Sunday, November 7, 2010

sebelum KAU menjadi milik SI DIA!

** ini muka fresh dari ladang...

** ini muka zaman dolu-dolu..hihi



Tiba-tiba jek teringin nak tulis entry ni untuk Kau sebelum Kau masuk ke alam yang lebih mencabar nanti. Aku tahu berlangsungnya lambat lagi, tapi takpelah at least Kau tahu aku sayang KAU! =)

Aku tahu sekarang Kau sedang sibuk menguruskan perihal masa depan Kau bersama incik Tunang..ehem2..=p Dah tak lama dah kan, Kau tinggal dengan kami dan seterusnya Kau akan menjadi milik beliau sepenuhnya. Tinggallah den sowang2 ni haa...

****************************************************

1. Nanti kau dah kahwin, dah takde lah partner tido sebilik ngan aku..Ha naseb baek kak na ade!hihi

2. Nanti kau dah kahwin, dah takde orang dah aku nk teman pegi toilet malam2,gosok gigi sesame..kau kat bilik air aku kat toilet..err...haha..sebab nanti kalau aku gosok gigi kat bilik air jugak mesti kau marah aku sbb air merecik kat kaki kau..hahaha...gile cerewet lah kau nih..

3. Nanti kau dah kahwin, jangan lah tak bawak aku ngan kak na pegi Lu Miao, Tunas Manje, kedai gunting rambut dan juga ni paling penting ok! umah Kak Nah! hehe nanti aku takde baju baru nak pakai pegi kelas..Tak semangatlah aku nk belajar nanti..=)(ini penyakit keturunan,kau pon same kan?kan?)

4. Nanti kau dah kahwin, gosip tetap bergosip ok!hehe org kate jangan simpan dalam hati kan..so baik kau cerita kat aku..=)

5. Nanti kau dah kahwin, dah takde lah partner shopping aku bila YES ada!huh yg nih aku bosan! sebab kalau shopping aku serasi bersama kau jek..(ahahaha yang ni ayat nk ambik ati jerr!)

6. Okeh!ni part sedey sket..sila pastikan ada tisu di tangan..
Nanti kau dah kahwin, kalau aku masuk wad agak-agak kau teman aku lagi tak?hehe temanlah!temanlah! pape pon aku nk bertime kaseh kat kau sebab teman aku sepanjang aku berada di wad dulu!kau mmg nurse terbaek penah aku jumpa walaupun kau ni penggeli tahap babun!*wink2

7. Erm...Nanti kau dah kahwin, agak-agak tabiat berphotoshoot tu boleh lg tak ek..bakal abang ipar,boleh la ek?hihi sebab nanti aku taknak lah posing sorang-sorang, glamor sorang-sorang..kau pon mesti nak kan?hahahah

8. Ha yg nih arahan..hihi
Nanti kau dah kahwin, dah ada duet sendiri, rajin-rajinlah sedekah kat aku ni plak..asyik aku jek belanja kau..huhu Tapi kalau kau tak sedekah kat aku pon takpe yg penting kau sedekah kat orang yg lg penting pd aku..kat mak ayah(ini wajib,berdosa tak bg!),kat kakna(pon wajib), kat adik beradik(kalau rase nk bg)=p,..kalau ada rezeki lebih bagilah kat umah anak-anak yatim yg ada kat Tanjung Gemok tu....(insya-ALLAH berkat hidup kau nanti).

9. Ok! Bila kau dah kahwin, belajar2 lah masak ye,aku yg merangkap assistant kau nih dah takde nak menolong kau kalau kau duduk umah mak mertua kau nanti..hihi aku tahu lama-lama nanti mesti kau pandai jugak!(macam aku jgk lah kan?hik3) eh jangan masak udang goreng tepung jek hari2 ek..=p

10. Bila kau dah kahwin nanti yang penting jangan lupa Allah, jangan lupa kami semua mak, ayah, kakna, along, a.man, kakak, awisy, kakngah, a.zahar, kimi, syasya, wal, kak izah, rayyan, dan paling penting jangan lupa aku..(haha bajet mcm penting sgt jek kan!) ingat sampai mati okeh beb!


Itu sahaja! Bukannye apa,nanti tinggallah aku sorang2..huhuk Nak cakap aku sayang kau sebagai kakak aku!hihi (nk ckp depan2 malu) hehe Bukanlah aku tak sayang kakak-kakak yang lain tuh..Tapi dengan kau lah aku paling rapat kan?Dah macam kembar orang cakap(aku tak ckp)..OK!jaga diri kau selepas bertukar status nanti ye..LEBIU SIS~ELIS AFIA BINTI OSMAN!='(

No comments:

Post a Comment