Tuesday, April 6, 2010

Semua Tak Sama & Tak Pernah Sama


Hai adik2! Pekabo? Hehe... Dalam post kali nie abang Warn-G tidak menulis taw... Ha... Nie Kak Jenab Estaban yang menulisnye... Bukan pe, takut kontroversi lak bila abang kita tu menulis. Haha! Tak kuase akak nak melayannye! Owtey, lihat tajuk di atas... Wah... Cam beztest je tajuknye... Akak Jenab Estaban nak buktikan kat adik2 sume yang kite semua adalah berbeza.

Ha... Ok adik2... amek pembaris...cuba adik2 ukur kedalaman pusat adik2. Ya... Bandingkan dengan kedalaman pusat Tok Penghulu kampung adik2. Ha... Berapa dalam? Tak same bukan? Pusat adik2 bley bela ikan cuppy tak? Pusat Tok Penghulu? Tak dapat kan? Kedalaman pusat kita tak sama...

Amek jangka sudut pulak ye.... Sila ukur lentikan bulu ketiak adik2 plak. Ya... Adik yang baju merah tu berapa darjah lentikan? 32'? Anak Pak Karim Gagap lak? Berapa? 45'? Wah... Cantik lentikan bulu ketiak awak ye... Tapi tetap tak sama kan?

OK, tarik nafas... lepas... Tenang ye... Skang nie Akak Jenab Estaban nak amek diameter atau ukur lilit lubang hidung adik2. Adik Siti Sarah... kembangkan hidung... Uish! Tak penah vacum ke? Huhu... Adik Samsuri Saidin lak. Ha... OK! Dah.., Nape lubang idung adik Siti Sarah lebih besar tahap hasta la ponto cikapot berbanding adik Samsuri Saidin kita nie. Tetap jugak tak sama diameter lubang hidung kowang neh.

Nah, apa yang Akak Jenab Estaban nak cakapkan ialah pandangan kita juga berbeza, tidak sama antara satu sama laen. So kita berhak suarakan pandangan kita asalkan tidak melampau. Pandangan kita juga berhak didengari begitu juga dengan pandangan orang laen. Namun terpulanglah kepada individu untuk menerima atau tidak pandangan seseorang kerana kita Semua Tak Sama & Tak Pernah Sama.

Salam cakcibor Akak Jenab Estaban ucapkan!:)

No comments:

Post a Comment