Jika tahun lepas pada tarikh sebegini aku bermastautin di Hospital Kuala Lumpur buat kesekian kalinya untuk kejadian itu, namun pada tahun ini aku bersyukur Allah beri aku peluang sekali lagi untuk menjalani kehidupan seperti insan yang lain..
Setakat ini aku masih mampu melakukan apa yang mereka lakukan,Terima Kasih Ya ALLAH..Tatkala kemampuan itu terbatas, namun kesyukuran tidak akan lepas dari fikiran aku..Benar, itu hanya Allah yang tahu..Terima kasih kepada mereka yang telah bersusah-payah menyelamatkan nyawa ini, terima kasih kepada mereka yang mendoakan..Jasa kalian tidak akan dapat aku balas..
Mungkin ramai yang tidak tahu di saat-saat ujian tersebut menimpa, jauh di sudut hati aku terlalu bersyukur..Kerna apa? Kerna pelbagai alasan... Siapa tahu dengan ujian tersebut aku dapat kenal siapa kawan dan siapa lawan, sudah tentu yang paling penting aku kenal apa erti pengorbanan, apa erti kebesaran Allah dan macam-macam lagi.
Pernah juga terlintas di fikiran aku mengapa tidak Allah merampas kembali hak-Nya ini daripada aku kerana selepas daripada itu aku langsung tidak berdaya, rasa kosong sekosong-kosongnya, rasa lemah, putus asa, tension...arghh..waktu itu hanya ada aku dan Dia Yang Maha Pencipta..
Terima kasih juga kepada si pemberi sokongan, juga si pemberi semangat..Maaf sekiranya semangat yang aku tonjolkan kadang-kadang hanyalah helahan dan rekaan semata-mata..Buat penyedap hati kalian mungkin.
No comments:
Post a Comment