skip to main |
skip to sidebar
Kenapa kita sakit ye wak?
Wak, sesungguhnya kan awak, setiap kali kita mengadu sakit, sebenarnya setiap kali itulah bermakna Allah sayangkan kita. Allah nak sedarkan kita wak... Allah nak kita selalu ingat pada Dia.Awak... Bila kita sakit kan wak, kita kena selalu ingat, Allah memilih diri kita untuk disedarkan dan juga supaya kita dapat merasa dekat kepada-Nya.
Awak... Awak percaya tak, hanya orang yang merasai sakit sahaja yang taw betapa bernilainya nikmat kesihatan? Betol wak.. Orang yang sihat, selalu jek lupa dan lalai untuk jaga kesihatan.
Awak... Sakit jugak mengajar kita erti sabar kan wak? Wak... Awak taw, sabar nie kan... Besar ganjarannya di sisi Allah SWT. Saya pernah terbaca;
Rasulullah SAW menyebut dalam sebuah sabda baginda: "Akan ditegakkan penimbang di Akhirat kelak untuk ahli solat. Segala pahala sembahyang mereka itu ditentukan oleh Allah Taala melalui timbangan. Kemudian datang pula ahli siyam ( ahli puasa), lalu disempurnakan segala pahalanya juga melalui timbangan. Diikuti pula dengan ahli sodaqah (orang yg suka menderma), disempurnakan pahala sedekah mereka itu melalui timbangan. Kemudian disusuli pula oleh ahli hajj (orang yang menunaikan haji), dan pahala hajinya juga ditentukan melalui timbangan. Seterusnya diikuti pula oleh ahlil bala (orang yang semasa hidup di dunia sentiasa diuji dengan pelbagai bala), Allah Taala mengurniakan pahala kesabaran kepada mereka tanpa kira bicara"Wak... Awak sabar ya... Insya-Allah, semuanya akan kembali seperti sedia kala. Selalu saya doakan untuk awak. Saya rasa bukan saya sorang saja wat camtue, parent awak, adik beradik awak, kawan-kawan kite pown... Sume nak awak kembali sembuh wak... Dan saya yakin awak akan sembuh. Ameen!
Sesungguhnya awak kan, kesihatan adalah nikmat, kesakitan adalah rahmat.
No comments:
Post a Comment