Tuesday, October 19, 2010

salah siapa

kau-dia-beliau-mereka

sememangnya tidak akan pernah memahami


T.E.R.I.M.A K.A.S.I.H!


*mengadu dengan ALLAH adalah lebih baik daripada manusia yang adakalanya berpura-pura* ~lemonade~



Maaf dan Terima Kasih

Susahkah mengungkapkan ucapan ini? Dua perkataan yang sangatlah mudah, tetapi untuk mengungkapkan amat susah sama sekali. Walhal, andai dua perkataan keramat ini diucapkan oleh insan yang bergelar manusia, sangatlah telinga yang mendengar ini merasa bahagia. Hati yang dipukul dalam ombak api kemarahan, tentu saja berjaya disimbah dengan air salji sesudah mendengarkan kalimat ini.

Jangankan manusia, Tuhan juga menyukai ayat-ayat maaf dan terima kasih dari hamba-Nya. Kerana kedua-dua ayat ini merupakan simbol untuk menghargai seseorang, malah Tuhan. Bagaimana mungkin untuk membalas jasa orang yang banyak berjasa pada kita, kalau bukan kalimat pertama yang terpacul dari bibir kita, iaitu; Terima kasih. Bagaimana mungkin untuk menyatakan tentang sesuatu sebaik sahaja kita merasa serba salah kalau bukan kalimat pertama yang ingin diungkapkan ialah; Minta maaf.

Benar, walaupun perkataan "MAAF" dan "TERIMA KASIH" itu mudah, tambahan pula tidak perlu membazirkan enzim amilase untuk dihasilkan dalam air liur kita, tetapi payahnya ia diungkapkan. Mengapa? Kerana kita ego. Ego mengatasi segalanya. Lantas ucapan itu dirasakan tidak perlu. Apalagi kalau kita merasakan yang kita tidak bersalah. Sentiasa menuding jari pada orang lain. Si fulan yang bersalah! Tidak, si fulan yang bersalah! Siapa yang mengaku dirinya adalah salah? Semuanya mengaku diri adalah baik. Sampai bila mahu menang? Mengalahlah barang sekali dua, tidak rugi apa.

Seperti lagu yang dinyanyikan oleh (entah, saya lupa nama penyanyi Barat itu) ;

Sorry seems to be the hardest world.

Ya, barangkali mengungkapkan kata maaf itu sangat susah untuk dilakukan dalam dunia ini seperti yang dikatakan oleh penyanyi Barat itu. Susahkah dengan meminta maaf? Janganlah kita dikalahkan oleh perasaan yang dibimbing oleh syaitan;

"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa apabila digerogoti oleh syaitan (cepat) sedar dan mereka menjadi lebih waspada (melihat tipu daya syaitan)." (Al-A`raf:201)

Marilah menutupi laluan syaitan itu dengan membuang rasa ego dan tidak mahu mengalah dalam diri, tidak rugi apa bukan? Apa yang kita rugi hanya dengan meminta maaf dan berterima kasih? Tidak rugi, malah orang-orang inilah yang paling beruntung dan mendapat kemenangan.


ALLAH MENDAMBAKAN KATA-KATA MAAF DAN TERIMA KASIH DARI HAMBA-NYA.

Setiap kali kita ditimpa dengan pelbagai ujian yang sengaja Allah berikan pada kita, hakikatnya waktu itulah Allah mendambakan kata-kata maaf kerana barangkali kita telah melakukan begitu banyak kesalahan yang mungkin tidak kita sengaja melakukannya. Dalam pada waktu yang sama, waktu itu juga Allah mendambakan kata-kata terima kasih yang penuh keramat dari hamba-hamba-Nya yang bersyukur.



Sebagai yang ditempelkan dalam ayat prosa dari kitab itu;

"Allah tidak menghendaki untuk memberikan kamu sesuatu beban yang berat, tetapi Dia berkehendak untuk membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya kepadamu supaya kamu berterima kasih." (Al-Maidah:6)

Begitulah cintanya Allah pada hamba-Nya yang selalu mengungkapkan terima kasih. Kerana terima kasih ini akan mewujudkan rasa kesyukuran dan sentiasa merasa cukup dengan apa yang Allah berikan pada kita.

Lihat juga pada sudut prosa dalam bait-bait Furqan;

"Dan berlumba-lumbalah kamu kepada keampunan dari Tuhan kalian dan berlumba-lumbalah mencari syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang bertaqwa." (Ali-`Imran:133)

Nah, jikalau begitu. Benarlah. Sedang kita yang hina ini menyukai kata-kata maaf dan terima kasih sesama manusia, apa lagi Tuhan yang berkuasa dan menciptakan kita, begitu dambakan kata-kata itu dari hamba abdi-Nya.

Berterima kasih dan mohon maaflah kepada Tuhan dan sesama manusia kerana ianya adalah simbol kemuliaan, simbol penghargaan kita kepada seseorang, juga sangat sedap untuk didengari. Siapa kata rugi mengatakan minta maaf dan terima kasih?-taken from
http://wardatulshaukah.blogspot.com

Thursday, October 14, 2010

Turun Semua...


Berikut merupakan dialog diantara pelajar dengan pak guard:

Pak Guard: Apsal turun sorang jek amek kad keselamatan nie?

Pelajar: Abes tue, takkan saya nak ajak satu block asrama turun skali...?

Pak Guard: Takde r, berapa ramai dalam kereta tue?

Pelajar: Tak ramai... Kereta kancil nie paling ramai pown 4 owang jek bley bawak. Tak macam bus maktab...

Pak Guard: Ah, tak kire. Ko suh sume turun amek kad skang.

Pelajar: Termasuk ngan driver?

Pak Guard: A'ah... skali r.

Pelajar:OK... Bapak driver ngan sepupu driver taknak suh turun skali ke? (sambil berlalu ke arah kereta)

Selepas dipanggil oleh rakan mereka, pelajar-pelajar tadi pown turun amek kad keselamatan masing2. Baru jek pegang kad, tiba2...

Pak Guard: Oi, suh driver ubah kereta ke depan seket, kereta laen susah nak masuk.

Driver: Ntahnya... Sapa r bawak kereta parking camtue kan pak cik?

Pak Guard: Ubah r cepat... Kang Cik Mat Din (bukan nama sebenar) marah lak. Yang driver kereta tue pown g mane r plak... Suwey btol pangai. Time2 nie r nak tinggal kereta pown.

Driver: Ntah r pak cik, nampak cam driver tue turun amek kad keselamatan tadi...

Driver tue pown blah sambil melemparkan senyum tahap kambing termakan rumput basi ke arah pak guard tadi. Sekian.........




p/s: Perlukah pelajar turun semua sekali semasa amek kad keselamatan?=)

Jumpa dan 'Hilang'


Apakah perasaan anda bila seseorang itu menemui semula barang yang kita hilang, pastue dia bagi balik dalam keadaan seperti sebelumnya? Nak2 pulak barangan tue barang yang berharga dan ibarat 'nyawa' kepada kita... Sudah tentu kita akan rasa bersyukur dan lega sangat2 sebab jumpa barang yang hilang tu kan. Silap2 kita bagi lagi 'award' kat sesiapa yang bagi balik barang kita tue.

Apapown, bukanlah sebab nak kan award aku menulis entry nie... Tapi berkenaan budi bahasa kita. Cukuplah sekadar kita ucapkan terima kaseh kepada orang yang menjumpai barangan kita tue. Tak perlulah nak sujud sampai cium kaki. Bukan tue budaya kita. Tambah2 pulak lepas Pendidikan Jasmani Pergerakan Asas. Kaki pown tengah berbau harum subur di hati... OK jugak kalau dia nak cium kaki pown.

Aku bukan pe, ase nak sepak jek muka sowang budak tue. Dah r barang dia kita bagi balik dengan sempurna... Muka kerek nak mampos. Sampai aku pown x reti beza yang kat hidung tue taik lalat atau taik hidung? Kompius... Terima kaseh pown tak ucap. Jenis mulut style haramjadah kowt na... P mampos r ang.

Mungkin nie sebahagian daripada perangai orang kita. Tak da budi bahasa. Atau mungkin jugak dia paria? Apapown, rasa happy sebab jumpa barang orang dan dapat pulangkan dengan sempurna, tetapi rasa hilang sabar dengan perangai tuan punya barang. Suwey tol...

Monday, October 11, 2010

Jangan Main Ikut Sedap Mulut Jek!=(



Aku pown tak faham dengan seorang hamba Allah nie... Maen ikut sedap mulut jek nak cakap. Tapi yang penting, si malaun nie bukanlah dari kalangan sahabat-sahabat aku malahan umurnya lebih tua daripada aku dan layak dipanggil 'bapak' dah.

Yang muda disayangi, yang tua dihormati. Malangnya tiada langsung bibit2 percakapan yang menyayangi orang muda dan kepada orang tua macam dia, macam mana kita nak hormat kalau dah mulut cam lahanat?

Tak rasa, takpe beb. Orang yang sakit nie bukan saja nak buat2 sakit. Ingat seronok ke sakit? Sakit kronik lak tue. Bley plak orang tua jahanam nie pertikaikan "Camne nak jadi cikgu nie kalau berdiri cket pown da tak bley?" Pastue siap dok tengok dengan pandangan cam setan lak tue. Sial tol!

Oi orang tua, gua nak bagitaw lu cket, bukan sesaje r owang nak duduk time perhimpunan. Owang sakit taw tak? Baru nak sembuh, ko dah pressure macam2. Taik r ko nie...

Apapown aku percaya, Allah tue Maha Adil. Cash Allah bayar skang nie... Tak kene kat dia, anak dia ada, Tak anak dia, cucu dia ada. Bila dah salah sorang kene, then lu baru akan realize balik every single word yang ko cakapkan kat 'dia' yang sakit tadi.



p/s: Dengar kata orang tua nie nak kena saman malu sebab maki owang ikut suke dia jek dan selalu salahkan asal-usul negeri dia yang menjadikan dia cakap kurang ajar. Tapi aku pown ramai jek kawan dengan orang negeri tue. Tak de lak pangai cam dia. Ntahla....

Saturday, October 9, 2010

Cafe = Kedai Makan Cina?


Macam mana nie? Apa dah jadi dengan bangsa kita? Bukan jadi bangsa kita, tetapi jadi bangsat kita... Adakah isu rasis yang bakal aku tulis? Bukan... Ianya melibatkan agama dari segi pengambilan makanan yang bersih. Bukankah Islam mementingkan kebersihan? Lebih-lebih lagi, hal ini melibatkan cafe di institut ini. So aku terpanggil untuk menulis setelah cerita nie aku dengar dari sumber yang belum saheh tetapi tahap kebolehpercayaan adalah sangat tinggi.

Bukanlah tujuan aku untuk menjatuhkan perniagaan bangsa kita tetapi mungkin caranya sendiri yang membolehkan mereka menjatuhkan diri mereka sendiri. Bagaimana? Pelbagai sebab... Salah satunya melalui layanan yang agak kurang memuaskan. Nak senyum pown susah. Pastue dari segi harga... Janganlah mahal mengalahkan kedai2 makan kat luar... Nie tak, makanan dalam nie lagi mahal dari luar sedangkan takde langsung persaingan daripada cafe2 laen.

Tapi bukan pasal nie aku nak bagitaw. Tetapi melalui perkhabaran yang aku terima, ayam-ayam yang diperoleh adalah melalui pembekal Cina. Tak tawla Cina Muslim atau kafir. Tetapi Cina. Bukankah ini dapat menimbulkan keraguan sama ada betol kah cara penyembelihan? Betolkah ayam ini benar2 halal untuk dimakan? Maka timbullah perasaan 'syubhah'. Apabila hal ini berlaku, maka... Camne? So, pikirla sendiri eh...

Aku hanya menyampaikan jek. Aku tak halang kepada sesiapa yang nak terus makan disitu. If yakin halal, makanla. Tapi kalau ragu2, baek tak payah kan? Aku heran, banyak lagi pembekal ayam Melayu Muslim, tetapi kenapa pembekal ayam Cina yang dipilih? Haish... Adakah cafe = kedai makan Cina?

Apapown, lepas tanggungjawab aku untuk sampaikan kat kowang sume. Selebeynye tpulanglah kat anda2 untuk menilai. Adios!

Thursday, October 7, 2010

Kurang Ajar Punya Si Kurang Ajar!


Usihhh.... Geram nk mampos neh. Awat aku geram? Adakah aku geram sebab tengok baby yang comel? Geram nak cubit pipi baby tu ke? Ceh... tak ah. Takda kena mengena langsung... Abes tu geram sal pe? Geram sebab jamban penuh time nak 'melepas' ke? Tak pown sebab jiran sebelah pasang lagu spesis dangdut kuat sangat? Lagi r tak logik... Dah tu, hapekemendekah yang menyebabkan aku geram sangat nie?

Nie nak kabo nie... Pagi tadi, aku, awek aku ngan kengkawan punya r bersemangat nak tolong potong nasik impit untuk jamuan raya kat institut aku neh. So masuk r kat sebuah jabatan nie... Mula tue semuanya sempoi... Layan jek wat keje. Bley guwau2, n menyakat Husna si budak ganjil (classmate aku...memang pelik budak nie tapi beliau banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negara). Tengah syok dok wat perkara yang tidak langsung memberi sumbangan kepada ekonomi negara tadi, tiba-tiba pintu jabatan terbabit terbuka....

Kelihatan sosok lembaga hitam masuk ke dalam (hiperbola jek nie). Kami pown senyum kepada beliau dan beliau pown senyum r balik...Ye ah, takkan r kitowang senyum, dia nak bagi duit plak. Meztie r dia senyum balik kan? Tapi naluri aku seperti dapat mengjangkakan sesuatu yang terselindung di sebalik senyuman yang mungkin setaraf senyuman seekor kambing lagaknya. Tak ikhlas langsung.

Hape pedulik. Bia r senyum cam kambing pown... So, kitowang pown sambung r balik wat keje memotong nasik impit secara profesional tadi. Sambil potong tue, sambung r kaco si budak ganjil, n dok beguwau senda ah... Tiba2 lembaga hitam tadi suruh bukak TV. Ingatkan sebab dia nak tengok keputusan nombor ekor 4D Sport Toto ke, tapi dia cakap...

" Lebih baek tengok TV daripada dengar kowang merapu cakap benda yang bukan2 n guna bahasa yang tak elok!" (aku pown tak pasti pe yang dimaksudkan dengan 'bahasa yang tak elok' tue, sedangkan sepanjang perbualan kami, tak pulak kami mencarut ataupown menggunakan bahasa Hebrew). Pastu lembaga hitam tadi pown wat muka beruk tertelan pondok telepon.

Fuhhh... Pe lagi...Aku jadi geram dan bengkek jek. Terus aku amek pisau yang aku gunakan untuk potong nasik impit tadi dan....

Nah!!! Satu tikaman tepat ke bahagian tengah nasik impit aku tusukkan (ha...meztie kowang pk aku tikam dia kan? Hahaha... Ikut hati, memang r. Tapi seb baek dapat pk ngan waras lagi).

Bagi aku, sebagai seorang yang bergelar pensyarah (lembaga hitam tadi), agak kurang ajar r ayat seperti itu terlepas dari mulut beliau. Tapi nak kata kurang ajar pown tak bley jugak sebab dia da belajar sampai master da. Mungkin terlebey blajar kowt sampai dia jadi kurang ajar... Ntahla...

Apapown, Kurang Ajar Punya Si Kurang Ajar! Aku sumpah ko jadi spender kering! Buwekkss!

Chow!=( Geramnya! Grrrrrrrrr...

Tuesday, October 5, 2010

Doakan 'Dia' Cepat Sembuh...

Kadang-kadang aku dapat rasakan orang laen akan berasa meluat bila baca artikel seperti ini. Namun bagi aku, aku terpaksa meletakkan 'perkara yang penting' di tempat yang sewajarnya. Sebab tue aku menulis artikel ini. Bukan untuk dibenci, tapi untuk dirasai bersama..

Kita tidak dapat merasai kesakitan bagaimana yang sekian lama ditanggung oleh 'dia'. Yang pasti, sangat perit. Bayangkan jika hanya sedikit luka di jari sudah mampu mengalirkan air mata, bagaimana pula pembedahan di kepala? Tentu bukan kepalang kesakitan yang ditanggung. Mungkin 'dia' sendiri sudah kering air mata dan tidak mampu lagi untuk menangis...

Ya, benar... Lukanya hanya tinggal parut mungkin, tetapi bagaimana pula zahirnya? Siapa diantara kita dapat pastikan yang 'dia' betol2 sudah mampu untuk menjalani kehidupan normal seperti kita? Bukan mudah bagi kita yang hanya melihat gelak tawa 'dia', sedangkan 'dia' tidak pernah menceritakan 'kesedihan' yang 'dia' alami. Mana mungkin kita melihat luaran, maka terus membuat kesimpulan yang 'dia' sudah seperti sediakala.

"Ketika gembira, ramai yang dampingi. Ketika sedih, kita biar 'dia' sorang2"

Bukanlah aku tujukan kepada sesiapa. Namun hal ini terjadi. Mungkin kalian semua tidak perasan atau sekadar 'gunakan 'dia' ketika perlu', tetapi sedarlah bahawa 'dia' pernah menangis kerana kalian. Aku bukanlah sesiapa yang mahu merubah diri orang laen, tetapi fikirlah. Jangan kita biarkan 'dia' terus menanggung satu lagi 'bebanan jiwa' setelah kesakitan yang bukan kepalang ditanggung 'dia'.

Kita tidak mampu malahan tidak mungkin dapat berkongsi sedikit pun kesakitan yang 'dia' alami. Tetapi, aku mohon, aku rayu kepada kalian semua, doakanlah 'dia' cepat sembuh. Mungkin salah satu daripada doa kita akan diperkenankan-Nya. Siapa tahu? Maka berakhirlah kesakitan yang 'dia' tanggung selama ini.

Bagi pihak aku sendiri, aku tak dapat tipu. Aku sangat sayangkan 'dia'. Malahan, aku jaga diri 'dia' lebih baek daripada aku jaga diri aku sendiri walaupun apalah sangat jika dibandingkan dengan segala pengorbanan yang keluarga 'dia' lakukan untuk 'dia'. Memang tiada apa yang perlu disebut oleh aku. Tetapi, percayalah... Aku menjaga 'dia' sehabes baek yang aku mampu...

Kepada 'dia'.... "Saya doakan awak cepat2 sembuh ok? Dan... Semoga saya dapat jaga awak sampai bila2... Sebab... Saya sayangkan awak...!='( "





p/s: Sowry... Doakan 'dia' ok? TQ. Allah sahaja dapat membalas budi baek kalian. Ameen...

Sunday, October 3, 2010

Saya Hadir Perhimpunan Hari Ini!!!


Wuhuhu... Saya hadir perhimpunan hari ini..bangga tahap gaban dibuatnya. Memang menjadi kebiasaan bagi sesiapa yang berada di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) untuk menghadiri perhimpunan mingguan pada setiap ari Isnin (cam budak2 skolah jugak r...), atas alasan kami nie bakal guru... Jadi kena biasakan diri dengan perhimpunan mingguan. Naseb baek bakal pakar bedah tidak pula diwajibkan untuk membedah pesakit pada setiap minggu atau bakal pak guard diwajibkan untuk berdiri di hadapan bank atau pintu pagar pada setiap minggu. Kira kami nie diantara golongan yang 'bertuah' r...

Apa yang nak aku perkatakan dalam akucemuih.blogspot nie ialah cara perhimpunan ini dikendalikan. Sepanjang 22 tahun aku hidup di dunia yang fana ini (cewah...), tak pernah pulak aku dengar perhimpunan yang sebegini rupa. Mengalahkan Perhimpunan Agung PBB malahan mengjangkaui 'kehebatan' Perhimpunan Agung UMNO lagaknya.

Pernahkah anda melihat atau mengalami sendiri suatu perhimpunan yang diberi satu borang khas untuk diisi dan dicatat segala ucapan dalam perhimpunan itu? Wajib pulak tue! Pernah? Sumpah tak kan? Macam dipaksa-paksa suruh orang dengar ucapan. Macam mana nak dengar ucapan kalau dah penyampainya boring dan isinya meleret jek. Nak lagi bestest tue, yang dicakap adalah perkara yang sama yang pernah dicakap minggu sebelumnya. Fuhh... Bosan...

Tapi pe yang lagi cambest, borang khas itu perlu ditulis satu ayat yang berbunyi "SAYA HADIR PERHIMPUNAN HARI INI". Wahaha...Sempoi kan? Terima kaseh pihak yang mengendalikan perhimpunan tersebut... Anda memang 'best nak kpampos!'. Terbaek ah!