skip to main |
skip to sidebar
Baik Bodoh atau Jahat Bijak?
Jika anda diberi pilihan untuk memilih antara dua ini sahaja, baik tapi bodoh, atau jahat tapi bijak. Mana satu korang nak pilih? Meh kita tengok situasi camnie...Baik tapi bodoh... Golongan ini sangat disenangi ramai sebab individu nie seorang yang sangat baik dan mudah didekati atau dalam bahasa kasarnya ialah mudah diperbodohkan orang lain. Golongan ini mengutamakan 'seia sekata' yang membawa maksud aku rela pendam dalam hati dari meluahkan ketidakpuasan hati kepada orang lain. Golongan seperti ini tidak pernah menentang walaupun beliau sendiri tidak mempersetujui sesuatu hal namun lebih banyak menyokong suara majoriti. Nak jaga hati orang la katakan... Semua owg len cakap sal dia, dia terima dengan hati yang luka parah namun tetap ada taman... Bermakna tiada langsung penentangan. Main acap belakang parang... Tak tunjuk kemarahan di depan. Lebih banyak bersikap hipokrit kerana mahu disanjung dan dianggap 'hero of the day' oleh majoriti walaupun dia tahu hal yang dilakukan adalah salah namun atas nama 'baik', tetap dilakukan jua. Terjadi seperti ini, maka orang baik tersebut dianggap bodoh.Jahat tapi bijak... Merupakan golongan yang dianggap parasit dalam masyarakat namun memiliki kelantangan bersuara dalam sesuatu perkara yang dianggap sukar untuk diperkatakan oleh orang lain. Perkara jahat dilakukan tanpa melibatkan orang lain kerana setiap kawan dianggap rakan dan setiap rakan dianggap sahabat. Berpegang kepada prinsip 'aku jahat tapi tak nyusahkan orang' menyebabkan golongan ini sanggup bertindak sendirian tanpa memikirkan kesan dari sesuatu perbuatan itu. Golongan ini juga tidak mudah nenurut kata sewenang-wenangnya. Penentangan dilakukan secara berdepan walaupun bersikap minoriti maka hal ini dianggap bijak.Jadi, anda golongan mana? Adakah anda daripada golongan cakcibor yang terbang tinggi atau golongan sengal sedunia? Nggeeeeee........
No comments:
Post a Comment