skip to main |
skip to sidebar
Melayu, Islam, Beraja
Institusi Kesultanan Melayu merupakan antara institusi yang tertua di dunia dan dianggarkan telah melebihi 700 tahun. Khazanah ini telah menjadikan bangsa Melayu memiliki suatu warisan yang unik dan berkesinambungan dari satu generasi ke satu generasi.
Secara sedar atau tidak, institusi ini amat berpengaruh dalam pentadbiran di negara kita. Lihat sahaja perkataan 'ke-raja-an'. Perhatikan perkataan Raja. Ianya membawa maksud suatu pemerintahan yang dibina dan diketuai oleh seorang raja Melayu.
Bercakap mengenai bangsa Melayu, terdapat tiga perkara wajib yang perlu ada untuk melayakkan diri seseorang diiktiraf sebagai Melayu. Beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengikut adat istiadat Melayu. Hal ini sudah cukup membuktikan bahawa hubungan Islam dan Melayu adalah sinonim dan sangat utuh serta saling berkait bagi membolehkan seseorang itu disebut sebagai orang Melayu.
Lihat pula hubungan Kesultanan Melayu Melaka dengan kerajaan Uthmaniah sebagai pusat pemerintahan khalifah Islam pada masa tersebut juga telah mengiktiraf kerajaan Melaka sebagai sebahagian naungan kerajaannya. Justeru, sistem pemerintahan beraja Melayu Islam dapat dikatakan sebagai sebahagian daripada sisitem khalifah Islamiah pada suatu ketika dahulu.
Dengan kembali kepada hakikat, konsep Melayu, Islam dan sistem beraja adalah merupakan suatu perkara yang berkait rapat yang menyerlahkan kegemilangan Tamadun Melayu Islam, maka, 'kedaulatan institusi kesultanan', 'ketuanan Melayu Islam' dan 'kedaulatan agama Islam' kekal menjadi wadah utama penduduk berbangsa Melayu selaku penduduk asal di negara ini. Ingat! Sebelum lahir nama Malaysia, bumi bertuah ini dikenali sebagai Tanah Melayu!
Pengukuhan Institusi Kesultanan akan memberikan satu kelebihan dan manfaat yang tidak terhingga kepada bangsa Melayu itu sendiri di samping menjamin kesejahteraan dan keharmonian negara ini berterusan. Kehebatan bangsa Melayu harus dikembalikan dengan gagasan peradaban Tamadun Melayu Islam kerana Islam merupakan agama yang membawa kepada ketamadunan Melayu!
Daulat Tuanku! Hidup Melayu! Takbir!
No comments:
Post a Comment