Wednesday, April 7, 2010

Warn-G Kena Kaunseling?


Salam Bahagia... Hari ini terdapat kejadian tergempar berlaku di Tanah Melayu. Warn-G telah dihadapkan ke tribunal kaunseling akibat melakukan kesalahan datang lewat ke kuliah. Beliau telah kantoi ketika hampir berjaya membolosi pintu utama kuliah beliau namun dapat dihalang dengan hensem dan tabah oleh seorang pensyarah yang namanya terpaksa dirahsiakan atas sebab mahu memastikan rumah tangganya bahagia hingga ke anak cucu.

Ketika dihadapkan ke tribunal tersebut, Warn-G kelihatan amat tenang seolah-olah tiada apa yang berlaku sambil diikuti penyokong-penyokong beliau yang setia menunggu di hadapan HEP untuk mengambil register kuliah masing2. Ada jugak yang membeli sticker kenderaan. Namun begitu, tiada sebarang kejadian yang tidak diingini dilaporkan.

Ketika ditemui di cafe institut, Warn-G sempat lagi melambaikan tangan ke arah kaunselor seterusnya beliau terus membungkus nasik lauk ayam dan teh ais untuk menyuruh kaunselor tersebut membayar bungkusan-bungkusan tadi. Dengan disambut laungan azan, maka kaunselor tadi pown membayar dengan segera.

Sekian berita, salam 1 Malaysia!

No comments:

Post a Comment