Saturday, April 17, 2010

Bom, Tak Hancur, Tembak, Tak Lut!


Susah nak cakap bila sentuh bab perangai sesorang tu. Istilah nobody's perfect memang sesuwey digunakan bagi menggambarkan betapa tidak sempurnanya kita sebagai manusia dari segi perlakuan atau perangainya. Persoalan yang ingin aku timbulkan ialah bagaimana kita nak mengubah perangai individu dari pangai buruk ke baek?

Macam2 cara untuk mengubah diri dari buruk kepada yang baek. Satu caranya melalui perubahan diri kita sendiri. Bagaimana? Ha... Cari 'sumber inspirasi', atau dalam bahasa biasa cari makwe atau pakwe. Tengok cam aku neh! Hehe.. Tapi make sure r makwe or pakwe yang dicari tu baek. If ko cari pakwe pangai cam Chin Peng or makwe pangai cam Mona Fendy, Memang r tak berubah pangai tue. Perubahan pown dari jahat kepada yang lebey jahat. Ini tak bley!

Namun apa yang nak aku tekankan ialah perubahan pangai melalui paksaan adalah kurang wajar (aku tak kata tak wajar ye...) kerana ianya akan membuatkan kita berasa lebey tekanan seterusnya membuatkan kita melanggari jugak peraturan yang disediakan. Bahaya beb kalau sesorang tue tertekan. Apa saja bley dilakukan tanpa pemikiran yang waras.

Kepada pihak berwajib (pihak yang percaya bahawa hanya peraturan atau undang2 yang tegas sahaja dapat mengubah sesorang...), sedarilah, perubahan tingkah laku somebody tue bukan dapat dicapai dalam sekelip mata, semudah kiraan 1,2,3... Tapi memerlukan kesabaran yang lebih dari itu. Memang depan anda owang akan ikut peraturan, tapi belakang anda? Bukan saja tak ikut malah nama anda dimaki, dicaci jek. Ingat pesan orang tua2, 44 kali sebut, jadi betol! Ha...

Perketatkan apa juga peraturan, perhebatkan apa jua undang2, tetapi sedarilah bahawa pangai sesorang bukan senang nak diubah. Jika hati da keras, atau minda da memberontak maka terjadilah fenomena diBom, Tak Hancur, diTembak, Tak Lut!

No comments:

Post a Comment