Wednesday, May 12, 2010

41 Tahun Selepas 13 Mei 1969


Da lama aku tunggu tarikh nie untuk menulis sesuatu pasal 13 Mei sebabnya aku ada membaca dan membeli buku tulisan Almarhum Tunku Abdul Rahman. Penulisan ini ditulis selepas 3 minggu berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei di negara kita. Mari kita lihat apa kata Almarhum Tunku untuk penulisan tersebut;

13 Mei merupakan satu pengalaman dan pengajaran yang tidak dapat kita semua lupakan buat selama-lamanya. Kerana kejadian itu dapat menunjukkan kepada kita semua tentang bahaya-bahaya yang boleh timbul sekiranya kita terlampau lalai atau cuai.

Kita seharusnya bangga dengan apa yang telah kita capai. Dengan semangat perpaduan dan keharmonian serta kerjasama dan rasa muhibah, maka kita telah mengatasi segala kesulitan untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran yang tiada tolok bandingnya.

Oleh itu, amatlah mustahak bagi kita semua untuk cuba sedaya upaya hidup bersama-sama dan cuba memahami antara satu sama lain dengan semangat persefahaman, hormat-menghormati agar kita dapat memelihara keharmonian dan keamanan.

-Tunku Abdul Rahman, 1969-

Aku cuma nak ingatkan kepada rakyat Malaysia terutama bangsa aku sendiri, MELAYU supaya JANGAN MUDAH LUPA SEJARAH. Sejarah bukan hanya sekadar subjek untuk dijawab bagi lulus peperiksaan tetapi merangkumi segala aspek kehidupan kita. Tindak-tanduk kita pada masa dahulu menentukan kehidupan kita pada masa sekarang. Begitu juga untuk masa sekarang, ianya akan dibawa untuk masa hadapan kita. Jadi, kepada generasi muda, jangan terlalu mendabik dada dengan sesuatu pencapaian kerana ini MALAYsia. Harap anda faham apa yang nak aku sampaikan.

No comments:

Post a Comment