Friday, April 9, 2010

Anti-Skema


Skema? Apakah benda alah itu? Adakah ianya sejenis mamalia yang tinggal di laut tetapi mempunyai rupa seperti karipap dan saiznya lebih kecil? Atau spesis monyet yang tinggal di atas pokok berdekatan dengan rumah Pak Ali Ortega? Salah! Tapi kemungkinan Pak Ali Ortega itu seorang yang skema tetap ada. Maka apakah itu skema?

Menurut Kamus Bahasa Uganda muka surat 6 juta 75 ratus, skema bermaksud individu atau kumpulan yang sangat mengikut undang-undang, sangat serius dalam melakukan sesuatu perkara, sangat tidak tahu menyelesaikan masalah jika ianya berlaku di luar jangkaan dan sangat mementingkan pakaian yang kemas nak kepampos (spek besar, rambut sisir tepi, baju masuk dalam punyer...).

Aku kurang minat untuk melibatkan diri terhadap golongan seperti ini dalam apa jua urusan hidup termasuklah membuat assignment, berkongsi masalah, lepak skali, ataupown nak buat lawak ngan dowang.. Memang ta suke r sebabnya susah dowang neh nak faham. Kadang tu owang laen da tergelak guling2 sambil kuar air mata da, tapi golongan skema nie hanya diam jek... Tu kira OK g... Pastu siap suh terangkan lak lawak tadi. Memang hampeh r gua cakap lu..

Lihat pulak dari segi pakaian mereka. Wah! Memang ensem nak kpampos. Tapi secara jujurnya, adakah pempuan suka lelaki berpakaian skema tahap Gaban menculik ayam peringkat ke-8? Mungkin ada sebab setiap daripada kita adalah ta same kan?

Tapi siyes r beb, gua rimas r dengan golongan skema nie sebab kebanyakan dowang nie ta taw pe sebenarnya makna sahabat sejati. Time senang, memang dowang de, tapi bila susah, uish! Depa wat tak taw ja. Cket punya loklaq pangai na...

Dari pengalaman hidup aku, hanya satu jenis skema jek yang aku suka, SKEMA JAWAPAN. Hehek. So, dengan bongkak dan takburnya aku mengumumkan bahawa Warn-G adalah golongan ANTI-SKEMA. Sekian, salam cakcibor.

No comments:

Post a Comment