Friday, April 23, 2010

Bibir Sama Merah, Bau Lain-Lain


Lama dah aku tak update blog akucemuih.blogspot nie sebab sangat cemuih nyebokkan diri dengan menyiapkan eseimen yang tak penah abes2. Tensen nak kpampos. Apapown topic yang aku nak fokuskan arinie bukanlah melibatkan penjagaan bibir daripada berbau bangkai atau sebagainya, tapi aku telah berjaya mencipta satu peribahasa baru iaitu Bibir Sama Merah, Bau Lain-Lain.

Peribahasa ini membawa maksud jagalah mulut anda daripada mengeluarkan kata-kata yang kurang enak didengar, yang bersifat nista, dan boleh mengakibatkan perpecahan diantara kita dengan kengkawan yang lain. Peribahasa ini lebey kurang sama r dengan Kerana Mulut, Badan Binasa. Adoyai, jadi cikgu Bahasa Melayu r plak.

Bersesuaian dengan peribahasa yang agak tak faham bahasa tersebut, aku ingin membuat sedikit huraian. Sebelum kita mengeluarkan sesuatu perkataan itu, eloklah terlebih dahulu kita memikirkan perasaan orang lain. Adakah mereka suka dengan apa yang nak kita katakan atau luahkan, Bukan ludahkan OK? Luahkan...

Terkadang tanpa kita sedari, kita telah melukakan hati banyak pihak dengan apa yang nak kita sampaikan itu, Ada yang tetiba mukanya berubah menjadi Penunggu Gunung Raya bila kita cakap sesuatu. Nah. Ini bermakna kita telah membusukkan mulut kita dengan mengeluarkan 'bau' yang tidak suka didengar. Camna kita nak taw owang suka ke tak kita punya percakapan? Sendiri mau ingat r beb! Takkan tu pown gua nak ajar kan?

Namun, bagi aku sendiri, aku lebih suka terus straight bercakap sesuatu yang aku fikirkan betol, walaupown orang lain tak berapa suka atau tak suka langsung. Biarla mulut aku 'berbau' busuk di depan, tetapi bersifat sementara kerana kebenaran memang pahit gua cakap lu. Segolongan lagi adalah golongan yang time kat depan kita, semua dia cakap kita baek, tapi kat belakang, perghhh! Kutuk kita kaw2 punya. Golongan ini disifatkan sebagai golongan yang mulutnya 'berbau' longkang.

Anda, bagaimana?

Bibir sama merah, bau lain-lain.

No comments:

Post a Comment