Friday, May 14, 2010

Lemahnya Kita...

Sila baca artikel ini:

Peguam bukan Islam boleh bekerja di Mahkamah Syariah KL?

14/05/2010 2:20pm

KUALA LUMPUR 14 Mei – Seorang peguam wanita yang bukan beragama Islam hari memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Tinggi Sivil di sini bagi mendapatkan semakan kehakiman untuk beliau bekerja sebagai peguam di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh memberi kebenaran kepada permohonan untuk suatu perintah bagi mendesak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk menerima masuk Victoria Jayaseele Martin sebagai peguam syarie.

Ini adalah kes pertama di Kuala Lumpur apabila seorang peguam bukan Islam diberi kebenaran untuk mencabar bahawa hanya peguam yang beragama Islam sahaja boleh bekerja sebagai peguam di Mahkamah Syariah. – Bernama

(Utusan Malaysia,14 Mei 2010)


Apa pandangan anda? Lemahnya kita...

No comments:

Post a Comment