Sunday, October 3, 2010

Saya Hadir Perhimpunan Hari Ini!!!


Wuhuhu... Saya hadir perhimpunan hari ini..bangga tahap gaban dibuatnya. Memang menjadi kebiasaan bagi sesiapa yang berada di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) untuk menghadiri perhimpunan mingguan pada setiap ari Isnin (cam budak2 skolah jugak r...), atas alasan kami nie bakal guru... Jadi kena biasakan diri dengan perhimpunan mingguan. Naseb baek bakal pakar bedah tidak pula diwajibkan untuk membedah pesakit pada setiap minggu atau bakal pak guard diwajibkan untuk berdiri di hadapan bank atau pintu pagar pada setiap minggu. Kira kami nie diantara golongan yang 'bertuah' r...

Apa yang nak aku perkatakan dalam akucemuih.blogspot nie ialah cara perhimpunan ini dikendalikan. Sepanjang 22 tahun aku hidup di dunia yang fana ini (cewah...), tak pernah pulak aku dengar perhimpunan yang sebegini rupa. Mengalahkan Perhimpunan Agung PBB malahan mengjangkaui 'kehebatan' Perhimpunan Agung UMNO lagaknya.

Pernahkah anda melihat atau mengalami sendiri suatu perhimpunan yang diberi satu borang khas untuk diisi dan dicatat segala ucapan dalam perhimpunan itu? Wajib pulak tue! Pernah? Sumpah tak kan? Macam dipaksa-paksa suruh orang dengar ucapan. Macam mana nak dengar ucapan kalau dah penyampainya boring dan isinya meleret jek. Nak lagi bestest tue, yang dicakap adalah perkara yang sama yang pernah dicakap minggu sebelumnya. Fuhh... Bosan...

Tapi pe yang lagi cambest, borang khas itu perlu ditulis satu ayat yang berbunyi "SAYA HADIR PERHIMPUNAN HARI INI". Wahaha...Sempoi kan? Terima kaseh pihak yang mengendalikan perhimpunan tersebut... Anda memang 'best nak kpampos!'. Terbaek ah!

No comments:

Post a Comment