2 atau akan dirampas jika ditinggalkan.

Inilah yang terjadi sekiranya kita hanya memikirkan kepentingan diri sendiri sahaja. Cuba anda bayangkan, jika seseorang itu tinggal di Perlis, maka adakah logik untuk beliau membawa pulang barang-barang seperti 2 kotak besar buku2 dan file2, seterika, periuk nasik, water heater, rak-rak buku dan lain-lain barangan lagi?

Naek bas plak kat Bukit Jalil. Nak kena naek teksi, pastue turun, naek komuter, pastue kne tukar train lak sambil bawak barang2 tue... Ate, tak hilang ake namenye... Naek pulak bas, bawak barang2 tadi. Separuh bas penuh ngan barang-barang. Aku ase memang drebar bas soh kowang buat bas sendirik jek.

So, setujukah anda dengan peraturan yang baru ini? Jika setuju, maka anda dengan sukacitanya tergolong dalam golongan orang-orang yang....
BENGONG........



p/s: Suh jaga nama institut, tapi institut tak jaga kita pown... Ceh!

Kenapa Aku dan Kau Berbeza, tapi Tetap Sama?


Aku bukan jenis yang buat baek sebab ada sebab,
Kau wat baek sebab kau nak dipandang baek.

Aku wat jahat terang-terangan,
Kau wat jahat kat belakang-belakang, jaga imej konon.


Aku tak suka, terus aku 'sound' jek,
Kau tak suka, kau cakap suka, pastue kat belakang, bukan maen tak setuju.

Aku, kalau nak dating, slumber jek aku kuar dating,
Kau kalau nak dating, bukan maen lagi sembunyi...last2 kantoi jugak.

Aku tak pandai nak nasihat orang buat baek, sebab aku sedar diri,
Kau nasihat orang suruh wat baek, tapi kau taw yang kau sendiri pown tak baek.

Aku bercakap untuk dapatkan kebenaran atau bercakap sesuatu yang aku yakin betol,
Kau bercakap sebab nak nama, nak orang pandang kau bijak, n nak jawatan.

Walaupown kau dan aku berbeza, tapi kita tetap sama. Kau jugak buat pe yang aku buat. Tapi kau lebih hipokrit!

Saturday, May 29, 2010

Aku Ketagihan...


Ketagihan... Apakah yang dimaksudkan dengan ketagihan? Ketagihan ialah suatu tindakan yang menyebabkan seseorang itu separuh gila, dengan ertikata yang laen, tak bley nak stop bila da kena. Aku pown da jadi camtue... Ketagihan apakah yang sedang merantai(bukan rantai kat post bawah tue) aku? Ketagihan dadah? Arak? Perempuan? Bukan... Aku ketagihan Facebook....

Apadia yang depa dok habaq Facebook nie? Muka buku? Buku muka? Facebook merupakan laman sosial untuk mencari kenalan, atau pown wat mende jahat yang laen...Contohnya orang kafir laknatullah wat ptandingan melukis muka Nabi Muhammad s.a.w. Bangang tol... Kononnya atas nama kebebasan bersuara. Apsal tak lukis jek muka mak sendiri ke, muka jiran sebelah ke... Orang pown tak marah.. Bodoh!

Emo cket, sowry yew... Berbalik kepada masalah ketagihan benda alah nie, aku baru jek daftar jadi ahli Facebook. Ntah cmna ntah aku tertekan e-mail n nama aku lak kat c2, secara otomatik, aku pown da jadi sebahagian daripada ahli laman soSIAL tersebut...

Ingatkan tak bez. Bez r jugak sampai aku susah nak stop bila da mula log in.. Bez sebab jumpa kengkawan lama, cikgu2 suma.. Tapi yang tak bez tue sebab da mula jadi ketagih. If ada pusat serenti untuk owang yang ketagihan Facebook, aku ase da ramai da kene masuk termasuk r aku...

Tapi aku asa benda nie kejap jek sebab mungkin aku jadi tergezut dengan kebestaan benda alah yang melalaikan nie. Tapi takpe, kita layan dulu... Tengok sampai mana bley tahan. K, jangan tak solat sebab Facebook ok? Chiow!

Saturday, May 22, 2010

Mari Rantai-Merantai


Rantai... Rantai... Rantai...

Bilakah gejala ini akan berakhir?

Tiadakah solusi lain yang difikirkan perlu untuk mendidik bakal-bakal guru selain daripada merantai kenderaan?

Best sangat ke merantai kenderaan orang?

Kalau kenderaan anda sendiri dirantai, apakah yang anda rasa? Gembira?


Syaitan Laknatullah pown hanya dirantai pada bulan Ramadhan yang mulia...

Tapi kita?

Tiap-tiap hari ada jek kenderaan yang dirantai. Tak kira waktu!

Persoalannya ialah...

Adakah kita lebih teruk daripada syaitan? Na'uzubillah...

For The Rest of My Life


I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you

And I asked Allah to bless all we do
You're my wife and my friend and my strength
And I pray we're together enternally
Now I find myself so strong

Everything changed when you come along

For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side honest and true

Till the end of my time

I'll be loving you

For the rest of my life
Through days and night

I'll thank Allah for open my eyes

Now and forever

I'll be here for you

Milik Siapakah 'Pak Guard' Ini?


Liliu!liliu! Sila beri laluan kepada the new entry yang bakal aku sampaikan nie. Heheheh... Da lama da ase tak menulis nie. Sebab exam kan. Aku pown sibuk jek 'Stido". OK, Let's straight to the new entry here, Milik Siapakah 'Pak Guard' ini?

Kowang sume pasan tak yang pak guard kita nie bukan yang jenis mesra pelajar? Kerek, sombong, pasan ensem, tegas (konon), melakukan tugas dengan amanah dan sangat r muka ketat Ya Rabbi... Tak senyum langsung. Time downg kentut jek senyum. Mungkin puas agaknya.

Persoalannya...
Mengapa dowang menjadi begitu?

Adakah dowang spesis makhluk Tuhan yang paling seksi?


Aku telah menemui jawapan yang sebenar mengapa dowang jadik camtue melalui sumber2 yang halal dan sah serta boleh dipercayai kesahihannya. Mereka cuba merebut jawatan KETUA PAK GUARD. Ha... Nie r jawapannya mengapa dowang sume wat tegas ngan kita, sombong dan sewaktu dengannya. Kerana apa? Gaji tinggi daripada balaci-balaci yang laen. Tak hairan r dowang jadik camtue.

Dengar ceritanya dah ada calon pilihan untuk menyandang jawatan tersebut. Aku ase kowang bley agak da sape... Yup! Tepat sekali. Pak guard yang paling pendek dan cute ketika menunggang moto EX5 nya. Wah! Cayalah bro. Ase cam nak sepak jek ko nye moto. Apapown, tahniah beb!

Milik siapakan 'Pak Guard' ini?....

Tuesday, May 18, 2010

Untuk Kamu... Jangan Takut Gelap


Untuk kamu...

Jangan takut, jangan resah
Bila lampu kamar mula dipadamkan

Aku akan selalu menemanimu
Sehingga kamu dibuai bermimpi

Jangan lupa janji kita esok
Semakin cepat kita tidur
Semakin cepat kita bertemu

Jangan lupa cuci kaki tanganmu
Berdoalah sebelum kita tidur
Jangan lupa doakan mama papa kita

Jangan takut akan gelap
Kerana gelap melindungi kita
Dari kelelahan

Jangan takut akan gelap
Kerana gelap hanyalah warna
Jika terang, ianya adalah sama

p/s: Kepada kamu... jangan takut gelap lagi ok? Do u know who u r...

Monday, May 17, 2010

Percayakan Padaku


Tunggulah...

Jadi PENDAMPINGKU


Seiring MALAM yang menjemput SENJA


KEKASIH
, percaya padaku


KAU
nyata tercipta untuk DISAMPINGKU

Sunday, May 16, 2010

Tragedi Mak Mertua


Jika dilihat dari segi kemampuan kewangan pada masa kini, aku memang hanya tinggal beberapa sen, tidak termasuk jumlah 8 juta ringgit simpanan dalam bank (bukan duit aku,duit owang laen r).

Namun, kemampuan kewangan yang terbatas tidak menjadi penghalang buat aku untuk melakukan ibadah 5 waktu sehari semalam. Berdoa agar segala cita-citaku tercapai dan dimakbulkan-NYA. Giler r ayat! Cam ayat sowang blogger tue. Hahaha.

Adapun aku seorang yang tidak berduit, namun kejadian yang sangat diingini telah berlaku pada pagi tadi. Aku panggil tragedi tadi ialah Tragedi Mak Mertua. Wah! Giler ah ding dong!

Percaya atau tidak, mak mertua aku telah bagi duit dalam jumlah yang bukan sedikit. Banyak giler kalau guna syiling satu sen untuk capai jumlah tue. Mau terlondeh seluar dibuatnya. Tak perlu r aku gtaw berapa jumlahnya, tapi banyak r jugak. If cam aku yang makan nasik bujang nie, bley r makan dalam tempoh 25 hari camtue. Hehe.

Apapown, aku ucapkan syukur tak terhingga kepada Allah SWT sebab mengurniakan aku rezeki yang tak langsung disangka-sangka dan terima kasih banyak-banyak kepada mak mertua kerana sudi memberi sumbangan yang bukan sedikit kepada menantu beliau yang sengkek. Heheh. N I love you my wife! Wah! Giler jiwang gua neh.

Demikianlah berakhirnya Tragedi Mak Mertua. Terfikir, kan bagus kalau tragedi ini berlaku tiap-tiap hari, tak pown seminggu sekali ke... Huhu. Apapown, terima kasih mak mertua!
Tambah lagi sorang mak, mak kepada orang yang saya sayang. Alhamdulillah...

Selamat Hari Guru V3


Apakah cita-cita anda sebelum menjadi guru?
Majistret? Lawyer? Engineer? Arkitek?
Anda menyesal menjadi guru?

Cuba lihat, ada tak lawyer yang sanggup pakai topi arkitek?
Ada tak majistret yang berani sarung kot doktor?

Tapi guru adalah semua itu!

Kita r doktor bila budak-budak sakit.
Lawyer bila kena soal dengan parent.
Majistret bila budak bergaduh.
Kadang-kadang time gotong-royong, kita lak jadi tukang kebun.

Jadi, berbanggalah menjadi guru kerana guru adalah semua!
Selamat Hari Guru cikgu!

Saturday, May 15, 2010

Selamat Hari Guru!!!


On the Positive Side:

Bagaimana seorang Perdana Menteri dilahirkan?
Bagaimana seorang Angkasawan dilahirkan?
Bagaimana seorang Arkitek dilahirkan?
Bagaimana seorang Jurutera dilahirkan?
Bagaimana seorang Doktor dilahirkan?
Bagaimana seorang Pendakwah dilahirkan?
Bagaimana seorang Saintis dilahirkan?

On the Negative Side:

Bagaimana seorang Pemimpin Kuku Besi dilahirkan?
Bagaimana seorang Pelacur Kelas Atasan dilahirkan?
Bagaimana seorang Pencuri Profesional dilahirkan?
Bagaimana seorang Hakim Yang Tidak Adil dilahirkan?
Bagaimana seorang Ahli Politik Pengkhianat Bangsa dan Agama dilahirkan?
Bagaimana seorang Munafik dilahirkan?

Satu jawapan untuk semua soalan:
Melalui didikan dan tunjuk ajar seorang GURU.

Kalau gurunya seorang yang suka menjatuhkan maruah pelajar, suka memperlekehkan pelajar, suka memandang rendah kebolehan pelajar, bertindak berat sebelah, memilih bulu dalam mengajar, maka, tidak mustahil pelajar yang akan dilahirkan adalah mereka yang seperti On The Negative Side.

Untuk itu, jadilah GURU YANG MEMAHAMI PELAJAR agar generasi On The Positive Side dapat dilahirkan.

Selamat Hari Guru!!!


p/s: Sengaja aku warnakan perangai negatif dengan warna yang kurang menyerlah sebagai simbol untuk pensyarah dan guru bagi kurang menyerlahkan perangai negatif mereka.

Friday, May 14, 2010

Lemahnya Kita...

Sila baca artikel ini:

Peguam bukan Islam boleh bekerja di Mahkamah Syariah KL?

14/05/2010 2:20pm

KUALA LUMPUR 14 Mei – Seorang peguam wanita yang bukan beragama Islam hari memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Tinggi Sivil di sini bagi mendapatkan semakan kehakiman untuk beliau bekerja sebagai peguam di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh memberi kebenaran kepada permohonan untuk suatu perintah bagi mendesak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk menerima masuk Victoria Jayaseele Martin sebagai peguam syarie.

Ini adalah kes pertama di Kuala Lumpur apabila seorang peguam bukan Islam diberi kebenaran untuk mencabar bahawa hanya peguam yang beragama Islam sahaja boleh bekerja sebagai peguam di Mahkamah Syariah. – Bernama

(Utusan Malaysia,14 Mei 2010)


Apa pandangan anda? Lemahnya kita...

Notis Penting


Notis ini berkenaan penambahbaikan blog akucemuih.blogspot.com

Segala aktiviti tidak bermoral tidak dapat dijalankan sepanjang kerja baik pulih ini.
Ini penting demi menjamin kesejahteraan pembaca-pembaca sekalian.
Pihak kami berharap agar pihak pembaca dapat bersabar dan menggosok gigi dengan kerap setiap hari sepanjang kerja baik pulih dijalankan.
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemalangan di blog ini.
Kehilangan nyawa dan harta benda adalah tanggungjawab diri sendiri.

Harap maklum.

Segala kesulitan amat dikesali.

Cintamu


Cintamu,
Yang kurasa walau tak terucap,
Semakin dalam
Cintamu,yang terukir di batas cintaku,
Selamanya

Tak pernah kumencuba,
Lepaskan cintamu walau sesaat,

Sejujurnya diriku terlalu sayang padamu

Kuingin selalu dalam,
Cintamu


Dan tiada yang kan memisahkan,
Selamanya
Cintamu,
Yang terlimpas, terbias matamu
Selama ini

Adakah di hatimu,
Terbisik satu harapan untukku

Untuk berjanji selamanya kan selalu milikku


Satu cinta,

Tak pernah kumencuba,
Lepaskan cintamu walau sesaat,
Sejujurnya diriku terlelu sayang padamu
Kuingin selalu dalam,
Cintamu...

Thursday, May 13, 2010

Mari Menilai Orang Melalui 'Bintang' dan 'Love'


Bagaimana seseorang menilai kita? Ya... Banyak cara. Antara cara terbaru yang saya kenal pasti adalah melalui pemberian simbol 'bintang ' dan 'love'.

Semakin banyak 'bintang', tambahan pulak ada simbol 'love', maknanya kita sangat disayangi. Wah! Bestestnya... Tetapi jika hanya mendapat sedikit 'bintang', tanpa 'love' pulak tue, itu bermakna anda tidak disayangi. Wuhuhu.

Memang best kan menilai orang dengan cara tue? Aku pown ase sangat terhibur. T, kat skolah cuba r anda suma wat camtue kat murid2. Pasti anda akan disayangi dan dikasihi. Dan, sampai mati pown para pelajar tidak akan melupakan anda.

Sama jugak seperti saya. Terima kasih cikgu!

p/s: Mudah tol nak menilai orang ye?

ADAM & HAWA


~HAWA tercipta di dunia untuk menemani sang ADAM



Begitu juga DIRIMU tercipta untuk temani AKU~



Sekian....
TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN AKU MAKIN KURANG MINAT UNTUK JADI CIKGU.
HANYA ALLAH SAHAJA DAPAT MEMBALAS JASAMU! TERIMA KASIH BANYAK2!

Kempen 'Mari Pergi Ke Unit Kaunseling'


Marilah beramai-ramai kita ke Unit Kaunseling!

Mengapa?
Sebab ianya sangat best!
Kenapa?
Sebab kita akan dicop sebagai BUDAK YG BERMASALAH.
Bagaimana?
Melalui kes-kes yang kita lakukan.
Siapa?
Aku r...

Jadi, marilah kita ke Unit Kaunseling. Anda pasti akan terhibur! Yahoooooooo!!!

Wednesday, May 12, 2010

41 Tahun Selepas 13 Mei 1969


Da lama aku tunggu tarikh nie untuk menulis sesuatu pasal 13 Mei sebabnya aku ada membaca dan membeli buku tulisan Almarhum Tunku Abdul Rahman. Penulisan ini ditulis selepas 3 minggu berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei di negara kita. Mari kita lihat apa kata Almarhum Tunku untuk penulisan tersebut;

13 Mei merupakan satu pengalaman dan pengajaran yang tidak dapat kita semua lupakan buat selama-lamanya. Kerana kejadian itu dapat menunjukkan kepada kita semua tentang bahaya-bahaya yang boleh timbul sekiranya kita terlampau lalai atau cuai.

Kita seharusnya bangga dengan apa yang telah kita capai. Dengan semangat perpaduan dan keharmonian serta kerjasama dan rasa muhibah, maka kita telah mengatasi segala kesulitan untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran yang tiada tolok bandingnya.

Oleh itu, amatlah mustahak bagi kita semua untuk cuba sedaya upaya hidup bersama-sama dan cuba memahami antara satu sama lain dengan semangat persefahaman, hormat-menghormati agar kita dapat memelihara keharmonian dan keamanan.

-Tunku Abdul Rahman, 1969-

Aku cuma nak ingatkan kepada rakyat Malaysia terutama bangsa aku sendiri, MELAYU supaya JANGAN MUDAH LUPA SEJARAH. Sejarah bukan hanya sekadar subjek untuk dijawab bagi lulus peperiksaan tetapi merangkumi segala aspek kehidupan kita. Tindak-tanduk kita pada masa dahulu menentukan kehidupan kita pada masa sekarang. Begitu juga untuk masa sekarang, ianya akan dibawa untuk masa hadapan kita. Jadi, kepada generasi muda, jangan terlalu mendabik dada dengan sesuatu pencapaian kerana ini MALAYsia. Harap anda faham apa yang nak aku sampaikan.

Tuesday, May 11, 2010

Peraduan 'CARI BENDA TERSEMBUNYI'


Peraduan 'CARI BENDA TERSEMBUNYI'

Sila lihat gambar di atas.
Sila namakan 5 benda yang tersembunyi dalam gambar tersebut.

Hadiah lumayan menanti anda!!

Hadiah tempat pertama : Percutian pergi tak balik2 ke Israel selama-lamanya.
Hadiah tempat kedua : Berpeluang bertemu 'warn-G' secara eksklusif. Wuhuhu!
Hadiah tempat ketiga : Bermalam bersama kakitangan HEP.

Sertai segera. Kalau tak, seumur hidup anda akan menyesal!

Coming soon... Komik K.A.M.I

Untuk mengetahui siapakah kartunis hensem yang menghasilkan karya tersebut?

Dapatkan tiket-tiket percuma di Plaza Alam Central, Shah Alam.
Komik yang best, lucu, sensasi.
Edisi Hari Guru.
Bakal dipasarkan tidak lama lagi.
Dapatkan segera!!!!!



p/s: All terms and conditions apply!

Aku Benci Ibu....!


Aku memang tak faham!
Nape time aku susah dulu, ko wat tak taw jek?
Masa aku jalan kaki dulu, langsung ko tak pandang pown aku.
Ko tak pernah lak nak marah aku time tue...

Skang neh, bila aku da kaya seket, bila aku da pakai kenderaan,
Bukan maen lagi ko perhatikan aku.
Aku rimas r dengan perhatian yang ko bagi. Siyes!
Aku memang benci giler kat ko!

Aku park kete jap ja pown.
Tak sempat punggung aku yang ayu nie nak panas,
Ko da buat hal.
Ko da mula tulis surat!

Cilakak!
Aku terpaksa r terima surat yang ko bagi,
Sebab aku hormat ko, bukan takut OK?

Aku pown buka surat tersebut dengan debarnya.
Melayang RM 3oo kena saman.
Aku Benci Ibu Pejabat Polis Daerah ^@&*%$* Cawangan Trafik!!!!!!!!!!!!!!



p/s: Ceh! Ingatkan ibu sape tadi...

Monday, May 10, 2010

Jika Ibu...


Sempena Hari Ibu, mari kita lihat betapa pentingnya ibu jika...

Jika di kenderaan, Ibu adalah enjin,
Jika di kapal, Ibu ialah nakhoda,
Jika di Bumi, Ibu ialah oksigen,

Jika di asrama ( tak kira r Blok A ke,Blok E ke), Ibu ialah warden,
Jika di maktab, Ibu ialah Pengarah,
Jika di parlimen, Ibu ialah Yang di-Pertua Dewan,
Jika di Hollywood, Ibu ialah Marilyn Monroe,
Jika di Bollywood, Ibu ialah Aishwarya Rai,
Jika di komputer, Ibu ialah CPU,
Jika di bidang pentadbiran, Ibu ialah Perdana Menteri,
Jika di alam semesta, Ibu ialah Matahari, dan...
Jika di hati, Ibu ialah segalanya...

Betapa pentingnya ibu kepada kita. Sayangi ibu kerna syurga bersamanya...

Perlu Ke?

Adakah kayu seperti ini yang diletakkan di hadapan maktab kita?


Ya... Bertemu lagi kita dalam akucemuih.blogspot. Apa tajuk arinie? Tajuk arinie adalah seperti di atas, Perlu Ke? Perlu ke hapekemende? Ya... Perlu ke letak kayu kat depan gate nak masuk ke institut nie?

Ha... Para pelajar guru sekalian, para pelajar perasan tak ada sebatang kayu yang diletakkan di depan gate masuk pintu gerbang yang chantek dan besar ( tapi dikecikkan dengan hanya membuka sebelah sahaja, mungkin kerana mahu mengelakkan pencemaran sungai agaknya...). Tak perasan ye? Agak buta r sesapa yang tak perasan ada kayu tue...

Persoalan yang timbul ialah perlu ke kayu tue diletakkan di hadapan pintu gerbang yang chantek tersebut? Apakah tujuannya? Adakah dengan meletakkan kayu tersebut, maka kuasa kelajuan kereta Perodua Kancil akan bertambah 4 juta kali ganda? Atau, dengan meletakkan kayu tersebut, maka gejala sosial di Malaysia akan berkurangan secara drastik? Apakah tujuan mereka meletakkan kayu tersebut?

Nah, inilah antara jawapan yang logik dapat aku berikan untuk soalan tersebut:
  1. Merosakkan tayar kenderaan
  2. Membuatkan kita makin menyampah dengan pihak2 tertentu
  3. Kayu itu dijadikan sebagai satu simbol betapa agungnya institut ini
  4. Kayu itu dijadikan senjata untuk memukul sesape yang berani langgar peraturan institut
Tetapi, jawapan itu hanyalah merupakan agakkan aku sahaja. Hanya pihak2 tersebut sahaja tahu mengapa kayu yang sempoi nak kepampos itu diletakkan di situ.

Tapi, Perlu Ke wat camtue?

Sunday, May 9, 2010

Bila Ketiak Berbicara


Hargai aku,
Cintai aku,
Cukurlah aku,
Sabunkan aku,
Bersihkan aku,
Bedakkan aku,
Perfumekan aku,
Wangikan aku,
Ciumlah aku,
Pujilah aku,
Kemaskan aku,

Kerna aku ialah ketiakmu...

1st Award... Metacey Along Momot!


Huhuhu... Tue, tengok award tue. Ha... Beautiful Blogger tue. Takkan r untuk abang Warn-G kite kan? Name pown beautiful... Tentula untuk Kak Jenab Estaban yang hotty2 hot nie! Auww! Kalau Warn-G, beautifool boley kowt? Huhu. Jangan mare Warn-G. Nanti I gigit2 U! Uuuuuu... Tak kuase!

Apepon, "trime kasey daun keladi, kalau ada award bley bagi lagi" kepada Along Momot yang memberikan award nie kat Akak Jenab Estaban. Cayang ko dik non! Huhu. Nyampah lak akak. Jangan ta tawu, nie 1st award akak dapat. Ha... Jadi untuk dik2 non yang laen, bagi r lagi award ye kat Akak Jenab Estaban nie. Akak suke U! Huhu.

Owtey, jumpe lagi di laen entry. Akak Jenab Estaban nak g mekap2 jap. Ahaks! Metacey Along Momot!':)

Tertiup Angin Terkentut


Malam nie asa cam tak keruan r... Walaupun ada letrik, kipas berpusing dan sempat lg ke Putrajaya tadi, tapi aku tak selesa. Ntahla nape...

Sempat jugak tadi singgah2 kat kedai mamak sambil aku nyanyi lagu ngan mamak tersebut. Lagu tamil. Tajuk dia 'Senane Vudhiyane Senapie Tiepo'. Mamak tue suh aku jadi vokalis. Mak ai... Punya r masyuk gua cakap lu.

Lepas tue aku pown sempat r order nasik kosong ngan telur dadar bersama teh ais. Fulus kurang kan. Dalam keriuhan mamak tue bergurau senda bersama para pelanggan, tetiba aku asa bau yang kurang enak.

Aku pown cuba r melamar bau tersebut, owh... Aku taw. Aku kenal dan aku pasti. Bau kentut sendiri rupanya. Inilah akibat terlalu banyak makan telur dadar. Apapown, terima kasih telur dadar sebab menghilangkan rasa laparku.

Tertiup angin terkentut... Owh... Syahdunya!

Aku dan Bonda...


bonda bertudung coklet bergambar bersame bakal menantu..opss terlebey suda..=)huhu
Bonda bicara,

Yang lorek itu kendi,

Yang cantik itu budi.


Aku berkata,

Yang cantik itu lukisan,

Hidup mesti ada wawasan.


Bonda bicara,

Berburu ke padang datar,

Berguru kepalang ajar.


Aku berkata,

Berburu membawa busar,

Matlamat hidup jangan tersasar.


Bonda bicara,

Berakit-rakit ke hulu,

Berenang-renang ke tepian.


Aku berkata,

Berperahu menuju lautan,

Hidup bersedia menghadapi cabaran.


Bonda bicara dan Aku berkata,

Sebenarnya tiada beza.


Waktu itu dan waktu ini,

Aku dan Bonda adalah seorang pejuang selagi hayat dikandung badan...


BELUKAR


Saksikan filem BELUKAR yang sedang ditayangkan di pawagam berhampiran.

Pasti anda akan BERTUKAR,
dan TERKETAR-KETAR,
atau BUKAK SELIPAR,
seterusnya akan beri PENAMPAR!

Saksikan filem BELUKAR! Dimana ia bermula, disitu ia berakhir!

Saturday, May 8, 2010

Mak Aku Paling Sempoi Di Dunia!


Orang kata Bill Gates paling kaya dalam dunia,
Tapi aku kata mak aku paling kaya dalam dunia sebab dia tak pernah mintak balik bayaran sepanjang dia besarkan aku.


Orang kata Siti Nurhaliza nyanyi paling merdu,
Tapi aku kata mak aku nyanyi paling merdu sebab masa aku kecik dulu, dia selalu nyanyikan zikir2 sampai aku tertido.


Orang kata Superman paling kuat,
Tapi aku kata mak aku paling kuat sebab selama 9 bulan 1o hari dia bawak aku ke mana saja dia pergi.


Orang kata masakan Chef Wan paling sedap,
Tapi aku kata masakan mak aku paling sedap sebab setiap kali dia masak, memang habes licin. Sekali ngan meja makan aku jilat.


Orang kata cikgu paling pandai mengajar,
Tapi aku kata mak aku lagi pandai mengajar sebab dia dah jadikan aku seorang cikgu.


Orang kata Soekarno paling pandai berpidato,
Tapi aku kata mak aku paling pandai 'berpidato' sebab dulu kalau tak siapkan keja rumah, mak aku akan 'berpidato' 24 jam tanpa henti sampai r aku siapkan keja tue.


Orang kata P. Ramlee seorang legenda,
Tapi aku kata mak aku seorang legenda sebab aku selalu teringatkan dia tak kira kat mana aku berada.


Orang kata benda paling berharga adalah masa,
Tapi aku kata benda yang paling berharga adalah mak aku sebab dia tak kira masa ada dalam hati aku.


Selamat Hari Ibu Mak!

Friday, May 7, 2010

Kenapa kita sakit ye wak?



Wak, sesungguhnya kan awak, setiap kali kita mengadu sakit, sebenarnya setiap kali itulah bermakna Allah sayangkan kita. Allah nak sedarkan kita wak... Allah nak kita selalu ingat pada Dia.

Awak... Bila kita sakit kan wak, kita kena selalu ingat, Allah memilih diri kita untuk disedarkan dan juga supaya kita dapat merasa dekat kepada-Nya.

Awak... Awak percaya tak, hanya orang yang merasai sakit sahaja yang taw betapa bernilainya nikmat kesihatan? Betol wak.. Orang yang sihat, selalu jek lupa dan lalai untuk jaga kesihatan.

Awak... Sakit jugak mengajar kita erti sabar kan wak? Wak... Awak taw, sabar nie kan... Besar ganjarannya di sisi Allah SWT. Saya pernah terbaca;

Rasulullah SAW menyebut dalam sebuah sabda baginda: "Akan ditegakkan penimbang di Akhirat kelak untuk ahli solat. Segala pahala sembahyang mereka itu ditentukan oleh Allah Taala melalui timbangan. Kemudian datang pula ahli siyam ( ahli puasa), lalu disempurnakan segala pahalanya juga melalui timbangan. Diikuti pula dengan ahli sodaqah (orang yg suka menderma), disempurnakan pahala sedekah mereka itu melalui timbangan. Kemudian disusuli pula oleh ahli hajj (orang yang menunaikan haji), dan pahala hajinya juga ditentukan melalui timbangan. Seterusnya diikuti pula oleh ahlil bala (orang yang semasa hidup di dunia sentiasa diuji dengan pelbagai bala), Allah Taala mengurniakan pahala kesabaran kepada mereka tanpa kira bicara"

Wak... Awak sabar ya... Insya-Allah, semuanya akan kembali seperti sedia kala. Selalu saya doakan untuk awak. Saya rasa bukan saya sorang saja wat camtue, parent awak, adik beradik awak, kawan-kawan kite pown... Sume nak awak kembali sembuh wak... Dan saya yakin awak akan sembuh. Ameen!

Sesungguhnya awak kan, kesihatan adalah nikmat, kesakitan adalah rahmat.

untuk Maisya Tahir




1. adakah anda rase hot??
hot r..tengah blackout nie. kipas tak pusing. hahahaha


2. upload wallpaper pc/laptop yang anda gunakan sekarang
nampak kat atas tue?


3. cerita pasal gambar nih
gambar tue menceritakan seekor kambing sedang
berjalan-jalan sambil makan rumput..
takdak aish. gambar tue merupakan band kegemaran aku. legend tue!
tringin gak dulu nak jadi cam METALLICA!


4. kali terakhir makan PIZZA

18 tahun lepas semasa Jepun jajah Belanda.
5. lagu terakhir anda dengar??

ermm... sumayyah, Hijjaz. nape gelak?

6. apa yang anda buat selain selesaikan tagg nie??

aku study bersungguh-sungguh dan mengumpul setem

7. selain nama anda, anda dipanggil apa??

adik (adik?hahaha!!!!). nazreen, wan, warn-G, christiano ronaldo
dan leonardo de caprio.

8. tag lagi 3 orang, sape yek nk tag

3.atina

9.
siapa orang nombor 1 bagi anda

seorang pesakit OUM dan sangat chubby! ngee.....

10. katekan sesuatu pada orang nombor 3

dia baek... tak pernah merokok atau terkantoi datang
lewat ke kuliah kemudiannya dihantar
kaunseling...
11.
no 2 ad hubungan dengan siapa??

dulu ngan zack kecik tapi skang neh aku
pown tataw sebab dia cukup beRAHASIA...

12.
kata2 cinta pada orang no 1

along momot, aku sangat menCINTAHI kamu. ok, dah! hahaha!


13.
berikan 5 fakta yang anda tahu pasal orang yang tagg anda??

pertama: dia cool

kedua: dia hidung kembang

ketiga: dia marka farees

keempat: dia tak berapa tinggi
(separas buku lali aku sahaja)

kelima: warna contact lens dia sama ngan warna contact
lens aku, tapi aku punya lagi berjenama dan mahal. heheh

Harap encik Mohd. Maisyarah berpuas hati.huhu.

Kalau Aku Mampu...

Kalau aku mampu untuk sembuhkan rasa itu...
Kalau aku mampu untuk kongsi rasa itu...
Kalau aku mampu untuk kurangkan rasa itu...
Kalau aku mampu untuk bunuh rasa itu...
Kalau aku mampu untuk ganti rasa itu...
Kalau aku mampu untuk halau rasa itu...
Kalau aku mampu untuk bertemu rasa itu...
Kalau aku mampu untuk pujuk rasa itu...
Kalau aku mampu untuk rayu rasa itu...
Kalau aku mampu untuk melutut pada rasa itu...
Kalau aku mampu untuk hilangkan rasa itu...

Akan aku lakukan demi kamu.
Tapi hakikatnya aku tetap aku.

Hanya satu aku mampu...
Doakan kamu...

Moga rasa itu ditimbus sedikit demi sedikit oleh doaku.
Kamu, akan kembali seperti dulu.

~..Rasa Itu Datang Lagi..~




Rasa Itu Datang Lagi
Tiada siapa yang mengerti
Bagaimana seksanya 'rasa' ini
Hanya Dia Ya ILAHI
Mengetahui 'rasa' ini



Pergilah pergi
Wahai 'rasa' ini..
Diri sendiri tidak mengerti
Apakah sebenarnya 'rasa' ini



Ya Allahu Ya Rabbi
Kerdil sungguh diri ini
Kuatkan semangat dan jati diri
Mampukah menempuh dugaan duniawi


Wahai 'rasa' tolonglah pergi
Kerna aku TAK MAMPU LAGI....

Thursday, May 6, 2010

Melayu, Islam, Beraja


Institusi Kesultanan Melayu merupakan antara institusi yang tertua di dunia dan dianggarkan telah melebihi 700 tahun. Khazanah ini telah menjadikan bangsa Melayu memiliki suatu warisan yang unik dan berkesinambungan dari satu generasi ke satu generasi.

Secara sedar atau tidak, institusi ini amat berpengaruh dalam pentadbiran di negara kita. Lihat sahaja perkataan
'ke-raja-an'. Perhatikan perkataan Raja. Ianya membawa maksud suatu pemerintahan yang dibina dan diketuai oleh seorang raja Melayu.

Bercakap mengenai bangsa Melayu, terdapat tiga perkara wajib yang perlu ada untuk melayakkan diri seseorang diiktiraf sebagai Melayu. Beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengikut adat istiadat Melayu. Hal ini sudah cukup membuktikan bahawa hubungan Islam dan Melayu adalah sinonim dan sangat utuh serta saling berkait bagi membolehkan seseorang itu disebut sebagai orang Melayu.

Lihat pula hubungan Kesultanan Melayu Melaka dengan kerajaan Uthmaniah sebagai pusat pemerintahan khalifah Islam pada masa tersebut juga telah mengiktiraf kerajaan Melaka sebagai sebahagian naungan kerajaannya. Justeru, sistem pemerintahan beraja Melayu Islam dapat dikatakan sebagai sebahagian daripada sisitem khalifah Islamiah pada suatu ketika dahulu.


Dengan kembali kepada hakikat, konsep Melayu, Islam dan sistem beraja adalah merupakan suatu perkara yang berkait rapat yang menyerlahkan kegemilangan Tamadun Melayu Islam, maka, 'kedaulatan institusi kesultanan', 'ketuanan Melayu Islam' dan 'kedaulatan agama Islam' kekal menjadi wadah utama penduduk berbangsa Melayu selaku penduduk asal di negara ini. Ingat! Sebelum lahir nama Malaysia, bumi bertuah ini dikenali sebagai Tanah Melayu!

Pengukuhan Institusi Kesultanan akan memberikan satu kelebihan dan manfaat yang tidak terhingga kepada bangsa Melayu itu sendiri di samping menjamin kesejahteraan dan keharmonian negara ini berterusan. Kehebatan bangsa Melayu harus dikembalikan dengan gagasan peradaban Tamadun Melayu Islam kerana Islam merupakan agama yang membawa kepada ketamadunan Melayu!

Daulat Tuanku! Hidup Melayu! Takbir!

Wednesday, May 5, 2010

Jaga Tepi Kain Orang?


Salam satu Malaysia dan Bangla. Topik kita pada hari nie berkaitan rapat dengan kesukaan orang pempuan terutama untuk bershopping di Nilai 3, iaitu kain. Ha, rapat2! Kain murah! Kain murah! Tapi bukan bab kain yang dijual aku nak cakapkan, tapi bab suka sangat amek taw hal owang laen secara ultras ( melampau ), menJaga Tepi Kain Orang.


Salah ke nak jaga tepi kain orang nie. Bergantung jugak kepada niat sesorang sebenarnya, apakah tujuan mahu menjaga tepi kain orang nie. Kalau niatnya baek, maka kita boleh terima tapi kalau setakat nak menjatuhkan maruah orang laen, atau nak mengaibkan orang maka perbuatan ini adalah dilarang sama sekali. Bukan saja sekali, tapi banyak kali dilarang. Tapi persoalannya, kenapa dilarang? Sebab tak baik r.


Sekarang nie aku tengok dengan mata aku sendiri ( takkan tengok guna hidung ye tak? ), kalau dulu, ramai orang wanita yang terlibat secara professional dalam bidang menjaga tepi kain orang, tapi zaman da berubah. Lelaki lak dok sibuk jaga tepi kain orang, bukan setakat jaga, kalau boleh tue, terus nak masuk dalam kain orang. Hamjadah punya pangai. Bagi aku, golongan lelaki sebegini memang tak normal r... Sama ada dia daripada golongan auwww... Atau golongan gila publisiti.


Kepada golongan2 lelaki sebegini, sedarlah diri ya. Jangan habat sangat mulut ang. Sepak muka sambil ludah lam mulut kang, naya je.


K, sowry kalau bahasa aku agak emo dan ledot. Tapi siyes aku tak suka r! You should burn in hell men! Chow!

Tuesday, May 4, 2010

Study Week atau Study Weak?


Demam exam telah bermula. 2 papers da settle, tinggal lagi... Ermm... Lebih dari satu paper lagi belum selesai. Aku pown tak taw ada brapa paper kena amek. So untuk entry kali nie, memang ada kena mengena ngan exam, iaitu Study Week atau Study Weak?

Walaupown maktab kita nie tak ada sebenarnya study week nie (bodo gak r...), tapi sebagai pelajar yang cemerlang, kadangkala kita terpaksa wat study week sendiri. Dalam masa study week nie, adakah kita habis-habisan study? Aku asa kalau budak pempuan, atau separuh pempuan, jawapannya YA! Tapi kalau lelaki sejati yang macho cam aku neh (hahak!) memang tak pown. Maka minggu study week telah bertukar menjadi minggu study weak.

Study weak
bermaksud haram apa satu pown dia tak belajar sepanjang minggu. Sebab tue dia jadi study weak. Memang weak gila r gua cakap lu. Segalanya serba lemah. Keja makan, pastue tido, pastue bangun, berak. Bese r kan, pas makan, mestie sume orang wat menda tue kan?

Jadi terpulanglah kepada anda semua, selaku para pelajar Institusi Pengajian Tinggi sekalian untuk menterjemah keadaan sebenar sebelum anda menghadapi exam.

Adios, aku berambos!

Monday, May 3, 2010

Bila Orang Tegur...

Sekadar gambar hiasan.


Salam bahagia. Bertemu lagi kita dalam rancangan Mari Bertekak Bersama Kak Jenab Estaban. Hari ini Kak Jenab Estaban akan membawakan topik yang agak suam2 kuku iaitu Bila Orang Tegur... Cam cerita seram jek tajuk ek? Tapi tak seram pown...


Kak Jenab Estaban terkadang keliru dengan pangai orang2 kita nie kan. Bila ditegur cket, da melatah... Da melenting. If da memang salah diri sendiri, ngaku je r kan. Hape susah... Nobody's perfect and nobody's prefect (tak sume orang taw dapat jadi pengawas...huhu).

Ada yang lagi cambez tue, bile kite tegur kesalahan dia, slumber jek dia jawab "Lantak aku r. Kubur masing2!" Ha, yang nie yang Kak Jenab Estaban ta suke! Selalu Kak Jenab jawab jek, "Memang r kubo masing2, tapi kalau turun bala, orang solehah cam akak Jenab Estaban pun kena sekali taw!". Uiii... Tak kuase akak nak melayannye!

Tak pown, da dia cakap kubo masing2 kan, sok dia mati, soh dia bawak van mayat sendiri, pastue, soh dia tanam diri dia sendiri. Ha... Padan muke! Hello... Akak Jenab Estaban ikhlas taw tegur... Ta nak denga, sude..

Sampai jumpa di lain waktu. Sowry kalau mulut akak Jenab Estaban habat sangat! Tak kesah pown. Buwekkkss!

PENING + STRESS + SEDEY SGT!

Arggggggggggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

!:'(

tell u the truth
i didn't want this thing to happen
while you are away

i dont want to be involved
in this anymore
cause i wanna be sober again

i dont want this spiral playing against my brain
cause i wanna be so natural
i don't want this animated cartoon
flow in my tubes

cause i wanna be so happy
i wanna be so healty, wanna be so wealthy,
wanna be so happy
but...
it happen, it happen to me...
it could happen, it could happen to you...
it could happen to anyone expecialy
me.... or you or she... or he...

i've done millions mistakes in my life
and there's no way of turning back
i hope i will be happy, healty again
for the rest of my entire life
along with the big fake happy smile
yes i do, i wanna smile
i wanna smile,
i have to smile..
yes i wish to smile..
learn to smile..
cuz I love to smile

Sunday, May 2, 2010

Mengapa Undang-Undang Di Sini Ketat?


Aku telah berjaya membuat satu lagi penemuan yang agak dahsyat dan meggemparkan mengenai persoalan mengapa undang-undang di sini ketat nak kepampos? Mungkin kowang suma tak perasan atau wat2 tak perasan. Tapi kowang nampak tak bangunan hape yang sedang naik depan institusi kita?

Bangunan Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK). Ha...

Salah ke bangunan AADK dibina disini? Sumpah tak salah sebab AADK nie merupakan badan yang bertanggungjawab membanteras dadah dalam negara yang kita cintai, Malaysia. Tapi korang perasan tak selalu AADK nie dibina kat mana?

Berdekatan dengan pusat serenti atau nama saintifiknya Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik @ PUSPEN.

Tapi realiti di sini ialah institusi kita yang paling dekat dengan bangunan AADK. Sebab tue undang-undang dan peraturan di sini ketat cam dalam pusat serenti atau PUSPEN. Ada kebenaran tak? Hmmm... Mungkin!

Everybody's Changing!


Kepompong berubah jadi rama-rama
Berudu berubah jadi katak
Malam berubah jadi siang
Mendung berubah jadi hujan
Jahat berubah jadi baik
Zaman dulu berubah jadi zaman sekarang
Muzik 60'an berubah jadi muzik rock
Muda berubah jadi tua
Kalut berubah jadi rilex
Susah berubah jadi senang
Tangis berubah jadi ketawa
Duka berubah jadi suka
Bodoh berubah jadi bijak

Aku berubah jadi... JIWANG! hahaha!


p/s: Bukan aku yang tulis!