Friday, April 16, 2010

Tak Penah Pikir Orang Laen!:(


Kehidupan kita dalam sesuatu komuniti tue membuatkan kita lebih memikirkan perihal mengenai hati dan perasaan orang laen. Kita pikir gak mengenai orang laen. Adakah sesowang individu atau masyarakat tue suka dengan tindakan kita. Kita cuba menjadi simbiosis sesama masyarakat. Iaitu saling memberi dan menerima.

Namun, kehidupan aku di sini (nie pa yang aku nampak n ase r...), penuh dengan tekanan dan masalah. Aku nampak bukan aku sowang j yang alami kehidupan jenis camnie, tapi melalui pengalaman bercakap dan bersalaman, ramai lagi para pelajar laen yang mengalami tekanan mental tahap dewa 19.

Undang-undang yang dibuat agak melampau-lampau dan sudah tentu kebanyakannya mengambil hak para pelajar yang bergelar 'pelajar guru'@mahasiswa, bukan pelajar cacat mental atau pelatih PUSPEN, yang seterusnya menjadikan kami berkelakuan divian iaitu kelakuan yang melanggari peraturan yang sedia ada.

Siapa yang kami nak harapkan untuk berjuang? Perwakilan Pelajar? Mungkin... Tetapi melalui maklumat yang aku peroleh dari ahli Perwakilan Pelajar sendiri (tak perlu r dimentionkan nama beliau), terdapat segelintir ahli-ahli lain yang menjadi barua yakni menyokong penuh peraturan-peraturan yang bodoh itu. Mungkin atas dasar mahu mendapat nama secara murahan atau mahu dipandang gah oleh orang atasan, maka tindakan ini diambil...

Inilah yang akan terjadi apabila kita hanya memikirkan kesenangan diri sendiri dengan membuatkan orang laen menderita. Masyarakat yang harmonis hanya dapat dilahirkan apabila terdapat persetujuan dari segi pengamalan undang-undang secara sukarela dan bukan paksaan. Terasa hati? Namun inilah kenyataan!

Kepada pihak-pihak yang terbabit, belajarlah untuk tidak hanya memikirkan nama, pangkat atau kuasa yang dipegang kalian. Segalanya bukan milik kalian. Sang Pencipta kalian dan aku yang punya. Semua itu hanya amanah yang disandarkan kepada anda selaku khalifah@caliph di muka dunia.

Tapi anda Tak Penah Pikir Orang Laen!:(


p/s: Ayat yang agak skema terpaksa digunakan bagi Post yang agak serius.Wah!

No comments:

Post a Comment