Wednesday, January 26, 2011

Salahnya Menjadi Anak Penoreh Getah...


Salahnya menjadi anak penoreh getah... Ayah penoreh getah, mak pun penoreh getah... Anak? Sepatutnya juga menjadi penoreh getah seperti mak dan ayah. Tidak layak untuk mengubah haluan hidup. Jadikan pekerjaan ini sebagai pekerjaan warisan sepatutnya. Seperti menteri, atau ahli politik, selepas kejatuhan zaman bapa, anak pula meneruskan legasi mereka, iaitu menjadi seorang menteri menggantikan mereka... Hmm... Sepatutnya penoreh getah pun begitu, anak mesti mengambil alih tugas ibu bapa mereka.

Salahnya menjadi anak penoreh getah... Mengambil exam repeat pun sudah memadai. Menurut beliau, sepatutnya aku tak perlu mengambil exam repeat, sebab sure aku failed lagi. Lagipun, mak ayah aku penoreh getah sahaja. Memang patutla aku failed. Lainla parent beliau, ustaz dengan ustazah lagi. Memang beliau layak untuk menjadi ustaz berbanding aku, anak penoreh getah sahaja. Lalu beliau mencadangkan (mungkin memberi jalan yang terbaik) agar aku pulang saja ke rumah menggantikan ayah dan mak menoreh getah di kebun.

Salahnya menjadi anak penoreh getah... Kasut kuliah aku hilang. Tak tawla siapa yang sebat. Duit pun semakin berkurang disebabkan elaun masih belum masuk. Hari pertama bermula semester baru, aku tidak dapat menghadiri kuliah sebab ketiadaan kasut untuk dipakai. Disebabkan kesian kepadaku, maka seorang sahabat memberikan kasut yang lama sudah ditinggalkan untuk aku pakai. Saiz pun ngam-ngam dengan saiz kasut aku. Maka kasut itulah yang aku gunakan sehingga sekarang. Walaupun agak buruk, namun aku tetap bersyukur sebab sekurang-kurangnya aku ada kasut. Tapi... Ada yang cakap dekat aku, "Buang jek kasut tue. Macam kasut penoreh getah". Hmm... Anak penoreh getah kan... Patutla pakai kasut camnie.

Salahnya jadi anak penoreh getah... Tinggal kat FELDA... Anak FELDA nie sebenarnya tak ada seorang pun yang berjaya. Semuanya jadi mat & minah rempit, penagih dadah, pemyeludup dan macam2 lagi r perkara-perkara yang negatif yang melibatkan anak-anak FELDA. Kalau nak tulis semua kang, tak cukup pages. Aku pun orang cakap jahat jugak. Seorang nie cakap aku amek dadah, minum arak, daun ketum, jadi mat rempit, gangster dan sewaktu dengannya. Maka... Salahnya jadi anak penoreh getah...

Mak, ayah... Aku langsung tak kisah mak ngan ayah penoreh getah. Aku bersyukur sangat walaupun mak dengan ayah tak pandai, tapi mak dengan ayah dapat membesarkan kami jadi manusia. Dan bagi aku, mak dengan ayah hanya tak pandai dari segi akademik, tapi pandai mendidik kami sampai tahap sekarang nie. Dan pada mereka yang pandang hina kepada penoreh getah macam mak dan ayah aku, aku tak kisah sebab penoreh getah macam mak ngan ayah pun dapat lahirkan anak-anak yang berjaya menjadi doktor, pensyarah, dan guru.


Terima kasih kalian yang memandang hina anak penoreh getah seperti aku. Kalian berhak dan lebih mulia untuk berfikir sebegitu kerana ibu bapa kalian seorang yang mempunyai pekerjaan yang lebih baik dan dipandang tinggi oleh semua orang, terutama yang berfikiran seperti kalian. Terima kasih.

Sunday, January 23, 2011

Pakai Songkok, BAEK... Tak Pakai, JAHAT...


Salam sejahtera... Sari berita penting.

Penilaian terhadap manusia berdasarkan pandangan luaran terus berleluasa di institut ini. Yang memakai songkok, dikatakan baek nak kpampos, dan yang tak pakai dikatakan jahat dan sangat jahat, dan jahat lagi.

Menurut Encik Saripudin Yahya, seorang pengumpul sampah profesional, hal ini sangat membimbangkan dan menjadi duri dalam daging dalam pembentukan insan guru di institut ini. Beliau berkata, memang kebanyakan yang memakai songkok itu adalah baek tetapi yang tak baek pown ramai jugak. Ada yang gay, lembut ngalahkan pempuan... Tetapi disebabkan mereka pakai songkok, so hal sebesar gajah ini dimaafkan secara automatik.

Sepatutnya mereka yang memakai songkok ini dapat menghalang atau berasa malu untuk melakukan perkara sedemikian, tetapi sebaliknya terjadi. Menurut beliau lagi, kadang2 mereka yang memakai songkok di institut ini hanya pandai menasihati orang lain sahaja tetapi dalam masa yang sama, kat luar, diorang pown melakukan perkara yang sama. Kata dulang, paku serpih, cakap orang, dia yang lebih.

Berbanding mereka yang tidak bersongkok, maka golongan ini terdedah kepada pandangan negatif daripada kebanyakan pelajar dan pensyarah. Walaupun mereka berkelakuan baek atau setidak-tidaknya melakukan "sedikit kesalahan", maka tohmahan dan tindakan berlandaskan hukuman terus diambil tanpa menyoal siasat terlebih dahulu.

Apapown, kebanyakan mereka yang bersongkok diakui sememangnya baek tetapi segelintir golongan sahaja yang membuatkan mereka yang lain turut terpalit akibat perangai yang maha pelik tersebut.

Sekian berita. Salam hormat

Wednesday, December 22, 2010

Tarikh Keramat




Jika tahun lepas pada tarikh sebegini aku bermastautin di Hospital Kuala Lumpur buat kesekian kalinya untuk kejadian itu, namun pada tahun ini aku bersyukur Allah beri aku peluang sekali lagi untuk menjalani kehidupan seperti insan yang lain..

Setakat ini aku masih mampu melakukan apa yang mereka lakukan,Terima Kasih Ya ALLAH..Tatkala kemampuan itu terbatas, namun kesyukuran tidak akan lepas dari fikiran aku..Benar, itu hanya Allah yang tahu..Terima kasih kepada mereka yang telah bersusah-payah menyelamatkan nyawa ini, terima kasih kepada mereka yang mendoakan..Jasa kalian tidak akan dapat aku balas..

Mungkin ramai yang tidak tahu di saat-saat ujian tersebut menimpa, jauh di sudut hati aku terlalu bersyukur..Kerna apa? Kerna pelbagai alasan... Siapa tahu dengan ujian tersebut aku dapat kenal siapa kawan dan siapa lawan, sudah tentu yang paling penting aku kenal apa erti pengorbanan, apa erti kebesaran Allah dan macam-macam lagi.

Pernah juga terlintas di fikiran aku mengapa tidak Allah merampas kembali hak-Nya ini daripada aku kerana selepas daripada itu aku langsung tidak berdaya, rasa kosong sekosong-kosongnya, rasa lemah, putus asa, tension...arghh..waktu itu hanya ada aku dan Dia Yang Maha Pencipta..

Terima kasih juga kepada si pemberi sokongan, juga si pemberi semangat..Maaf sekiranya semangat yang aku tonjolkan kadang-kadang hanyalah helahan dan rekaan semata-mata..Buat penyedap hati kalian mungkin.

Sunday, November 7, 2010

sebelum KAU menjadi milik SI DIA!

** ini muka fresh dari ladang...

** ini muka zaman dolu-dolu..hihi



Tiba-tiba jek teringin nak tulis entry ni untuk Kau sebelum Kau masuk ke alam yang lebih mencabar nanti. Aku tahu berlangsungnya lambat lagi, tapi takpelah at least Kau tahu aku sayang KAU! =)

Aku tahu sekarang Kau sedang sibuk menguruskan perihal masa depan Kau bersama incik Tunang..ehem2..=p Dah tak lama dah kan, Kau tinggal dengan kami dan seterusnya Kau akan menjadi milik beliau sepenuhnya. Tinggallah den sowang2 ni haa...

****************************************************

1. Nanti kau dah kahwin, dah takde lah partner tido sebilik ngan aku..Ha naseb baek kak na ade!hihi

2. Nanti kau dah kahwin, dah takde orang dah aku nk teman pegi toilet malam2,gosok gigi sesame..kau kat bilik air aku kat toilet..err...haha..sebab nanti kalau aku gosok gigi kat bilik air jugak mesti kau marah aku sbb air merecik kat kaki kau..hahaha...gile cerewet lah kau nih..

3. Nanti kau dah kahwin, jangan lah tak bawak aku ngan kak na pegi Lu Miao, Tunas Manje, kedai gunting rambut dan juga ni paling penting ok! umah Kak Nah! hehe nanti aku takde baju baru nak pakai pegi kelas..Tak semangatlah aku nk belajar nanti..=)(ini penyakit keturunan,kau pon same kan?kan?)

4. Nanti kau dah kahwin, gosip tetap bergosip ok!hehe org kate jangan simpan dalam hati kan..so baik kau cerita kat aku..=)

5. Nanti kau dah kahwin, dah takde lah partner shopping aku bila YES ada!huh yg nih aku bosan! sebab kalau shopping aku serasi bersama kau jek..(ahahaha yang ni ayat nk ambik ati jerr!)

6. Okeh!ni part sedey sket..sila pastikan ada tisu di tangan..
Nanti kau dah kahwin, kalau aku masuk wad agak-agak kau teman aku lagi tak?hehe temanlah!temanlah! pape pon aku nk bertime kaseh kat kau sebab teman aku sepanjang aku berada di wad dulu!kau mmg nurse terbaek penah aku jumpa walaupun kau ni penggeli tahap babun!*wink2

7. Erm...Nanti kau dah kahwin, agak-agak tabiat berphotoshoot tu boleh lg tak ek..bakal abang ipar,boleh la ek?hihi sebab nanti aku taknak lah posing sorang-sorang, glamor sorang-sorang..kau pon mesti nak kan?hahahah

8. Ha yg nih arahan..hihi
Nanti kau dah kahwin, dah ada duet sendiri, rajin-rajinlah sedekah kat aku ni plak..asyik aku jek belanja kau..huhu Tapi kalau kau tak sedekah kat aku pon takpe yg penting kau sedekah kat orang yg lg penting pd aku..kat mak ayah(ini wajib,berdosa tak bg!),kat kakna(pon wajib), kat adik beradik(kalau rase nk bg)=p,..kalau ada rezeki lebih bagilah kat umah anak-anak yatim yg ada kat Tanjung Gemok tu....(insya-ALLAH berkat hidup kau nanti).

9. Ok! Bila kau dah kahwin, belajar2 lah masak ye,aku yg merangkap assistant kau nih dah takde nak menolong kau kalau kau duduk umah mak mertua kau nanti..hihi aku tahu lama-lama nanti mesti kau pandai jugak!(macam aku jgk lah kan?hik3) eh jangan masak udang goreng tepung jek hari2 ek..=p

10. Bila kau dah kahwin nanti yang penting jangan lupa Allah, jangan lupa kami semua mak, ayah, kakna, along, a.man, kakak, awisy, kakngah, a.zahar, kimi, syasya, wal, kak izah, rayyan, dan paling penting jangan lupa aku..(haha bajet mcm penting sgt jek kan!) ingat sampai mati okeh beb!


Itu sahaja! Bukannye apa,nanti tinggallah aku sorang2..huhuk Nak cakap aku sayang kau sebagai kakak aku!hihi (nk ckp depan2 malu) hehe Bukanlah aku tak sayang kakak-kakak yang lain tuh..Tapi dengan kau lah aku paling rapat kan?Dah macam kembar orang cakap(aku tak ckp)..OK!jaga diri kau selepas bertukar status nanti ye..LEBIU SIS~ELIS AFIA BINTI OSMAN!='(

Tuesday, October 19, 2010

salah siapa

kau-dia-beliau-mereka

sememangnya tidak akan pernah memahami


T.E.R.I.M.A K.A.S.I.H!


*mengadu dengan ALLAH adalah lebih baik daripada manusia yang adakalanya berpura-pura* ~lemonade~



Maaf dan Terima Kasih

Susahkah mengungkapkan ucapan ini? Dua perkataan yang sangatlah mudah, tetapi untuk mengungkapkan amat susah sama sekali. Walhal, andai dua perkataan keramat ini diucapkan oleh insan yang bergelar manusia, sangatlah telinga yang mendengar ini merasa bahagia. Hati yang dipukul dalam ombak api kemarahan, tentu saja berjaya disimbah dengan air salji sesudah mendengarkan kalimat ini.

Jangankan manusia, Tuhan juga menyukai ayat-ayat maaf dan terima kasih dari hamba-Nya. Kerana kedua-dua ayat ini merupakan simbol untuk menghargai seseorang, malah Tuhan. Bagaimana mungkin untuk membalas jasa orang yang banyak berjasa pada kita, kalau bukan kalimat pertama yang terpacul dari bibir kita, iaitu; Terima kasih. Bagaimana mungkin untuk menyatakan tentang sesuatu sebaik sahaja kita merasa serba salah kalau bukan kalimat pertama yang ingin diungkapkan ialah; Minta maaf.

Benar, walaupun perkataan "MAAF" dan "TERIMA KASIH" itu mudah, tambahan pula tidak perlu membazirkan enzim amilase untuk dihasilkan dalam air liur kita, tetapi payahnya ia diungkapkan. Mengapa? Kerana kita ego. Ego mengatasi segalanya. Lantas ucapan itu dirasakan tidak perlu. Apalagi kalau kita merasakan yang kita tidak bersalah. Sentiasa menuding jari pada orang lain. Si fulan yang bersalah! Tidak, si fulan yang bersalah! Siapa yang mengaku dirinya adalah salah? Semuanya mengaku diri adalah baik. Sampai bila mahu menang? Mengalahlah barang sekali dua, tidak rugi apa.

Seperti lagu yang dinyanyikan oleh (entah, saya lupa nama penyanyi Barat itu) ;

Sorry seems to be the hardest world.

Ya, barangkali mengungkapkan kata maaf itu sangat susah untuk dilakukan dalam dunia ini seperti yang dikatakan oleh penyanyi Barat itu. Susahkah dengan meminta maaf? Janganlah kita dikalahkan oleh perasaan yang dibimbing oleh syaitan;

"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa apabila digerogoti oleh syaitan (cepat) sedar dan mereka menjadi lebih waspada (melihat tipu daya syaitan)." (Al-A`raf:201)

Marilah menutupi laluan syaitan itu dengan membuang rasa ego dan tidak mahu mengalah dalam diri, tidak rugi apa bukan? Apa yang kita rugi hanya dengan meminta maaf dan berterima kasih? Tidak rugi, malah orang-orang inilah yang paling beruntung dan mendapat kemenangan.


ALLAH MENDAMBAKAN KATA-KATA MAAF DAN TERIMA KASIH DARI HAMBA-NYA.

Setiap kali kita ditimpa dengan pelbagai ujian yang sengaja Allah berikan pada kita, hakikatnya waktu itulah Allah mendambakan kata-kata maaf kerana barangkali kita telah melakukan begitu banyak kesalahan yang mungkin tidak kita sengaja melakukannya. Dalam pada waktu yang sama, waktu itu juga Allah mendambakan kata-kata terima kasih yang penuh keramat dari hamba-hamba-Nya yang bersyukur.



Sebagai yang ditempelkan dalam ayat prosa dari kitab itu;

"Allah tidak menghendaki untuk memberikan kamu sesuatu beban yang berat, tetapi Dia berkehendak untuk membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya kepadamu supaya kamu berterima kasih." (Al-Maidah:6)

Begitulah cintanya Allah pada hamba-Nya yang selalu mengungkapkan terima kasih. Kerana terima kasih ini akan mewujudkan rasa kesyukuran dan sentiasa merasa cukup dengan apa yang Allah berikan pada kita.

Lihat juga pada sudut prosa dalam bait-bait Furqan;

"Dan berlumba-lumbalah kamu kepada keampunan dari Tuhan kalian dan berlumba-lumbalah mencari syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang bertaqwa." (Ali-`Imran:133)

Nah, jikalau begitu. Benarlah. Sedang kita yang hina ini menyukai kata-kata maaf dan terima kasih sesama manusia, apa lagi Tuhan yang berkuasa dan menciptakan kita, begitu dambakan kata-kata itu dari hamba abdi-Nya.

Berterima kasih dan mohon maaflah kepada Tuhan dan sesama manusia kerana ianya adalah simbol kemuliaan, simbol penghargaan kita kepada seseorang, juga sangat sedap untuk didengari. Siapa kata rugi mengatakan minta maaf dan terima kasih?-taken from
http://wardatulshaukah.blogspot.com

Thursday, October 14, 2010

Turun Semua...


Berikut merupakan dialog diantara pelajar dengan pak guard:

Pak Guard: Apsal turun sorang jek amek kad keselamatan nie?

Pelajar: Abes tue, takkan saya nak ajak satu block asrama turun skali...?

Pak Guard: Takde r, berapa ramai dalam kereta tue?

Pelajar: Tak ramai... Kereta kancil nie paling ramai pown 4 owang jek bley bawak. Tak macam bus maktab...

Pak Guard: Ah, tak kire. Ko suh sume turun amek kad skang.

Pelajar: Termasuk ngan driver?

Pak Guard: A'ah... skali r.

Pelajar:OK... Bapak driver ngan sepupu driver taknak suh turun skali ke? (sambil berlalu ke arah kereta)

Selepas dipanggil oleh rakan mereka, pelajar-pelajar tadi pown turun amek kad keselamatan masing2. Baru jek pegang kad, tiba2...

Pak Guard: Oi, suh driver ubah kereta ke depan seket, kereta laen susah nak masuk.

Driver: Ntahnya... Sapa r bawak kereta parking camtue kan pak cik?

Pak Guard: Ubah r cepat... Kang Cik Mat Din (bukan nama sebenar) marah lak. Yang driver kereta tue pown g mane r plak... Suwey btol pangai. Time2 nie r nak tinggal kereta pown.

Driver: Ntah r pak cik, nampak cam driver tue turun amek kad keselamatan tadi...

Driver tue pown blah sambil melemparkan senyum tahap kambing termakan rumput basi ke arah pak guard tadi. Sekian.........




p/s: Perlukah pelajar turun semua sekali semasa amek kad keselamatan?=)