Friday, April 30, 2010

That's Me...Sabarlah Duhai Hati...='(

I have been reading this discussion group with interest for a while. Iwant to know if anyone here can direct me to web pages where I can read about AVM surgery, with specific relation to personality changes that may occur after surgery. I know that physical changes may occur after AVM surgery has been done, but I can't find any information about personality changes that may result due to the brainsurgery...and/or...the medication required after surgery is performed.

Aproximately fourteen (14) years ago,my sister had surgery for the removal of an AVM. The mass was "about thesize of a small orange,"...according to her surgeon. It was successfully removed. The only physical damage she suffered was a loss of peripheral vision...as well as visual capability to read easily. Up until her surgery she had been an avid reader, so this loss of vision was a sad for her and caused some degree of depression.However, she knew, as did her family, that her out come could have been far more severe. We were all thankful, as was she...that this was the only damage she suffered from the surgery.

That was fourteen years ago, and there have been extraordinary changes in her personality since then. Wihout dragging out all the details...Iwill simply say...that she seems to be a different person from the person she used to be. It is a dramatic change...and in some ways it is a frightening change, due to the fact that she seems to be on a downhillspiral. It is almost as if she is caught up in the desire for her own self destruction.I am in some ways familiar with the relief someone may feel after a lifethreatening circumstance. I know that after living with the horrific pain from headaches and blurred vision.....After living through the brain surgery...and after living through the spinal meningitis that followed....she had been through a frightening, painful, life threatening experience. I am aware that sometimes people who have been through such frightening events may go to drastic extremes to "live"their lives afterwards.. It creates an urgency to "live," before ones life is "snatched away".

My sister is taking a perscription of phenobarbitol...I don't know the dosage, but it has been increased through the last fourteen years. In other words it is probably a relatively strong dosage. I wonder if this drug may have had an effect on her personality. In closing...I wonder if there were intangible side effects to the brain as a result of the surgery...when combined with the increased strength of medication....that may be responsible for the drastic changes in my sister's personality. She does, indeed, seem like a different person.After growing up through childhood with her...and knowing her as well as we have known each other all these years...it is easy to see the marked change that has taken place in her. It is frightening from the aspect that...she is doing dangerous things.

p/s : itu kisah insan laen...tp...nape cam same...Ya ALLAH..aku tkt....

Thursday, April 29, 2010

Study, Steady, Stido!


Bersempena dengan kedatangan exam yang da tak lama laie, apakah persediaan anda untuk menghadapinya? Pelbagai kaedah yang digunakan bagi mencapai target dalam exam. Mari kita lihat apakah target dan kaedah yang bersesuaian digunakan:

Target pointer 4.00: Tak ada cara laen melaenkan study bersungguh-sungguh sampai terkadang lupa waktu bercirit buih di tandas semata-mata hanya mahu mendapatkan pointer ini.

Target pointer lulus: Yang nie kita gunakan kaedah steady. Orang lain punya r pulun study siang malam sebab nak dapat keputusan cemerlang tapi kita tetap steady sebab senang jek target. Nak lulus jek pown...

Target nak kena buang maktab: Ini paling mudah. Kita stido. Apakah menatang stido nie? Stido nie bermaksud kita tido bersungguh-sungguh, 23 jam sehari sekurang-kurangnya. So, takyah study atau steady. Nescaya target anda akan tercapai dengan jayanya. Insya-Allah.

Exam hampir tiba, mari kita bergumbira! Selamat Beramal!

Monday, April 26, 2010

Orang Baek, Hanya Untuk Orang Baek


Aku tak dapat tdola malam nie... Even suhu badan dah menjunam ke tahap -16 darjah, sebab aku demam... Aku tak dapat tido malam nie pown ada sebabnya. Hanya aku, Dia, dan dia ja taw sebabnya. Tadi aku terfikir satu ungkapan yang selalu disebut... Orang baek, hanya untuk orang yang baek.

Aku dah mula merasai kebenaran ungkapan tersebut... Takyahla aku nak cerita lebey2 ya, Taknak bukak pekung di dada. Tapi, secara jujurnya, aku yang jahat nie pown sebenarnya nak pasangan yang baek. Aku nak seseorang ubah aku punya perangai ke arah yang lebih baek. Dan yang paling penting aku nak zuriat aku jadi orang2 yang baek, tak macam aku.

Allah, aku mohon pada-Mu ya Allah, berikan aku pasangan yang baek ya Allah... Pasangan yang dapat kirimkan aku doa untuk terangi kuburku ketika di alam barzakh nanti. Aku juga mahukan zuriat2 yang baek ya Allah, zuriat yang satu hari dapat sembahyangkan jasadku semasa aku dah tak bernyawa lagi ya Allah... Hanya doa dari mereka sahajalah dapat menyelamatkan aku...

Dan... Aku nak dia ya Allah sebagai pasangan aku... Hanya Engkau Maha Mengetahui segala yang telah, sedang dan bakal berlaku ya Allah. Sebelum aku mati...

Aku takut... Aku takut... Aku takut...

Apakah Benda Yang Paling Bestest Dalam Dunia?


Salam sejahtera untuk semua pembaca. Ya... Selepas je abes assignment ritue, aku pown sempat r pinjam jet peribadi bapak aku untuk pusing2 seluruh dunia neh. Disamping mereleasekan tension, aku jugak berkesempatan menemu bual beberapa individu dari seluruh benua termasuklah Eropah, Asia dan Afrika. Soalan yang aku kemukakan ialah "Apakah benda yang paling bestest dalam dunia?". Berikut disenaraikan beberapa jawapan untuk soalan tersebut:

  • Orang belanja makan
  • Tumbuk orang, tapi orang tak balas
  • Kentut sekuat hati, tapi orang tak perasaan
  • Naik basikal dalam keadaan turun bukit, takyah penat2 kayuh!
  • Takde langsung assignment, tapi dapat gak degree
  • HEP ditutup? Mak aish... Tue pown Bez ke?
Macam2 jawapan yang dapat kita baca daripada temu bual yang aku jalankan. Jika anda plak, apakah benda yang membestestkan diri anda sampai jadi muka cam hapentah seperti gamba diatas dalam dunia nie? Sila tulis dalam chatbox, OK!

Selamat bercirit buih dengan jayanya dari saya!:)

Saturday, April 24, 2010

-MetallicA-

Metallica merupakan kumpulan muzik heavy metal masyarakat Amerika dibentuk pada tahun 1981 di Los Angeles, California. Diasaskan apabila Lars Ulrich, pemain drum menghantar iklan di sebuah surat khabar tempatan Los Angeles, ahli-ahli Metallica terdiri daripada Ulrich selaku pemain drum, James Hetfield selaku penyanyi dan pemain gitar irama, Kirk Hammett selaku gitar lead manakala pemain bes yang banyak mengalami pertukaran. Sekarang kedudukan itu dipegang oleh Robert Trujillo.

Album keluaran awal Metallica merangkumi tempo yang pantas, instrumental, dan pemuzikan yang agresif yang menempatkan mereka dalam salah satu "big four" dalam subgenre trash metal seiring dengan Slayer, Megadeth dan Anthrax.[1] Kumpulan muzik ini mendapat peminat yang semakin meningkat dalam komuniti dan pengkritik muzik underground, dengan keluarnya Master of Puppets pada tahun 1986 digambarkan sebagai salah satu album "heavy" trash metal yang paling berpengaruh. Kumpulan muzik ini memperolehi kejayaan komersil yang memberangsangkan dengan album Metallica pada tahun 1991, yang mana berjaya meraih No. 1 dalam Billboard 200. Hasil kejayaan pengeluaran album ini, mereka mengembangkan arah tuju muzikal yang membawa kepada penghasilan album yang lebih mainstream.

Pada tahun 2000, Metallica merupakan salah satu artis/kumpulan muzik yang menfailkan saman menentang Napster atas pengagihan bahan-bahan cetak terpelihara secara percuma tanpa persetujuan daripada Metallica.[2] Akhirnya Napster menjadi perkhimatan guna-bayar setelah perjanjian tercapai. Walaupun mencapai No. 1 dalam Billboard 200, keluaran album St. Anger tidak disenangi oleh kebanyakan peminat kerana ketiadaan solo - solo gitar dan rentak drum yang terlalu agresif. Satu filem bertajuk Some Kind of Monster mendokumentasi proses merekod album tersebut.

Metallica telah mengeluarkan sembilan studio album, dua album live, dua Estended Play (EP), dua puluh dua video muzik dan empat puluh tiga singles. Kumpulan muzik ini telah memenangi tujuh Anugerah Grammy, dan mempunyai tiga album No. 1 dalam Billboard 200, menjadikan Metallica satu - satunya kumpulan muzik paling teratas dalam carta sebanyak lima kali berturut-turut. Album tahun 1991 (Metallica), telah dijual sebanyak 15 juta salinan di Amerika Syarikat, dan 22 juta salinan seluruh dunia, yang mana membuatkan penjualan album 25th tertinggi di negara tersebut. Kumpulan muzik ini telah menjual lebih kurang 100 juta rekod seluruh dunia setakat pengeluaran album terbaru mereka Death Magnetic. Setakat pada September 2008, Metallica merupakan artis kelima tertinggi dalam penjualan muzik sejak bermulanya era SoundScan menjejak hasil jualan pada 25 Mei 1991, jumlah jualan 51,136,000 album di Amerika Syarikat sahaja.[3] Metallica merupakan salah satu kumpulan muzik yang paling terkenal hari ini, dan kegiatan penjualan yang terbesar.

Awal tahun (1981-1983)

Metallica telah dibentuk di Los Angeles, California, pada awal tahun 1981 apabila pemain drum Lars Ulrich membuat pengiklanan ke akhbar tempatan Los Angeles —The Recycler— berbunyi " Pemain drum sedang mencari ahli muzik untuk bermain dengan Tygers dari Pan Tang, Diamon Head dan Iron Maiden." Pemain guitar James Hetfield dan Hugh Tanner dari Leather Charm menjawab iklan tersebut. Walaupun dia belum membentuk sebuah kumpulan muzik, Ulrich meminta pengasas Metal Blade Records, Brian Slagel jika dia boleh merekod sebuah lagu untuk kompilasi Metal Massacre label akan datang. Slagel menerima dan Ulrich merekrut Hetfield untuk menyanyi dan bermain gitar.

Ulrich berbincang dengan rakannya Ron Quintana yang mencadangkan nama kumpulan ini untuk fanzine. Quintana telah mencadangkan beberapa nama iaitu Metal Mania dan Metallica. Ulrich memilih Metallica sebagai nama kumpulan muzik ini. Iklan kedua diletakkan pada akhbar The Recycler untuk posisi lead gitar. Dave Mustaine menjawab, dan, selepas melihat gitarnya yang mahal, Ulrich dan Hetfield merekrutnya. awal tahun 1982, Metallica merekod lagu original mereka pertama "Hit the Lights" untuk Metal Massacre / kompilasi. Hetfield bermain bass dalam lagu tersebut dan Lloyd Grant diberi kepercayaan untuk solo gitar. Dikeluarkan pada 14 Jun 1982, cetakan awal Metal Massacre/ terdapat kesilapan dalam senarai sebagai "Mettallica'. Walaupun marah dengan kesilapan tersebut, Metallica berjaya menghasilkan lagu yang cukup mantap dan beraksi persembahan live mereka yang pertama di Radio City di Anaheim, California pada 14 Mac 1982 dengan pemain bass Ron McGovney yang baru direkrut. Metallica merekod demo pertama, Power Metal sebuah nama hasil inspirasi kad perniagaan Quintana pada awal tahun 1982. Pertengahan tahun 1982, Ulrich dan Hetfield menghadiri satu pertunjukan di kelab malam Whisky a Go Go yang mempamerkan pemain bass Cliff Burton dari kumpulan muzik Trauma. Mereka berdua terpegun dengan penggunaan pedal wah-wah Burton dan mempelawanya untuk menyertai Metallica. Hetfield dan Mustaine ingin menyingkirkan McGovney kerana dia tidak memberi sebarang sumbangan dan hanya sekadar mengikut. Walaupun pada awalnya Burton menolak pelawaan tersebut, tetapi pada penghujung tahun dia menerima pelawaan tersebut dengan syarat kumpulan muzik itu berpindah ke San Francisco. Persembahan live pertama Metallica ialah di sebuah kelab malam The Stone pada Mac 1983, dan rekod pertama bersama Burton adalah demo Megaforce pada tahun 1983.

Metallica telah bersedia untuk merekod album sulung mereka tetapi Metal Blade tidak mampu menanggung kos tambahan, kumpulan muzik itu mula mecari jalan lain. Penganjur konsert Johnny "Z" Zazula, demo No Life 'til' Leather 1982, menawarkan record deal dengan Metallica dan New York City - lebel rekod tempatan. Setelah tidak menerima sebarang label rekod, Zazula meminjam wang untuk menutup bujet rekoding dan Metallica menjadi label dibawahnya, Megaforce Records. Ahli kumpulan muzik ini menyingkirkan Mustaine keluar dari kumpulan muzik ini kerana penyalahgunaan dadah dan alkohol, dan kelakuan ganas. Pemain gitar Exodus, Kirk Hammett menjadi pengganti kepada Mustain pada hari yang sama Mustain disingkir. Persembahan Metallica bersama Hammet adalah pada 16 April 1983 di kelab malam The Show Denver, New Jersey.

Mustaine telah meluahkan perasaan kurang senang dalam wawancara. Katanya Hammett "stole my job, but at least I got to bang his girlfriend before he took my job — how do I taste, Kirk?". Mustaine sememangnya marah kerana percaya bawaha Hammett telah menjadi popular dengan bermain gitar lead yang ditulis oleh Mustaine. Pada tahun 1985, wawancara bersama Metal forces, Mustaine mencabar Hammett dengan berkata "it's real funny how Kirk Hammett ripped off every lead break I'd played on that No Life 'til Leather tape and got voted No. 1 guitarist in your magazine." Dalam album Megadeath Killing Is My Business... and Business Is Good!, Mustaine memuatkan lagu "Mechanix", yang mana nama tersebut diubah kepada "The Four Housemen" on Kill 'Em All oleh Metallica. Mustaine berkata dia berbuat demikian adalah untuk "mengukuhkan Metallica" kerana dia dirujuk sebagai pemabuk dan tidak boleh bermain gitar oleh Metallica.

Kill 'Em all dan Ride the Lighting (1983-1984)

Pada tahun 1983, Metallica mengembara ke Rochester, New York untuk merekod album pertama mereka, Metal up Your Ass, dengan tugas - tugas produsi yang diurus oleh Paul Curcio. Desebabkan konflik dengan label rekod kumpulan muzik dan keengganan pengedar mengeluarkan album dengan nama tersebut, album tersebut di nama semula sebagai Kill 'Em All. Dikeluarkan atas Megaforce Records di U.S dan Music for Nation di Eropah, album tersebut naik tangga ke 120 dalam Billboard 200, dan walaupun album tersebut pada awalnya tidak berjaya dari segi kewangan namun ia meningkatkan peminat dalam underground metal scene. Kumpulan muzik ini memulakan jelajah Kill 'Em All bersama Raven untuk menyokong pengeluaran album tersebut. Pada Februari 1984, Metallica menyokong Venom dalam Jelajah Seven Dates of Hell, dimana mereka beraksi di Festival Aardschok di Zwolle, Belanda.

Metallica merekod studio album yang kedua, Ride the Lightning, di Sweet Silence Studios di Copenhagen, Denmark. Dikeluarkan pada Ogos 1984, album tersebut naik ke tangga 100 dalam Billboard 200. Seorang warga Perancis yang tersalah cetak album hadapan yang berwarna hijau kini dijadikan sebagai bahan koleksi. Lagu lain dalam album ini termasuk lah "For Whom the Bell Talls", "Creeping Death" (yang menyatakan cerita berunsul alkitab penghijrahan Hebrew dari perhambaan di Egypt, menumpukan pada pelbagai wabak yang dikunjungi oleh orang Egypt), dan "The Call of Ktulu" instrumental. Mustaine menerima pengiktirafan untuk "Ride the Lighting" dan "The Call of Ktulu".

Master of Puppepts (1984-1986)

Jelajah Damage Inc. 1986

Pengarah Elektra Records A&R Micheal dan pengasas bersama Q-Prime Management Cliff Burnstein menghadiri konsert Metallica pada September 1984. Terpegun dengan persembahan Metallica, mereke menandatangan kontrak Metallica dengan Elektra Records dan menjadi pelanggan kepada Q-Prime Management. Kejayaan Metallica yang pantas menjadikan muzik label British menerbitkan edisi terhad Creeping Death EP, yang telah dijual 40,000 salinan seperti diimport di A.S. Dua daripada tiga lagu dalam rekod (versi muka Diamond Head "Am i Evil?", dan Blitzkrieg "Blitzkrieg") muncul dalam Elektra 1989 penerbitan semula Kill 'Em All. Metallica memulakan jelajah Eropah mereka yang pertama yang mana purata penonton sebanyak 1,300. Sekembali ke U.S menandakan tajuk jelajah bersama dengan W.A.S.P dan Armored Saint. Metallica beraksi dalam persembahan mereka yang terbesar di festival Monster of Rock pada 17 Ogos 1985, bersama Bon Jovi dan Ratt di Donington Park, England, beraksi di depan 70,000 orang. Satu persembahan di Oakland, California, pada festival Day on the Green melihat kumpulan muzik ini beraksi di depan 60,00 orang penonton.

Album ketiga Metallica, Master of Puppets direkod di Sweet Silence Studio dan dikeluarkan pada Mac 1986. Album tersebut meningkat tangga ke-29 dalam Billboard 200, dan bertahan selama 72 minggu dalam carta tersebut. Album tersebut merupakan album pertama yang diberi pengiktirafan emas pada 4 November 1986, dan diiktiraf enam kali platinum pada 2003. Steve Huey daripada Allmusic mempertimbangkan album tersebut sebagai "kejayaan terbesar kumpulan muzik ini". Selepas pengeluaran album tersebut, Metallica membuat jelajah U.S dibantu oleh Ozzy Osbourne. Hetfield tercedera pada pergelangan tangan selepas bermain papan luncur meluncur menuruni bukit, walaubagaimanapun menyambung jelajah sebagai penyanyi, dibantu oleh John Marshall selaku juruteknik gitar bermain untuknya sebagai gitar irama.

Kematian Cliff Burton dan Garage Days Re-Revisited (1986-1987)

Peringatan kepada Burton di Ljungby, Sweden

Pada 27 September 1986, semasa Jelajah Damage Inc. Metallica ke Eropah, mereka mencabut undi menggunakan daun terup untuk melihat tempat tidur pilihan mereka di dalam bas. Burton menang dan memilih untuk tidur di tempat tidur Hemmett. Sekitar waktu subuh di Dörarp, Sweden, pemandu bas mereka hilang kawalan dan menggelongsor, memyebabkan bas itu terbalik beberapa kali. Ulrich, Hammet dan Hetfield tidak mengalami kesederaan yang serius; walaubagaimanapun, pemain bes Buton telah dihimpit di bawah bas dan terbunuh. Hetfiel berkata, "saya nampak bas itu menghimpitnya, saya nampak kakinya terkeluar dan saya panik. Pemandu bas tersebut cuba mengambil selimut daripadanya untuk kegunaan orang lain dan saya berkata "Jangan buat itu!" saya hampir ingin membunuh pemandu bas tersebut. Kematian Burton meninggalkan keraguan pada masa depan Metallica. Ketiga-tiga mereka kekal ahli kumpulan muzik dan tersebut membuat keputusan untuk meneruskan impian mereka. Dengan restu keluarga Burton mereka mencari pengganti Burton.

Lebih kurang 40 orang mencuba ujibakat termasuk kawan zaman kanak-kanak Hammett, Les Claypool dari kumpulan muzik Primus, Troy Gregory dari kumpulan muzik Prong dan Jason Newsted, bekas kumpulan muzik Flotsam dan Jetsam. Newsted tang telah mempelajari semua senarai set Metallica, dan selepas ujibakat tersebut Metallica mempelawanya ke Tommy's Joynt di San Francisco. Hetfield, Ulrich dan Hammett membuat keputusan bahawa Newsted adalah orang yang sesuai menggantikan Burton, dan persembahan langsung pertama Newsted bersama Metallica ialah di Country Club di Reseda, California. Ahli kumpulan muzik ini membuat 'permulaan' bersama Newsted dengan mengenakan Newsted dengan memakan bebola wasabi.

Pada Mac 1987, Hetfield mengalami kecederaan pada pergelangan tangannya kali kedua selepas bermain papan luncur. Juruteknik gitar, Marshall kembali untuk bermain gitar irama, tetapi kecederaan ini terpaksa membatalkan persembahan mereka bersama Saturday Night Live. Metallica menamatkan jelajah mereka pada awal bulan 1987 dan pada Ogos 1987 semua EP mereka bertajuk The $5.98 E.P.: Garage Days Re-Revisited diterbitkan. EP tersebut direkod untuk sebagai usaha menggunakan rekod studio mereka yang baru dibina, menguji bakat Newsted, dan mengurangkan kesedihan dan tekanan berikutan kematian Burton. Satu video bertajuk Cliff 'Em All telah diterbitkan pada 1987 sebagai peringatan 3 tahun Burton bersama Metallica. Video tersebut disertakan solo bes, video di rumahnya dan gambar-gambar.

...And Justice for All (1988-1990)

…And Justice for All, merupakan album studio pertama mereka semenjak kematian Burton, dikeluarkan pada 1988. Album tersebut berjaya dari segi komersil, berada dalam tangga ke enam pada Billboard 200, dan merupakan album pertama kumpulan muzik ini berada dalam 10 teratas dalam carta tersebut. Album tersebut disahkan platinum selama sembilan minggu selepas penerbitan album tersebut. Bes yang dimainkan oleh Newsted dalam album ini sengaja ditolak yang merupakan salah satu "penghinaan" berterusan yang diterimanya dan idea muziknya juga diabaikan (walaubagaimanapun, dia menerima penghargaan dalam penulisan muzik untuk lagu "Blackened").

Metallica (1990-1993)

James Hetfield dari Metallica membuat persembahan langsung di O2, London, UK, 15 September 2008

Pada Oktober 1990, Metallica berkunjung ke One on One studio di North Hollywood untuk merekod album terbaru mereka. Bob Rock, pernah bekerja dengan kumpulan muzik The Cult, Bon Jovi, dan Mötley Crüe diberi kepercayaan bekerja dengan Metallica sebagai produsi. Metallica {juga dikenali sebagai "The Black Album") telah diolah sebanyak tiga kali, bernilai 1 juta dolar dan menyebabkan berlaku tiga penceraian.

Load, Reload, Garage Inc., dan S&M (1994-1999)

Muka depan album Load

Setelah hampir tiga tahun menjelajah untuk mempromosi album Metallica termasuk membuat persembahan utama di Woodstock '94. Metallica kembali ke studio untuk menulis dan merekod studio album ke enam mereka. Kumpulan muzik ini berehat pada musim panas pada tahun 1995 dan membuat tiga persembahan termasuk persembahan utama mereka di Donington Park di United Kingdom bersama - sama Slayer, Skid Row, Slash's Snakepit, Therapy? dan Corrosion of Conformity.

Kontroversi Napster (2000-2001)

Pada tahun 2000, Metallica mendapati satu demo lagu mereka "I Disppear", yang sepatutnya diterbitkan bersama - sama runut bunyi Mission: Impossible II, telah dimainkan radio ke udara. Setelah menjejak sumber yang mengeluarkan lagu tersebut, kumpulan muzik ini mendapati fail tersebut adalah daripada rangkaian perkongsian fail rakan-ke-rakan Napster dan mereka juga mendapati semua katalog kumpulan muzik ini boleh diperolehi secara percuma melalui rangkaian tersebut. Serta - merta tindakan dijalankan menentang Napster dengan menfailkan sama terhadap Napster di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat, Pusat Daerah California yang mana Napster secara haram.

Ulrich memimpin kes menentang Napster

Pemergian Newsted dan St. Anger (2001-2005)

Semasa rancangan untuk memulakan studio album terbaru mereka, Newsted meninggalkan kumpulan muzik ini pada 17 Januari 2001. Kenyataannya menunjukkan pemergiannya adalah berdasarkan sebab - sebab peribadi dan keadaan fizikal yang dilakukan terhadap dirinya semasa bermain muzik yang disukainya.

Robert Trujillo diumukan sebagai pemain bes baru Metallica pada 24 February 24 2003

Death Magnetic (2006-kini)

Persembahan live Hammett pada tahun 2007

Pada Disember 2006, Metallica menerbitkan DVD yang mengandungi kesemua video muzik dari tahun 1989 hingga 2004. DVD tersebut bertajuk The Videos 1989–2004, dijual sebanyak 28,000 salinan pada minggu pertama dan memasuki carta Billboard Top Videos pada tangga ketiga.

Gaya dan tema lirik

Sampel lagu:

Terpengaruh dengan kumpulan muzik heavy metal sebelumnya seperti Black Sabbath, Deep Purple, dan Led Zeppelin dan irama baru kumpulan muzik Heavy Metal British seperti Venom, Motörhead, dan Iron Maiden. Diawal penerbitan album Metallica mengandungi tempo yang laju, gitar solo yang diharmoni, dan sembilan minit instrumental. Steve Huey dari Allmusic berkata bahawa Ride the Lighting memaparkan "extended, progressive epics; tight, concise groove-rockers". Huey merasakan Metallica mengembangkan teknik pengkomposisi dan jurang ekspresi untuk membawa pembawaan yang lebih agresif pada penerbitan album seterusnya, dan lirik lagu lebih kepada isu peripada dan sosial. Tema lirik dalam Master of Puppets merangkumi keagamaan, pemimpin askar, kemarahan, kegilaan, raksaan dan dadah.

Pada 1991, dengan penerbit baru Bob Rock, Huey merasakan Metallica meringkaskan dan meluruskan muzik mereka lebih kepada pendekatan komersil untuk menarik pendengar mainstream. Kumpulan muzik ini telah meninggalkan pembawaan lagu yang agresif dan tempo yang laju, seperti yang diperkatakan oleh Robert Palmer dari kumpulan Rolling Stone.

Warisan dan pengaruh

Metallica merupakan salah satu kumpulan muzik heavy metal yang paling berpengaruh dan diberi penghargaan sebagai salah satu "big four" kumpulan muzik trash metal seiring dengan Slayer, Anthrax, dan Megadeath.[4] Kumpulan muzik ini telah menjual sebanyak 90 juta rekod sedunia, termasuk 57 juta di Amerika Syarikat membuatkan Metallica sebuah kumpulan muzik trash metal paling berjaya dari segi komersilnya.

Metallica sebagai pelakon undangan dalam episod "The Mook, the Chef, the Wife and Her Homer" The Simpsons

Anugerah

Anugerah Grammy

Anugerah Muzik Video MTV:

Anugerah Muzik Amerika:

  • 1996: Artis Pilihan: Heavy Metal/Hard Rock: Metallica – Load
  • 1996: Lagu Hard Rock/Metal Pilihan – "Until It Sleeps"

Anugerah Muzik Billboard:

  • 1997: Billboard Rock and Roll Artist of the Year – Metallica (RIAA Diamond Award)
  • 1999: Catalogue Artist of the Year – Metallica
  • 1999: Catalogue Album of the Year – Metallica

Anugerah Kerrang!:

  • 2003: Hall of Fame – Metallica

Ahli kumpulan

Bekas ahli

Sesi pemuzik

Diskografi

Rencana utama: Diskografi Metallica

Album studio

Tahun Tajuk Label
1983 Kill 'Em All Megaforce/Elektra
1984 Ride the Lightning
1986 Master of Puppets Elektra
1988 ...And Justice for All
1991 Metallica
1996 Load
1997 ReLoad
2003 St. Anger
2008 Death Magnetic Warner Bros.

Rujukan

Sumber

  1. Christe, Ian (2003), Sound of the Beast: The Complete Headbanging History of Heavy Metal, HarperCollins, ISBN 0-380-81127-8
  2. Steffan Chirazi and Metallica (2004). So What!: The Good, The Mad, and The Ugly, Broadway. ISBN 0-7679-1881-9.
  3. Glenn T. Pillsbury (2006). Damage Incorporated: Metallica and the Production of Musical Identity, Routledge. ISBN 978-0-415-97374-8.

Friday, April 23, 2010

Bibir Sama Merah, Bau Lain-Lain


Lama dah aku tak update blog akucemuih.blogspot nie sebab sangat cemuih nyebokkan diri dengan menyiapkan eseimen yang tak penah abes2. Tensen nak kpampos. Apapown topic yang aku nak fokuskan arinie bukanlah melibatkan penjagaan bibir daripada berbau bangkai atau sebagainya, tapi aku telah berjaya mencipta satu peribahasa baru iaitu Bibir Sama Merah, Bau Lain-Lain.

Peribahasa ini membawa maksud jagalah mulut anda daripada mengeluarkan kata-kata yang kurang enak didengar, yang bersifat nista, dan boleh mengakibatkan perpecahan diantara kita dengan kengkawan yang lain. Peribahasa ini lebey kurang sama r dengan Kerana Mulut, Badan Binasa. Adoyai, jadi cikgu Bahasa Melayu r plak.

Bersesuaian dengan peribahasa yang agak tak faham bahasa tersebut, aku ingin membuat sedikit huraian. Sebelum kita mengeluarkan sesuatu perkataan itu, eloklah terlebih dahulu kita memikirkan perasaan orang lain. Adakah mereka suka dengan apa yang nak kita katakan atau luahkan, Bukan ludahkan OK? Luahkan...

Terkadang tanpa kita sedari, kita telah melukakan hati banyak pihak dengan apa yang nak kita sampaikan itu, Ada yang tetiba mukanya berubah menjadi Penunggu Gunung Raya bila kita cakap sesuatu. Nah. Ini bermakna kita telah membusukkan mulut kita dengan mengeluarkan 'bau' yang tidak suka didengar. Camna kita nak taw owang suka ke tak kita punya percakapan? Sendiri mau ingat r beb! Takkan tu pown gua nak ajar kan?

Namun, bagi aku sendiri, aku lebih suka terus straight bercakap sesuatu yang aku fikirkan betol, walaupown orang lain tak berapa suka atau tak suka langsung. Biarla mulut aku 'berbau' busuk di depan, tetapi bersifat sementara kerana kebenaran memang pahit gua cakap lu. Segolongan lagi adalah golongan yang time kat depan kita, semua dia cakap kita baek, tapi kat belakang, perghhh! Kutuk kita kaw2 punya. Golongan ini disifatkan sebagai golongan yang mulutnya 'berbau' longkang.

Anda, bagaimana?

Bibir sama merah, bau lain-lain.

Saturday, April 17, 2010

Bom, Tak Hancur, Tembak, Tak Lut!


Susah nak cakap bila sentuh bab perangai sesorang tu. Istilah nobody's perfect memang sesuwey digunakan bagi menggambarkan betapa tidak sempurnanya kita sebagai manusia dari segi perlakuan atau perangainya. Persoalan yang ingin aku timbulkan ialah bagaimana kita nak mengubah perangai individu dari pangai buruk ke baek?

Macam2 cara untuk mengubah diri dari buruk kepada yang baek. Satu caranya melalui perubahan diri kita sendiri. Bagaimana? Ha... Cari 'sumber inspirasi', atau dalam bahasa biasa cari makwe atau pakwe. Tengok cam aku neh! Hehe.. Tapi make sure r makwe or pakwe yang dicari tu baek. If ko cari pakwe pangai cam Chin Peng or makwe pangai cam Mona Fendy, Memang r tak berubah pangai tue. Perubahan pown dari jahat kepada yang lebey jahat. Ini tak bley!

Namun apa yang nak aku tekankan ialah perubahan pangai melalui paksaan adalah kurang wajar (aku tak kata tak wajar ye...) kerana ianya akan membuatkan kita berasa lebey tekanan seterusnya membuatkan kita melanggari jugak peraturan yang disediakan. Bahaya beb kalau sesorang tue tertekan. Apa saja bley dilakukan tanpa pemikiran yang waras.

Kepada pihak berwajib (pihak yang percaya bahawa hanya peraturan atau undang2 yang tegas sahaja dapat mengubah sesorang...), sedarilah, perubahan tingkah laku somebody tue bukan dapat dicapai dalam sekelip mata, semudah kiraan 1,2,3... Tapi memerlukan kesabaran yang lebih dari itu. Memang depan anda owang akan ikut peraturan, tapi belakang anda? Bukan saja tak ikut malah nama anda dimaki, dicaci jek. Ingat pesan orang tua2, 44 kali sebut, jadi betol! Ha...

Perketatkan apa juga peraturan, perhebatkan apa jua undang2, tetapi sedarilah bahawa pangai sesorang bukan senang nak diubah. Jika hati da keras, atau minda da memberontak maka terjadilah fenomena diBom, Tak Hancur, diTembak, Tak Lut!

Friday, April 16, 2010

Tak Penah Pikir Orang Laen!:(


Kehidupan kita dalam sesuatu komuniti tue membuatkan kita lebih memikirkan perihal mengenai hati dan perasaan orang laen. Kita pikir gak mengenai orang laen. Adakah sesowang individu atau masyarakat tue suka dengan tindakan kita. Kita cuba menjadi simbiosis sesama masyarakat. Iaitu saling memberi dan menerima.

Namun, kehidupan aku di sini (nie pa yang aku nampak n ase r...), penuh dengan tekanan dan masalah. Aku nampak bukan aku sowang j yang alami kehidupan jenis camnie, tapi melalui pengalaman bercakap dan bersalaman, ramai lagi para pelajar laen yang mengalami tekanan mental tahap dewa 19.

Undang-undang yang dibuat agak melampau-lampau dan sudah tentu kebanyakannya mengambil hak para pelajar yang bergelar 'pelajar guru'@mahasiswa, bukan pelajar cacat mental atau pelatih PUSPEN, yang seterusnya menjadikan kami berkelakuan divian iaitu kelakuan yang melanggari peraturan yang sedia ada.

Siapa yang kami nak harapkan untuk berjuang? Perwakilan Pelajar? Mungkin... Tetapi melalui maklumat yang aku peroleh dari ahli Perwakilan Pelajar sendiri (tak perlu r dimentionkan nama beliau), terdapat segelintir ahli-ahli lain yang menjadi barua yakni menyokong penuh peraturan-peraturan yang bodoh itu. Mungkin atas dasar mahu mendapat nama secara murahan atau mahu dipandang gah oleh orang atasan, maka tindakan ini diambil...

Inilah yang akan terjadi apabila kita hanya memikirkan kesenangan diri sendiri dengan membuatkan orang laen menderita. Masyarakat yang harmonis hanya dapat dilahirkan apabila terdapat persetujuan dari segi pengamalan undang-undang secara sukarela dan bukan paksaan. Terasa hati? Namun inilah kenyataan!

Kepada pihak-pihak yang terbabit, belajarlah untuk tidak hanya memikirkan nama, pangkat atau kuasa yang dipegang kalian. Segalanya bukan milik kalian. Sang Pencipta kalian dan aku yang punya. Semua itu hanya amanah yang disandarkan kepada anda selaku khalifah@caliph di muka dunia.

Tapi anda Tak Penah Pikir Orang Laen!:(


p/s: Ayat yang agak skema terpaksa digunakan bagi Post yang agak serius.Wah!

Thursday, April 15, 2010

Kalau Nak Tipu Pown....


Anda seorang penipu? Mahu jadi seorang penipu? Benarkah anda memenuhi prinsip yang telah ditetapkan oleh undang-undang seorang penipu? Jom mentelaah...

Salam bahagia. Isu kali ini agak panas untuk dibincangkan kerana ianya melibatkan suatu sikap yang negatif dan memang dibenci oleh suma, iaitu menipu... Menurut jiran saya, menipu bolehlah didefinisikan sebagai tingkah laku yang bersifat tidak benar, bohong belaka dan dusta semata-mata. Namun tahukah anda menipu juga mempunyai prinsip tersendiri? Apakah itu? Prinsipnya ialah 'tipu sampai orang betol2 percaya bahawa sesuatu yang ditipu itu adalah kebenaran dan bukanlah penipuan'. Benar! Inilah prinsip seorang penipu profesional.

Untuk itu, aku beri beberapa contoh penipu yang cuba menipu orang tetapi orang taw yang dia neh menipu:
  • Aku g r semayang jemaah tadi. Kowang jek tak nampak aku. Aku semayang saf paling depan sekali. Depan dari Imam beb!
  • Jangan tuduh aku kentut. Sejak lahir lagi tak penah sekalipun aku kentut
  • Kalau kau nak aku 'payungkan' makan nie, bley ja. Tapi bagi r duit. Aku tolong bayarkan.
  • Nie bukan krete Kancil, nie Bugatti Veron (nie dapat dimaafkan...)
Apapown, menipu adalah tidak baek dari apa jua segi termasuk agama, masyarakat dan negara. Semuanya tak suka orang yang bercakap bohong atau penipu. Tapi di institut aku belajar nie, mereka lebih menyukai golongan yang hipokrit, depan baek, belakang busuk! Luaran OK, dalaman KO. Aku taw r sebab ramai yang tak suka aku, sebab aku tak hipokrit! Ntahla... Nak habaq, payah... Nak story, susah...


p/s: Jangan jadi soh chai!

Kekantoian yang Mengantoikan


Aku antara mereka yang sangat meminati subjek Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). So aku bagi r cket definisi FPK nie sebab da minat sangat kan..? FPK ialah... Er... Pe yew? Emmm... Tadi aku ingat... Ish... Pe r? Mana lak buku neh. Tadi da je maksudnya. FPK ialah... Ha, FPK ialah Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ha, tue r FPK.

Nie, nak habaq p kat hampa suma pembaca blog akucemuih.blogspot nie, tadi aku kantoi bersama seorang rakan karab, Jeff. Punya r semangat aku nak blajar subjek FPK, tapi dia ajak aku balik, so terpaksa r ikut walaupun dengan hati yang tak rela (ayat cover...)

Aku pown punya r dengan keazaman yang tinggi, amek beg, kira nak ponteng r neh. Mengorak langkah sebagai che'gu yang berakhlak mulia demi mendidik anak bangsa pada masa hadapan, aku dan Jeff menuju ke cafe (nak bungkus teh ais poit...sedap tue!). Dahaga weh...

Belom pown sempat nak turun aras bawah, kami dapat melihat sosok tubuh yang amat kami kenali. Nah haish! Pensyarah FPK. Apa laie, terus aku p jumpa pensyarah tersebut, tolong bawakkan file. Nak coverline... Huhu. Malu nak kpampos gua cakap lu. Apantah lagi nak kena masuk lam clasz semula. Memang kaw2 r kena gelak ngan kengkawan kuliah.

Apapown, aku tak kisah suma tue sebab pengajaran FPK sangat2 la syiok sehingga menjilat bulu ketiak! Anda, bagaimana?

Wednesday, April 14, 2010

Doakan 'dia' :'(

Kepada semua pembaca yang budiman, kalian semua aku merayu, meminta dan memohon bantuan kalian, doakanlah Kekasih Hati saya agar 'dia' cepat sembuh dari penderitaan yang 'dia' tanggung. Tolong la ya... Semoga kalian berada di bawah payung rahmat-NYA. Hanya Allah sahaja mampu membalas jasa dan budi kalian...

Tuesday, April 13, 2010

Jenis-Jenis KARAOKE


Karaoke? Pa dia dok habaq tue? Hehe. Takkan la kowang tak taw lak apa itu karaoke kan? Kat kampung aku pown banyak jek tempat karaoke. Ada yang karaoke jamban (ala, yang nyanyi dalam box tue...), karaoke atas pentas, dan karaoke kat kenduri kawen. Tapi taw kah kowang yang karaoke nie pown terbahagi kepada beberapa jenis. Mari kita lihat.

Jenis pertama sekali kepada mereka yang mempunyai suara ala-ala Siti Nurhaliza atau Faizal Tahir. Senang cer, yang jenis suara sedap ah ding dong r... Jenis ini dikenali sebagai KIRA'OK'. Maknanya memang bila dowang nyanyi memang 'OK', sedap giler babeng r gua cakap lu. Setiap kali pegang microphone jek, orang dah jadi teruja untuk dengar dowang punye sora. Merdu bak buluh perindu...

Jenis yang kedua nie, dia punya suara ada cam sedap, tapi tak sedap. Nak kata tak sedap, tapi cam sedap lak. So golongan ini dipanggil KALAU'OK'. Kalau lagu kena dengan pembawakan suara dowang, memang ok. Tapi time tak kena, better dengar irama time cirit buih. Lagi layan gua cakap lu...Pruuttt...Poitt! Kuning air laut je warne dia. Uish... Air laut kuning ka? Uwekkk! Pengotoq!

Yang ketiga nie plak... Ha... Dah r suara cam ala-ala cipan kelemasan, pastu perasan lak yang suara dia bez. Bila karaoke jek, dia yang nyanyi paling banyak. Hujan kat luar dah turun, siap dengan ribut petir skali tue. Maknanya memang golongan yang sah2 tak bley nyanyi tapi dia nyanyi jugak. So, jenis orang yang ketiga ini dipanggil golongan TALAK'OK'. Maknanya lu nyanyi r, talak masuk punye dengan suale ke, musik ke. Haiya... Manyak talak'OK' punye suale. Macam itu kendelaan yang sudah dimodified ekzos ha, kemudian dilanggali pulak oleh loli yang manyak laju. Ha... Apa macam jadi? Haiyaa...

Anda bagaimana? Jenis pengKARAOKE 1, 2 atau 3?

Monday, April 12, 2010

Buat Baik Berpada-pada, Buat Jahat Jangan Sekali



Apa tengok?

Jahat sangat ke aku nie? Kowang baek sangat? Biar r aku jahat pown!

Blasah kang! Weh! Aku mintak duit kowang ke aku wat jahat ha? Tak kan? Abes tue? Nyebok urusan aku, pe hal?

Orang tanya aku nape aku jadi jahat? Sebab pe? Huish! Geram tol aku nie! Lompat, ludah lam mulut kang!

Aku patriotik taw. Tak kire r aku jahat pown tapi aku pegang kata-kata bapak aku! Buat baek berpada-pada, buat jahat jangan SEKALI. Aku wat r jahat banyak2 kali!



p/s: Bodo punye budak!

Benarkah Kata Pensyarah Kita?


Pernahkah anda membuat bising di dalam kuliah anda? Kalau tak bising pown tapi anda mempunyai masalah kentut kuat yang membuatkan suasana menjadi bising? Pernah? Ya... Sudah tentu pernah.

Mesti jugak pensyarah anda sound baek punya sebab anda bising dalam kuliah kan? Dia cakap pe eks? Menurut kajian yang dijalankan oleh Profesor Ahmad Sony, merupakan seorang pakar dalam bidang yang dia terer, kebanyakan pensyarah akan mengambil sistem karma di mana setiap perlakuan akan mendapat balasan. Buktinya mereka mengatakan " Ha, wat r bising... T, kowang kat skola, murid-murid kowang pulak bising lam kelas! ". Persoalan yang ingin aku timbulkan ialah, pernahkah korang terpikir sesuatu selepas kena sound dengan carak tersebut?

Jika diamati semula ayat yang digunakan oleh pensyarah tadi, maka aku dapat simpulkan bahawa pensyarah dan kita adalah berasal daripada satu alur keturunan yang sama, iaitu pensyarah tu pown dulu mesti, sure, dan pasti berasal daripada golongan yang bising jugak dalam kuliah. Buktinya?

Sebab kita kan pelajar-pelajar@ murid-murid dia. Dulu dia bising dalam kelas, sebab tu dia pown terima balasan yang sama, kita bising dalam kuliah jugak cam dowang wat kat pensyarah dowang dulu...

!:) Betol kan? Salam Cakcibor kepada pembaca blog inie... Enjoy beb!



p/s: Atas tue gambo pelajar ke, pensyarah ha?

Saturday, April 10, 2010

Antara MAK, MAKwe & maMAK


Bila disebut pasal mak, makwe dan mamak, pe yang korang pikirkan? Mari kita lihat keputusan yang saya peroleh dari 3 orang responden yang dipilih secara rawak dan lawak.

Bagi Encik Saad bin Minit, 36, jika diberi peluang untuk memilih siapa diantara 3 golongan tersebut insan yang beliau paling sayang, beliau akan memilih 'mak'. Menurut Encik Saad, mak tidak dapat dibandingkan dengan sesape dalam dunia nie kerana mak merupakan orang yang melahir dan mendidik kita menjadi orang yang berguna di setiap inci perjalanan kehidupan. Menurut beliau lagi, dia memang sayang giler r kat mak dia sehingga setiap kali berkhidmat beliau dapat duit yang begitu banyak sehingga dapat memiliki kereta mewah dan kediaman bertaraf kondo. Siapakah mak yang Encik Saad maksudkan? Ceh! Mak Datin rupanya... Kira cam ibu ayam jugak r. Cilanat punya Encik Saad bin Minit! Aku ingatkan mak kandung dia. Buang karan tol.

Seorang pelajar dari SMK Seri Kantoi, saudara Bohjani bin Raisudin, 17, beliau lebih meminati golongan makwe daripada golongan mak atau mamak. Menurut beliau, makwe memberikan beliau inspirasi yang tinggi dalam meneruskan pembelajaran sehingga berada pada tahap konsisten. Ditanya mengapa beliau tidak sayang kepada golongan mak atau mamak, beliau memberitahu bahawa mak dia suka berleter manakala mamak pown suka jugak berleter sebab asyik hutang jek. Dey, bila mau bayar da? Busuk punya kentut ini budak!

Bagi Sasti Ramamoorthi a/l Rama-Rama, 23, beliau memilih mamak sebagai golongan yang paling dicintahi, eh! Dicintai... Kenapa ya? Ha... Bagi beliau mamak umpama bidadari dalam hidup beliau kerana mamak sangat sedap dia punya masakan. Itu kuah ha, campur2 punya, manyak sedap dimakan. Dicampur pula dengan peluh mamak yang masin secukup rasa. Bulu2 tangan yang lebat... Wow! Manyak sedap macha... Kasi try la ini macam. Aiyoyo...

Anda, bagaimana? MAK, MAKwe, atau maMAK? Lagi mau tanya ka?

Friday, April 9, 2010

Serangan Asyik dan Syahdu


Baca saje tajuk, wah! Jiwang gila... By the way, jangan mudah terpedaya dengan hanya membaca tajuk. Baca dulu keseluruhan, baru boleh menilai dengan tepat apa yang nak aku nukilankan.

Di keheningan malam, aku memang suka menatap wajah sang rembulan yang tak pernah lokek memberi senyuman yang girang tiap kali memandang aku di sini. Purnama ke-15 dan 30 memang sangat dinantikan aku. Bulan sangat berseri. Memancarkan sinar menemani malamku yang sunyi.

Tatkala aku memikirkan si dia, dan aku pasti, di mana pown dia berada, kami tetap memandang bulan yang sama. Saling merindui... Teringat pepatah orang-orang lama, bagai pungguk rindukan bulan. Kau, sering bermain dalam taman hatiku. Menaburi bunga2 cinta di segenap sudut hati.

Di kamar sepi, aku masih di sini. Memuja, mencintai, menyayangi, semua jiwa raga aku serahkan sebab hanya kau yang ku mahu dan hanya kau yang aku perlu. Biar kata berhenti bicara, namun hati takkan membisu sebab aku tetap mahu memiliki jiwa, setulus jiwamu...

Lamunan ku tersentak. Lalu aku beralih menghadap roomate aku. Aku da agak da hal ini akan berlaku. Dia telah melepaskan satu Serangan Asyik dan Syahdu, da r kentut slow, bau cam bangkai! Uwekkk! Hasta la ponto cikapot tol!

Mengapa 'METALLICA ' Menangis?


Exit Light, Enter Night, Take My Hand... We're Off To Never2land. Yeargh!!!!!!

Salam METALLICA gua ucapkan kepada para peminat akucemuih.blogspot.com. Hehe. Wut's up bro? Still bring a lot of headbangers around your neck? Well, shut your mouth and fu@#ing enjoy diz blog dude!

Hehe... Nak explain r cket nape 'METALLICA' juga menangis... Dalam lagu METALLICA, memang kebanyakannya adalah bergenre muzik heavy metal atau 'berkiblatkan' NWOBHM ( New Wave of British Heavy Metal), namun begitu mereka juga mempunyai lagu yang berentak perlahan ataupown genre Metal Ballads. Antara lagu2 tersebut ialah 'Sanitarium (Welcome Home)', Fade to Black, rangkaian lagu2 'The Unforgiven', 'Nothing Else Matters' dan yang paling berentak perlahan ialah lagu mereka yang berjudul 'Low Man's Lyric'.

Sehubungan dengan itu maka tidak hairanlah mengapa 'METALLICA' juga menangis. Huhu. Sebab dowang pown de jek lagu yang menyentuh jiwa yang bergelora. Hahak! Tapi sebab2 lain yang menyebabkan 'METALLICA' juga punyai hak untuk menangis ialah:

'METALLICA' juga manusia yang berperasaan
'METALLICA' juga mengerti apa erti perpisahan
'METALLICA' juga ada nilai positif dalam diri

dan yang paling penting ialah

'METALLICA' sayang kat awak r!Huhu...

Tu yang tibe jek jadi sendu tak tentu arah tu. Apapown, mengertilah bahawa awak adalah lebih bermakna dari segalanya termasuklah METALLICA. Akanku syairkan namamu, akanku madahkan janjimu menjadikan gurindam Puisi Cinta.

Sebab tu r Mengapa 'METALLICA' menangis. Harap maklum!:)